Monday, October 30, 2006

Selawatku pada mu Ya Rasulullah~

Bismillahi walhamdulillah...

Sebagai seorang Muslim lagi Mukmin kita diwajibkan taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta digalakkan kita mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya setiap masa iaitu dengan berzikir misalnya dengan lafaz La ilaha illAllah dan mengingati Nabi Muhammad dengan cara membanyakkan berselawat kepadanya.

Dengan keterangan tersebut ternyatalah bahawa selawat untuk nabi SAW itu adalah termasuk di dalam rangkaian Iman dan Islam sepertimana firman Allah dalam kitab suci al-Quran:

"bahawasanya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi maka oleh itu wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu semua untuk Nabi dan beri salamlah olehmu kepadanya dengan sebenar-benar salam." (al-Ahzab : 56)

Dengan pengertian ayat suci di atas, maka tidak syak lagi bahawa berselawat itu merupakan suatu perintah daripada Allah SWT kepada semua orang yang beriman dan perintah ini pula merupakan satu perkara yg wajib dilakukan oleh semua orang Islam.

Berselawat untuk Nabi SAW mempunyai banyak kelebihannya. Terdapat banyak hadis yg menyokong pendapat ini. Antara yg saya tertarik antara banyak-banyak itu ialah mengenai :

Selawat yg dpt menghilangkan kesusahan, kegundahan, meluaskan rezeki serta menghindarkan kemiskinan.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

" Barangsiapa yg kesukaran pd menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. "

Semoga Allah SWT memberi petunjuk kpd kita semua supaya ditetapkan Iman dan dikuatkan ketaqwaan kpd-Nya. InsyaAllah.