Sunday, December 31, 2006

الحج أكبر مؤتمر عرفه التاريخ

يجتمع في كل عام على بطاح مكة وفي المدينة المنورة ملايين المسلمين من كل فج عميق على مختلف أجنسهم وتعدد لغاتهم واختلاف ألوانهم
وتباين أخلاقهم يجمع بينهم الدين بلا حدود ولا سدود ولا حواجز


والكل يطلع – في شوق ولهفة – لأداء مناسك الحج ثم زيارة مسجد رسول صلى الله عليه وسلم والقيام بفريضة العمرة والتمتع بالرحلة المقدسة التي تزكي النفوس وتطهر القلوب وتغذى الأرواح. والملايين تزحف في كل عام إلى بيت الله الحرام من مشارق الأرض ومغاربها
لتنطق من حناجرها صيحة الحق (( لبيك اللهم لبيك, لبيك لا شريك لك لبيك, إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك)).


والحج ليس أداء للمناسك التي شرعها الله فحسب, بل هو إلى جانب ذلك مؤتمر إسلامي كبير, شرعه الله لتدارس المسلمون فيه قضاياهم
ويحلوا مشاكلهم ويبحثوا في سياسات بلادهم ويتشاوروا في أموارهم ويستعرضوا أفضل الوسائل التي تعود عليهم وعلى دينهم وعلى
أوطانهم بالنفع والخير والبركة


وفي الحقيقة فإن الحج أكبر مؤتمر عرفه التاريخ, وهو القوة الإسلامية الضاربة التي لم يوظفها المسلمون حتى الآن توظيفا مناسبا, فضلا عن أن الحج عبادة لها العديد من البركات والمنافع فهو الفرصة التى يجب أن يستغلها المسلمون لمناقشة أوضاعهم في شتى نواحى الحياة
ومواجهة ما يتعرض له من مؤامرات وحملات من أعداء الإسلام والتصدى للأخطار التى تحيط بهم


إن الحج فرصة مناسبة لتوحيد كلمة المسلمين وحل مشاكلهم وجمع صفوفهم.وهو بصدق يمثل الوحدة في الاتجاه والقصد والشعور, وهو الذي يزود الحجاج بشحنة إيمانية قوية تدفعهم إلى بذل كل جهد في سبيل الدعوة الإسلامية وحمايتهم فيجب أن يعود منه المسلمون, وهم أقوى
ما يكونون صفا ويدا وسلاحا


والأمة الإسلامية أحوج ما تكون إلى صياغة جديدة والاستفادة من روح الحج وآدابه وأن تستخلص من أسرار شعائره الدروس التى تدفع المسلمين إلى القوة والتغلب على الخلافات والأهواء والأنانية والتهالك على حطام الدنيا, وأن يكون الحج بداية للتغيير في السلوك والعادات,
فمن علامات الحج المقبول والمبرور أن يزداد الحاج إيمانا وأن يصبح بعد الحج أفضل مما كان قبل
p/s : Yakin, setiap muslim pasti memasang niat untuk ke rumah Allah itu suatu hari nanti. InsyaAllah.

Friday, December 29, 2006

Selamat Datang dan Selamat Pergi

Tirai tahun 2006 tidak lama lagi bakal berlabuh. Bagi aku, 2006 merakamkan banyak peristiwa suka dan duka antara aku dan kehidupan. Ada beberapa peristiwa yang aku cukup terkesan dan sukar untuk aku lupakan. Betul, tamparan dari dua peristiwa itu aku rasa cukup bagi aku untuk berfikir sehabis baik, muhasabah balik dan buat peringatan buat aku pada masa akan datang. InsyaAllah akan aku jadikan sempadan. Tahun ini juga, ramai penglibatan orang-orang baru yang turut datang mewarnai. Kehadiran kalian sememangnya telah ditetapkan Allah buat yang terbaik untuk diriku. Selamat tinggal 2006, semoga cahaya tahun 2007 akan lebih bersinar dalam perjalanan mencapai redha Ilahi sebagai insan yang lebih tabah, berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Amin.

Tuesday, December 19, 2006

Sebuah piyyut ( sajak liturgis ) yang aku ambil lewat pembacaan sejarah Yahudi. Ia disusun setelah kemenangan Arab yang pertama dalam menaklukkan Yerusalem, atau ibu kota provinsi Roma, Caesarea, suka aku untuk berkongsi bersama kalian :


Pada hari ketika Messiah, anak Daud, datang
untuk kaum yang tertindas

Isyarat-isyarat itu akan menampak di dunia, dan langit
dan bumi pun menjadi layu, matahari dan bulan ternoda
dan seluruh penghuni Tanah (Yang Dijanjikan) sontak terdiam

Raja dari Timur dan Barat akan saling serang, dan pasukan
raja dari Barat mampu merasai Tanah (Yang Dijanjikan)

Dan seorang raja akan muncul dari tanah Yoqtan
beserta pasukannya
mampu menguasai Tanah (Yang Dijanjikan)

Para penghuni bumi akan diadili dan langit
menuruni hujan debu ke muka bumi
dan angin menghembus di Tanah (Yang Dijanjikan)

Juj dan Ma’juj akan saling menyakiti antara satu dengan yang lain
dan hati bukan – Yahudi dipenuhi dengan ketakutan
dan Israel akan terbebas dari segala dosa.

Dan tidak ada lagi yang jauh dari tempat ibadah
karunia dan kenikmatan akan tercurah pada mereka
dan mereka akan terukir dalam Buku Kehidupan

Raja-raja dari tanah Edom tidak akan ada lagi
dan orang-orang Antioch akan memberontak
menciptakan kedamaian

Dan Mau’ziya dan Samaria akan diberi kesenangan
dan Acre dan Galilee akan dilimpahi kasih Edomites
dan Ismail akan bertempur di lembah Acre

Hingga kuda-kuda tenggelam di dalam
(lautan darah) dan panik. Gaza dan
anak-anak perempuannya akan dicuri.

Hakikat pengulangan

Bismillahi wal hamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kehadrat Allah S.W.T di atas nikmat masa yang diberikan untuk aku terus mencari redha-Nya atas setiap apa yang berlaku. Dalam tempoh masa yang tak sampai seminggu ini, aku berusaha manfaatkan apa yang menjadi hasrat dan apa yang aku pendamkan selama ini. Aku tahu Allah mendengar suara hatiku berkata-kata.

Kadang-kadang aku terfikir dan cuba untuk mendalami corak fikiran mereka, apa yang mereka alami. Sesungguhnya adalah belantara pemikiran yang menyesatkan. Di mana manusia akan lupa apakah ia di Timur atau di Barat, tidak mengenal asal-usulnya dan tidak pula mengerti dari mana ia datang dan ke mana ia akan pergi.

Mereka tidak konsisten pada pendiriannya. Sekejap memuji sesuatu, dan tidal lama kemudian dihinanya sesuatu itu. Kemuliaan dan kerendahan nilai sama-sama mereka benarkan. Setiap yang kotor dipandangnya bersih selama itu bersumberkan pada pemikiran mereka. Tapi kalau hal itu terjadi pada orang lain, dengan cepat mereka memberi seribu cerca keburukan dan kekejian.

Bila melihat itu semua, aku pelik. Aku masih lagi berpegang teguh pada corak pemikiran Barat. Mungkin memikirkan bahawa teknologi pendidikan seperti memberi satu kepastian, yang mereka telah mendapat pendidikan yang luas dan ketinggian intelektual, pemimpin kemanusiaan dan peradaban yang membawa kebaikan, kebenaran dan keindahan.

Puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Allah S.W.T yang telah memberi aku petunjuk dan membawakan ku ke arah itu. Wajiblah aku mensyukurinya semampuku dan aku mohon ampunan-Nya apabila aku mengurangi hak-Nya, dan penglihatanku yang tajam pada kafilah yang kehilangan arah. Aku merasakan diri seperti orang yang hina dina lantaran gagal dalam pemikiran menyingkap sejarah agama sendiri. Ah, gagal yang berpanjangan. Ya Allah, perkenankanlah hasrat dan doaku untuk lebih memahami Mu dan segala yang berkaitan dengan-Mu. Jihad di jalan-Mu.

( Ankabut : 69 )
والذين جاهدواْ فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik . "

Ah, terlalu baik pun akan dipijak oleh orang lain. Mungkin kita perlu bersikap kurang ajar sikit. Haha, perempuan baik lagi cun seperti aku, mana reti bersikap kurang ajar (kepada rakan-rakan jangan marah, kalian kena mengakui kenyataan itu). Terima kasih ku unjurkan buat ayah bonda yang bersungguh-sungguh membentuk keperibadianku, walaupun masih tidak setanding Aisyah r.a, Khadijah r.a mahupun Rabiatul Adawiyah, namun aku tetap menyimpan impian itu. Teringat pada satu puisi yang aku sempat baca dan salin sebelum pergi ke kelas, kalau tak silap dalam 3 minggu lepas. Puisi ini betul membuka fikiran aku. Hasil karya sasterawan Negara Usman Awang. Bait-baitnya berbunyi :


‘ Kurang Ajar ’

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu

Sekarang kata ini ku ajarkan pada anakku,
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tidak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.


Masalahnya, berhasilkah kaum Yahudi menggoncang Dunia?
Persoalan ini dijawab oleh Allah S.W.T dalam Surah Bani Israel ( 17:4-8). Dalam kitab Taurat, yang diturunkan pada Musa a.s dan petunjuk bagi Bani Israel, Allah S.W.T memberi khabar pada mereka tentang keputusan-Nya. Keputusan tersebut adalah kehancuran total yang akan dialami oleh Bani Israel, disebabkan perbuatan mereka merosak yang dilakukan di atas muka bumi Allah. Keputusan itu diulang 2 kali disebabkan oleh perbuatan yang sama. Ancaman ini juga diberikan apabila mereka masih terus melakukan kerosakan di muka bumi. Hal itu merupakan bukti kebenaran atas keputusan Allah atau sunnatullah yang berlaku dan tidak akan berubah (17:4). Allah tidak memutuskan seseorang untuk berbuat kerosakan di muka bumi, kecuali atas kemahuan mereka sendiri. Dalam firman-Nya, Al-A’raf (7:28) :

وإذا فعلواْ فحشة قالواْ وجدنا عليها ءابآءنا والله أمرنا بها قل إن الله لا يأمر بالفحشاء أتقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : Katakanlah : “ Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang
keji “.

Nyata, Israel sekarang telah melakukan 2 kali kerosakan atas muka bumi Allah ini, sehingga mereka terus-menerus mengulang perbuatan jahat. Allah S.W.T berfirman :

“ Kamu akan berbuat kerosakan di muka bumi 2 kali “
لتفسدن في الأرض مرتين

Oleh kerana perbuatan mereka yang merosak itulah Allah mengutus hamba-hambanya yang membenci mereka (bani Israel) dan akan menumpaskan mereka habis-habisan. Harta benda, rumah dan apa sahaja yang mereka miliki akan dihancurkan. Untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai. Hal itu merupakan gambaran kerosakan menyeluruh.

Bagi mereka yang meneliti sejarah Risalah ketuhanan, dapat melihat adanya kesamaan sejarah, antara Yahudi yang penuh dengan kekotoran dan umat Islam sekarang. Keduanya saling mendekati. Kedua golongan itu dipilih Allah untuk menyampaikan Risalah atau Utusan-Nya, iaitu mengembalikan manusia ke jalan Tuhan. Tika mereka tidak lagi melakukan maksiat dan hawa nafsu setelah menerima azab yang pedih dari Allah S.W.T, supaya mereka mahu kembali ke jalan yang benar.

Pastinya Allah akan membangkitkan di antara mereka orang-orang yang hendak memperbaharui dan menyegarkan kembali agama mereka. Oleh itu, ia merupakan nikmat yang besar dari Allah, seperti mana sabda Nabi Muhammad S.A.W :

“ sebahagian dari umatku tidak habis-habis menegakkan kebenaran, mereka tidak memperdulikan siapa yang akan menentangnya, sampai tiba saatnya janji Allah “.

Kita yakin sepenuhnya, Allah pasti mengirimkan satu kaum yang dicintai-Nya, yang mereka itu mencintai-Nya juga. Mereka bersikap rendah hati terhadap orang kafir. Mereka berjuang di jalan Allah tanpa menghiraukan orang-orang yang mencela “. Merekalah yang akan menguasai kaum Yahudi di dunia dan orang-orang yang berpegang pada ajaran Yahudisme Antarabangsa. Mereka, kaum mukminin, akan mengatasi orang-orang Yahudi, sebagaimana ramalan Rasulullah S.A.W dalam sabdanya :
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون حتى يحتبيئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفى فتعال فاقتله.

“ Hari qiamat tidak akan tiba sebelum Umat Islam berperang melawan Yahudi, sehingga Yahudi itu lari, bersembunyi di balik batu-batu dan di balik pepohonan, kemudian batu-batu dan pepohonan itu secara bersama-sama memberitahu kepada Umat Islam, bahawa di sini ada kaum Yahudi, datanglah dan bunuh mereka “.

Dewasa ini, para mukminin sedang diasah bagaikan emas, dipenjara-penjara dan dilapangan penyiksaan, sebagaimana yang dialami oleh Umat Islam di Syi’ib Bani Hasyim. Mereka dipersiapkan untuk membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia, dan kembali hanya beribadah kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada kelapangan dunia bahkan sampai akhirat dan dari kezaliman kepada keadilan Islam.

Syarat kemenangan itu berhubungan dengan tingkat keimanan mereka, janji mereka kepada Allah untuk memerangi siapa pun yang berada di balik kebatilan dan orang-orang yang tidak mengikuti hukum Allah, baik mereka itu orang Yahudi atau bukan. Kerana syarat-syarat itu antaranya adalah mereka tidak akan berkasih sayang dengan orang yang melanggar hukum Allah dan Rasul-Nya, dan mereka siap berjihad di jalan-Nya.

Mereka tidak menyamakan cinta (mereka) kepada perjuangan di jalan Allah dengan cinta (mereka) kepada yang lain, misalnya : ayah-ayah mereka, isteri-isteri mereka, keluarga dan harta benda atau perdagangan yang mereka takuti kerugiannya. Sebagaimana firman Allah :

“ Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim”.

“ Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”.



-nurulhuda hazwani-
23/11/06, 9.15 pagi, KUIS Library.

Yang Mana Satu?

Islam bukanlah agama permusuhan, yang menciptakan keganasan di muka bumi ini, bukan juga agama yang memecahbelahkan umatnya. Islam itu persaudaraan. Itu kenyataan. Tapi bagaimana Islam itu telah dimanipulasikan keistimewaan dan kemuliaannya oleh tangan-tangan dogma pencuci darah umat Islam terutama kepada rakyat Palestin. Kafir, Barat, Yahudi, Zionis, Amerika? Nama yang berbeza, tetapi menatang tanda nama yang satu. Sinonim dengan telinga-telinga umat Islam yang rakuskan keamanan, keadilan dan penuh dengan nilai-nilai kasih sayang. Kerana mereka bertuhankan Yang Maha Penyayang, bertuhankan Yang Maha Pengasih. Tuhan Agong! Selayaknya umat Islam yang tuli dengan nasib saudara se-aqidah sendiri pantas terus dihadapkan di hadapan Allah Robbul ‘Alamin.

Kami bukan pengganas. Hadirkan bukti menyatakan kami ganas. Mana? Mashaf apa yang kamu pakai. Walaupun kitab kami punya kenyataan itu…. :
Baqarah (193) Allah S.W.T menegaskan


وقتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين لله

" Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu Hanya semata-mata untuk Allah…. “

Ya, kami akan menjadi berani, kami akan menjadi pejuang di medan tempur, bagai singa Allah, pedang Allah dan panji-panji La ilaha Illallah yang kami genggam, sekiranya ada di kalangan kamu- kafir yang nyatanya laknatullah memerangi dan memusuhi lantas memercikkan api peperangan dengan umat Islam. Tapi, sekiranya kamu bukanlah begitu golongannya, maka mengapa perlu berperang, malah persaudaraan itu akan terpatri.

Bagaimana pula dengan kitab agama kamu? Boleh saya lihat? Kitab yang kamu sanjung dan agongkan itu? Bagaimana boleh kamu katakan bahawa kamu memerangi keganasan? Mana hujah untuk membidas kenyataan ini :

“ kesemua mereka yang terbaik dari kalangan bukan Yahudi sepatutnya dibunuh “
-Talmud Babylon (Jewish Encyclopedia)
terbitan Funk & Wagnalls 1907-

Kamu pengganas! Biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatan kamu ini. Selayaknya Allah! Bukankah kenyataan ini menciptakan api keganasan? Kitab suci apa ini? Semulianya diberi makan anjing yang kelaparan pun hanya akan dikencingkan.
Oh, tidak….. barangkali kamu berpegang pada kata-kata Isa. Mungkin dilihat tarafnya agak tinggi dari Talmud ciptaan ulama’ Yahudi kamu itu.

“ Jangan kamu menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian tetapi penentangan. Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mertua mereka. “

-Bible Perjanjian Baru, bab
Matthew 10:35-35


Jadi….. inilah yang menjadi pegangan kamu selama ini? Hahaha….
Kamu adakan pelbagai pesta atas kuburan-kuburan itu. Bagaimana dengan ‘pesta’ yang kamu lakukan di shabra Satilla dan Dier Yassin? Kamu semua tak ubah seperti haiwan. Adakah ini ajaran dari kitab Talmud kamu yang suci itu. Kononnya bangsa Yahudi berasal dari unsur Tuhan dan bangsa lainnya berasal dari haiwan jika terjadi perselisihan antara Tuhan dan Hakhom (Pemuka Agama Yahudi), maka kebenarannya ada di pihak Hakhom. Bangsa Yahudi dibenarkan menipu, membunuh, menganiaya, dan memperkosa bangsa lainnya.

Sesungguhnya, nyata Tuhan pastinya menyayangi hambanya, mengampuni hambanya apabila taubat dari sebarang bentuk larangan-Nya, tidak suka menganjurkan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi-Nya.

Kata-kata retorik kedamaian yang kamu war-warkan itu jelas mendangkalkan, hanya dipenuhi sifat-sifat serakah manusia. Apabila kami berperang, wajib atas kami mematuhi peraturan-peraturan tertentu. Nabi Muhammad S.A.W yang terpuji telah bersabda :

“ Berperanglah dengan Bismillah dan kepercayaan kepada Allah serta di atas landasan Rasulullah. Jangan kamu bunuh orang tua yang sakit, kanak-kanak yang masih kecil, dan kaum wanita, dan juga jangan berkhianat. Ambillah harta rampasanmu dan buatlah kebaikan dan kebajikan. Allah suka kepada mereka yang melakukan kebajikan. “

Lagi, Muwatta Imam Malik, Yahya b. Said meriwayatkan, khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Semasa mengutus tentera Islam ke Syam telah berpesan kepada Panglima Yazid b. Abu Sufian dengan beberapa peringatan penting : “ 1: Jangan membunuh kaum wanita. 2: Jangan membunuh kanak-kanak. 3: Jangan membunuh orang-orang tua. 4: Jangan menebang pohon yang sedang berbuah. 5: Jangan merobohkan bangunan-bangunan. 6: Jangan menyembelih kambing dan unta melainkan untuk dimakan. 7: Jangan merosakkan pohon kurma. 8: Jangan dibakar pohon kurma. 9: Jangan berkhianat. 10: Jangan jadi pengecut. “

Nah, bezakan apa yang telah kamu lakukan atas bumi Palestin dan umat Islam keseluruhannya. Tempat-tempat kamu seenaknya di dalam neraka paling bawah, neraka Jahannam! Kekallah kamu di dalamnya. Kamu mendakwa berjuang untuk menghapuskan keganasan, sebaliknya semua ini merupakan medium yang kamu cipta hanya untuk tujuan peribadi.

Mari kita singkap sejarah bersama-sama. Alasan untuk berperang pada asalnya adalah demi agama seperti perang Salib. Kemudian, ‘Peperangan Demi Tamadun’. Kemudian ‘Peperangan Menentang Keganasan’. Sekarang, Bush laknatullah itu, presiden kamu menjanjikan satu ‘Peperangan Raksasa Menentang Keganasan’. Tak masuk akal. Lihatlah pada kata-kata Bush baru-baru ini bahawa “ribuan pembunuh-pembunuh terlatih sedang merancang menyerang kita”, dan dengan penuh yakin, bahawa dia telah bersedia untuk menggunakan slogan baru (ikut kehendaknya) untuk justifikasikan tindakannya untuk berperrang.

Jadi, gunakanlah akal yang waras untuk menilai semua kejadian-kejadian ini. Siapakah yang sebenarnya pengganas, Tuhan siapakah yang paling adil, dan kitab suci siapa yang lebih benar.

Selesai.

- nurulhuda hazwani-
21/11/06, 2.20 ptg, KUIS Library