Wednesday, July 25, 2012

Betulkah Cinta?


Adakah kita berada dalam landasan cinta islamik yang sebenarnya?

Seorang akhi menghantar SMS berisi Tazkirah of the Day kepada seorang ukhti dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh yang dipisahkan oleh syariat. Sesekali SMS atau miscall ditujukan padajam 4.30 pagi, memberikan Friendly Reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan wajah dengan wuduk dan membawa muka itu sujud pada ilahi ketika dunia sedang alpa dalam mimpi dan tidur yang indah.

Mereka lupa bahawa mereka juga sedang bermimpi dan tidur dalam jaga. Dalam pelukan ‘akhi syaitan’! Cinta adalah pada membuktikan bahawa cinta merupakan terjemahan akidah, pandangan hidup dan sistem nilai seseorang. Tiga komponen itu juga merupakan sisi manusia yang diserang oleh Dajjal (Sayyid Qutb; Tafsir Surah alKahf) di dalam Fi Zilalil Quran. Justeru, proses menterjemahkan akidah kepada cinta dan rumahtangga turut mengalami fitnah Dajjal.



Kita sama seperti kisah Abdullah b. Abu Bakar

Anak kepada Abu Bakar al Siddiq iaitu Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah bt. Zaid. Namun, perkahwinan mereka teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar sebagai bapa. Beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah terpaksa menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.

Penceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos. Cinta yang membingungkan. cintaAbdullah dan Atiqah hanya terjali semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh baginda Rasulullah s.a.w, umum harganya sebuah penceraian. Kes ini amat terpencil.


Perkahwinan dan Minda Sedar.

Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripadasekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya.

Nikah datang dengan tuntutan supaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.

Bagi saya, tidaklah menjadi suatu yang membanggakan jika SMS atau kata-kata bunga yang hakikatnya di atas angin, malah tidak pula terpraktik melalui perbuatannya. Sedang jika dia benar-benar mencintai dan meletakkan Allah nombor satu di dalam dadanya.

Jika itu benar dengan meletakkan Allah betul-betul dihadapannya, maka tidak mungkin unsure-unsur manusia dapat mengatasi rasa cinta kepada Allah, malah jika sebaliknya mengundang pula kepada sebuah kebencian.

Nasihat saya, tolong berpijak di bumi yang nyata, jangan seronok terasa indah terapung dek berkhayal dan berangan.

Moga bermanfaat. Wasaalam.