Monday, September 08, 2008

Kosmologi -from The Big Bang to the Black Hole


Kosmologi adalah satu ilmu yang mengkaji tentang alam semesta, bagaimana alam semesta ini bermula, sedang berlaku dan bagaimana ia akan berakhir. Sejak dari dahulu, tamadun manusia cuba mentafsirkan pelbagai teori dan andaian mengenai bagaimana ia terjadi, bentuk alam semesta dan apa yang akan berlaku kepadanya pada masa akan datang. Kebanyakan tamadun silam seperti tamadun Greek, Yunani, China, Mesopotamia menjelaskan fenomena ini melalui mitos dan di dalam cerita-cerita dongeng. Contoh tamadun Yunani di dalam falsafahnya mengatakan bahawa alam ini bermula daripada air, kemudian berubah menjadi udara dan akhirnya menjadi pepejal. Tamadun Yunani juga mengatakan bahawa alam ini terdiri daripada 4 unsur iaitu air, api, tanah dan udara.

Contoh Stephen Hawking, seorang professor di universiti Cambridge, mendakwa bahawa “Penemuan alam ini mengembang merupakan kejayaan manusia yang paling bermakna pada abad ke-20 ini.” Beliau yang popular dengan bukunya berjudul “A short History Of Time From The Big Bang To The Black Hole.”

Ahli kosmologi lain yang mengkaji alam semesta ini menggunakan peralatan yang canggih termasuk teleskop berkuasa tinggi yang dipasang di kapal angkasa seperti teleskop Hubble, Spritzaer dan lain-lain. Dengan teleskop ini, mereka bukan sahaja dapat mencerap bintang-bintang yang sangat jauh, bahkan dapat mencerap cahaya yang dikeluarkan oleh sesuatu fenomena alam yang berlaku berbilion tahun yang lalu. Bayangkan kelajuan cahaya adalah 300,000 kilometer/saat, bagaimana teleskop ini berkemampuan memberi manfaat kepada ahli kosmologi untuk menghasilkan teori bagaimana alam ini terjadi, sedang berlaku dan meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Ahli kosmologi yang bukan beragama Islam (kebanyakan mereka adalah aties) mendakwa bahawa alam semesta ini terbentuk dari satu letupan yang maha hebat berlaku 15 bilion tahun yang lalu. Tetapi bagaimana ia terjadi sebelumnya tidak diketahui. Kejadian ini seperti letupan yang mengisi ruang dengan jirim-jirim yang menjadi asas kejadian alam semesta. Semenjak letupan ini, alam semesta terus menerus mengembang dan menyebabkan jarak yang semakin jauh antara galaksi. Ini menunjukkan bahawa fenomena alam ini mengembang. Apabila menyedarikan ini, ahli kosmologi membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini asalnya adalah lebih kecil dan pada titik tertentu alam ini pasti datang dari titik yang sama. Titik inilah yang dinamakan Big Bang. Ahli astronomi juga meramalkan bahawa alam semesta ini berbentuk dari model yang tertutup. Di mana ia akhirnya akan berhenti dari mengembang dan akan mengecut kembali. Pengembangannya lama kelamaan akan perlahan disebabkan faktor graviti dan akhirnya alam ini akan lenyap. Hal ini dinamakan pula Black Hole. Ketika inilah kejadian kiamat berlaku.

THE COMPLETE STORY OF THE UNIVERSE

- Teori Letupan Besar, Pengembangan Alam dan Pengecutan Semula Alam Ini -

Di dalam Islam, fenomena permulaan kejadian alam semesta ini boleh dirujuk di dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud :

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?


Selain itu, Allah swt telah berfirman mengenai fenomena alam yang mengembang ini di dalam surah az-Zariat ayat 47 yang bermaksud :

Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.


Diharap kalian dapat merujuk kembali mengenai tafsiran ayat dalam surah-surah ini, sama ada dari tafsir Ibn Kathir, Sayyid Quthb tafsir Fi Zhilalil Quran atau dari mana-mana kitab tafsir.

Wallahu 'alam.

Di bawah ini adalah gambar-gambar saya bersama sahabat-sahabat kelas serta ustaz (pensyarah) yang mengajarkan subjek Pemikiran sains ini dalam bab Kosmologi. Aktiviti pada malam itu kami namakan dengan “Mencerap Bulan” tanggal 17 Julai 2008 after Isyak.