Friday, January 09, 2009

Selamat datang Hijrah 1430h


“ Hijrah itu telah memisahkan antara hak dan batil. Maka buatlah takwim dengannya.” Saidina Umar di dalam atharnya.

Kalendar, takwim, tarikh, bulan, masa dan sebagainya tidak dapat dipisahkan. Umat Islam terutamanya mesti alert pada waktu-waktu sebegini. Katakanlah Januari hingga Disember yang begitu fasih di mulut, tetapi berapa ramai di kalangan kita yang betul-betul ingat bulan-bulan Islam dan tarikh-tarikh tertentunya. Kerana darinya kita mengambil ihktibar peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya Hijrah. Kita lihat dan kutip pengajaran, berita-berita gembira, tips kecemerlangan dari Baginda Rasulullah. Walaupun begitu, ilmu juga penting sebagai membantu menghayati perkara-perkara sebegini. Jika tidak, ia berlaku bagai angin lalu, seperti hari-hari biasa, cuti umum dan sebagainya.


Adapun kiraan Masihi ialah perjalanan matahari, manakala hijri ialah perjalanan bulan. Bulan hijri bermula dengan maghrib dan masihi selepas Isyak. Satu tahun Masihi sebanyak 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat. Manakala kiraan hijri ialah sebanyak 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Perbezaan kiraan tahun hijrah dan masihi ini ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepat dengan 10 hari, 21 jam dan 1 minit. Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari, 5.5 jam dan 3 minit.


Bagi mereka yang confius samada hendak menggunakan kiraan kalendar masihi atau hijri untuk membayar zakat, dalam hal ini mereka haruslah menggunakan dengan haul kiraan hijri.


Jika diselak helaian sejarah, secara faktanya, Hijrah nabi berlaku pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kebangkitan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w tiba ke pinggir bandar Madinah pada hari Isnin bulan Rabiul awal, tetapi Rasulullah s.a.w masuk ke dalam Kota Madinah adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul awal. Itu fakta sejarahnya. Tapi mengapa kita mengira 1 Muharam itu sebagai detik tahun baru, sedangkan hijrah Rasulullah bukannya pada bulan Muharam?


Selidik. Memang benar fakta sejarah ini. Ia berlaku pada tahun 622 masihi. Tetapi selepas 17 tahun daripada hijrah baginda s.a.w, saidina Umar dan para sahabat membincangkan tentang mewujudkan suatu takwim Islam dan salah satu dari pandangan Saidina Uthman ialah mengambil bulan Muharam itu sebagai detik awal takwim. Peristiwa yang diambil pula bukanlah Israk Mi’raj, bukan tarikh kelahiran Rasulullah, bukan perang Badar atau sebagainya, tetapi kerana kejayaan baginda Rasul s.a.w dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.


Ringkasnya, bina keimanan dan ketaqwaan yang kukuh sebagai asas dan pokok kita di awal tahun ini. Nikmat waktu dan umur yang Allah berikan ini amat berharga, tanpanya kita tidak boleh hidup. Jadi, jika kita dapat menerima kedatangan tahun baru ini, bermakna Allah s.w.t masih sayang kepada kita iaitu nikmat yang Allah tidak minta untuk dibayar.


Selamat tahun baru 1430 hijriah. Saya ingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian, hijrahkan niat di hati ke arah yang lebih baik. Berjihadlah bersungguh-sungguh melakukannya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. InsyaAllah di depan sana kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat. Kullu ‘am wa antum bikhair.

Wallahu ‘alam.



Nur el-huda, 23.28pm
D-G-4

Friday, January 02, 2009

Grey and si Kecik visiting Veterinary Hospital.


Sejak 2 bulan ni, saya sibuk berulang-alik ke hospital veterinar. Membawa kucing saya –Grey seekor kucing jantan berumur 5 bulan, dia kurang sihat. Air liur meleleh, tidak mahu makan dan minum hampir 2 hari, suhu badan yang panas, dan hanya terlepek tidur sahaja, membuatkan saya risau dan susah hati. Saya tak dapat tahan rasa kasihan dan jika dibiarkan Grey tanpa inisiatif untuk merawatnya, saya mungkin akan menangis. 10 November lepas, Grey saya bawa terus ke Veterinary Hospital yang terletak tidak jauh dari rumah. Grey sebagai patient kedua selepas seekor anjing dibawa masuk ke bilik rawatan untuk berjumpa doktor. Selepas hampir 45 minit berconsult dan merawat Grey, doktor memberitahu, dia mengalami bengkak gusi kerana hendak tumbuh gigi, selesema, demam, dan sedikit batuk. Darah Grey diambil untuk di-diagnosis di bawah mikroskop. Doktor mendapati terdapat 2 bakteria dan 1 virus. Ah, saya terlupa nama virus dan bakteria tersebut. Grey dicucuk 2 jenis antibiotik dan diberi makan sebiji ubat pil pada masa itu juga. Doktor menasihatkan agar Grey dibawa semula untuk mendapatkan suntikan vaksin imunisasi selepas dia sihat nanti. Balik rumah, barulah saya rotate ubat dia. Hampir seminggu, Grey kembali cergas dan ceria. Alhamdulillah, itulah yang menggembirakan hati saya. Syukur.


Then baru-baru ni 29 Disember, saya datang lagi ke Veterinary Hospital ini untuk rawatan anak kucing saya yang baru lahir 2 Disember lalu. Saya namakan dia Si Kecik kerana dia seekor sahaja yang lahir kecil berbanding 4 ekor lagi adik beradiknya. Dia seekor kucing jantan berbulu putih. Setelah beberapa hari pemerhatian, saya fikir dia mungkin mengalami sedikit komplikasi sejak dilahirkan. Susah hati menyebabkan saya tak senang duduk untuk melihat sahaja dia menangis. Selepas doktor melihat dan merawatnya, saya rotate antibiotik yang diberikan. Semoga Si Kecik cepat sembuh dan membesar dengan sihat. InsyaAllah.