Monday, October 30, 2006
Selawatku pada mu Ya Rasulullah~
Sebagai seorang Muslim lagi Mukmin kita diwajibkan taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta digalakkan kita mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya setiap masa iaitu dengan berzikir misalnya dengan lafaz La ilaha illAllah dan mengingati Nabi Muhammad dengan cara membanyakkan berselawat kepadanya.
Dengan keterangan tersebut ternyatalah bahawa selawat untuk nabi SAW itu adalah termasuk di dalam rangkaian Iman dan Islam sepertimana firman Allah dalam kitab suci al-Quran:
"bahawasanya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi maka oleh itu wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu semua untuk Nabi dan beri salamlah olehmu kepadanya dengan sebenar-benar salam." (al-Ahzab : 56)
Dengan pengertian ayat suci di atas, maka tidak syak lagi bahawa berselawat itu merupakan suatu perintah daripada Allah SWT kepada semua orang yang beriman dan perintah ini pula merupakan satu perkara yg wajib dilakukan oleh semua orang Islam.
Berselawat untuk Nabi SAW mempunyai banyak kelebihannya. Terdapat banyak hadis yg menyokong pendapat ini. Antara yg saya tertarik antara banyak-banyak itu ialah mengenai :
Selawat yg dpt menghilangkan kesusahan, kegundahan, meluaskan rezeki serta menghindarkan kemiskinan.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
" Barangsiapa yg kesukaran pd menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. "
Semoga Allah SWT memberi petunjuk kpd kita semua supaya ditetapkan Iman dan dikuatkan ketaqwaan kpd-Nya. InsyaAllah.
Thursday, September 28, 2006
wanita idaman...
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang, yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan istrinya, dari keduanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan wanita yang banyak ..." (An-Nisa': 1)
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya
Berakhir..
Wanita yang ku rindui
Adalah wanita yang di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut kecil hatinya
Sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang ku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang ku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
Wanita yang ku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan di belakang hari
Wanita yang selalu
Berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu dan seluruh kaum Hawaku...
Jadilah kita... WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu!
Thursday, September 21, 2006
Ya Ramadan
by Noor Syed at www.muhajabah.com
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind
A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It’s a continuous training to strengthen our Imaan.
Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast
To be cleansed and free from sins of the past
Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know
Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see…
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!
Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind
Wednesday, August 16, 2006
Palestin, Lubnan.. dimana kita?
Firman Allah swt :
“ Maha Suci ( Allah ), yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Muhammad ) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan keadaannya sebahagian daripada tanda-tanda ( kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat “.
Surah Isra’ : 1
Isu Palestin bukanlah sekadar isu kemanusiaan atau politik semata-mata tetapi Ianya mempunyai isu tersirat yang perlu kita sama-sama sedari dan renungi. ISU AQIDAH merupakan isu yang terpenting sekali dalam peristiwa ini kerana di samping kerakusan regim zionis menakluki Palestin mereka sebenarnya memerangi Islam dan meletakkannya sebagai agenda utama mereka. Oleh itu, usaha umat Islam Palestin bukan sekadar mempertahankan bumi mereka dan Masjidil Aqsa, malah mereka juga turut mempertahankan aqidah umat Islam seluruhnya.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w : “ Barangsiapa yang tidur lena tanpa memikirkan tentang hal ehwal umat Islam, maka dia bukanlah dari golonganku “. Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang disisihkan oleh Rasulullah? Rasul kesayangan seluruh umat manusia…kekasih Allah.
Adakah kita kita cukup sekadar melihat kesengsaraan dan penderitaan umat Islam Palestin? Tidakkah kalian berasa marah melihat kezaliman regim Zionis terhadap saudara seAQIDAH kita dan qiblat pertama umat Islam.
Bumi Palestin adalah tanah suci yang perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam dunia kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam, tempat persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum dimikrajkan ke langit dan merupakan bumi yang diberkati oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Isra’ ayat 1.
Justeru itu sedarilah bahawa kalian juga perlu bertanggungjawab bagi mnangani penderitaan dan penindasan umat Islam Palestin. Hulurlah segala bentuk bantuan yang kalian mampu terhadap mereka Palestin yang kini berada dalam keadaan dhaif. Kembalikan hak mereka !!!
Sempena kempen memperingati Hari Al-Quds sedunia pada 21 Ogos ini, bangkitlah wahai mujahid dan mujahidah seaqidah sekelian, sedarlah dari mimpi duniawi yang mengasyikkan, jangan kita hanya mampu berpeluk tubuh, melihat kosong apa yang telah terjadi pada saudara kita di sana. Bangunlah dari keseronokkan semata-mata. Di mana kalian semua tatkala bantuanmu diperlukan. Sesungguhnya hanya keredhaan Allah Yang Esa yang kita dambakan dalam setiap apa yang kita lakukan.
Thursday, July 06, 2006
5 syarat nak buat maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak
Surat dari Iblis/Syaitan...
Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.
Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu.Bila subuh datang menjelang,udara masih dingin,tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku lihat angkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.Aku engkau tidak pernah membaca sewaktu hendak makan.Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang,engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah.Ini bagus juga.Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.
Hai manusia yang kucintai,
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini sangat bagus dan terpuji,kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang,untuk menonton wayang,berholiday di Genting dan membeli kemewahan dunia.
Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'.Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris.Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
duhai manusia,
Apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya.Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia,mengumpat,tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali.Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan yang dirahmati ini.Di akhirat nanti,engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......
sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH
-huda, taken from Helwani KUIS-
Wednesday, July 05, 2006
Hati itu...
Sekadar utk renungan bagi menilai..ttg hati...
Hati
Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
**********
cuba check mana satukah anda....sama tak... tak tau betul ke tidak..sekadar suka-suka
(syok baca ni, bagus utk muhasabahkan diri : taken from Helwani KUIS)
Sunday, June 18, 2006
MUHASABAH DIRI...
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Segala puji-pujian hanya layak bagi ALLAH S.W.T. dan semoga sholawat serta salam dilimpahkan kepada Rasulullah s.a.w., para keluarga dan para sohabat baginda, serta kepada orang-orang yang mengikuti jalan dan petunjuk baginda sampai hari pembalasan.
(S) Wahai yang empunya diri,sudahkah engkau selesai menunaikan solat??
(J ) Sudah ...alhamdulillah.........(S)
Semasa engkau mengucap allahuakhbar dalam takbiratul ihram.Adakah hatimu turut sama membesarkan allah
(J ) Tidakk......Kalau begitu engkau sebenarnya tidak bertakbiratul ihram
(S) Semasa engkau membaca iftitah...engkau mengatakan inna solati wanusuki wamahyaaya wamamatii lillahi rabbil a'lamin(maksudnya:-sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku kerana allah tuhan sekelian alam adakah engkau merasakan bahawa solat yang engkau kerjakan itu merupakan solat engkau yang terakhir,kerana maut boleh menjemputmu pada bila-bila masa
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak membaca iftitaf kerana engkau tidak menghayati dan mempraktikkan bacaan mu
(S) Semasa engkau ruku' dan sujud adakah engkau tunduk menghinakan dirimu yang dhaif itu dan meninggikan Allah....
(J) Tidak.....kalau begitu engkau sebenarnya tidak ruku' dan sujud pun kerana engkau masih merasakan dirimu itu lebih dari makhluk Allah yang lain.sifat bongkak ,sombong,riak dan segala sifat mazmumah masih lagi tebal dalam hatimu yang menyebabkan engkau lalai dalam solatmu.....ingatlah engkau akan di campakkan kedalam neraka wail kerana engkau telah lalai dalm solatmu.....Solatmu bukan sahaja tidak diterima oleh Allah...tetapi menjadi satu ma'siat yang akan diazab oleh allah di akhirat nanti....
Astaghfirullahal azimmm.....diri akukah itu?????
Ya Allah berilah kepada ku kekuatan untukku memperbaiki solatku
Ya Allah permudahkan lah diriku untuk mengingati engkau,mensyukuri ni'mat engkau dan memperbaiki amalanku terhadap engkau...
Amin........
Friday, May 05, 2006
bangun penuh syukur...
Selamat pagi ! Celikkan mata dengan penuh syukur kerana kita masih diberikan peluang untuk sehari lagi. Sebaik-baik sahaja membuka mata, kita masih di atas katil dan tilam empuk, masih berselimut mewah dan masih ada segala-galanya. Syukurlah, kita masih hidup !Sebaik-baik membuka mata daripada tidur, Rasulullah mengajar umatnya supaya berdoa :
" Pujian bagi Allah, yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan padaNyalah tempat kembali "
Atau bacalah doa ini, maksudnya :
" Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan rohku dan telah menyelamatkan jasadku dan telah mengizinkan daku untuk mengingati-Nya. "
Begitu juga doa ini yang bermaksud :" Tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa Dia tiada sekutu bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
"Sayidatina Aisyah berkata, sesiapa yang bangun tidur dengan membaca doa ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
Doa lain yang juga diamalkan Rasulullah, yang bermaksud :" Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan tidur dan bangun. Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan diriku selamat sejahtera. Aku bersaksi bahawa Allah telah menghidupkan orang yang mati dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu "
Abu Hurairah menjelaskan, Rasulullah pernah berkata, sesiapa yang membaca doa ini ketika tidur, tatkala selesai doanya, Allah berfirman, " Benarlah hamba-Ku
Tazkirah diri
Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan,
Defrage ketulan hati dgn asuhan Al-Quran dan zikrullah,
Scandisk amalan dgn uswatun hasanah,
Clean up partition dosa2 lama dgn taqarrub pada-NYA,
Scan virus hasutan iblis laknatullah dgn benteng iman dankeyakinan pada-NYA,
Refreshla kecintaan hakiki pada-NYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA,
Copy,cut dan paste akhlak mulia sahabat beriman.
Restart la kehidupan sementara yang seakan2 temporaryinternet files yang sebelumnya dibelenggu cookies2 kejahatan dan noda dan clear history lama dalam recycle bin dunia..
Ayuh..restartla atau ctrl + alt + delete segalakegelapan jalan yang dilalui..
Gantikan dengan sinar baru dengan restart dan letakkan password admin iman sebagai benteng menghalang syaitan,
Iblis dan nafsu yang bertopengkan kelembutan seorang user..
Segeralah..sebelum hayat hidup kita dishutdown terus olehALLAH tanpa amaran atau tanda"..
Wednesday, May 03, 2006
A MOTHER’S LOVE
Her love is…
as deep as the blue sea.
as pure as the falling snow.
as wide as the open fields.
as strong as the mountain
range
Her love will always guide as…
through the tunnel of
darkness.
through the moments of distress.
at the peak of success.
Her love never..
fades with time.
decreases even an atom.
knows the meaning of
boredom
In her love…
we find peace in mind.
we find strength in body and soul.
Come what may,
her love for us will forever
stay…
Friday, April 28, 2006
Yahudi vs Amerika Laknatullah
JENAYAH DI SAMARRA' ADALAH PERBUATAN YANG DIDALANGI AMERIKA UNTUK MENYALAKAN API FITNAH ANTARA KAUM MUSLIMIN
Didoakan kehadrat ALLAHU ROBBI, mudah-mudahan senantiasaberoleh kesenangan dan ketenangan dalam berurusan dalampenghidupan insyaALLAH.
Wahai Kaum Muslimin..
Bukankah telah tiba masanya untuk kalian menyedari bahawa pasukan penceroboh di Iraq yang diketuai Amerika merupakan punca kepada segala musibah serta kejahatan yang tersembunyi? Bukankah telah tiba masanya untuk kalian mengetahui bahwa yang menjadi dalang di sebalik pengeboman masjid-masjid dan pasar-pasar, dan pembunuhan orang-orang awam, dan pembunuhan para ulama serta penculikan mereka, baik ulama Sunni atau Syi'ah,adalah angkara tentera penjajah?
Sesungguhnya ketika pasukan penceroboh menemui jalan buntu di Iraq, serta hampir-hampir tenggelam di dalam kebinasaannya sendiri dengan terbunuhnya tentera-tenteranya – semakin mereka tersepit maka semakin banyaklah mereka membuat jenayah di sana sini.. Di dalam setiap kejahatan yang berlaku, ia direka seolah-olah di lakukan oleh kaum Sunni ke atas pihak Syi'ah, dan Syi'ah adalah pelaku di belakang musibah yang menimpa Sunni yang menyebabkan sebahagian menyerang sebahagian yang lain… Sedangkan si penjajah terlepas dengan selamat dan aman sambil memerhatikan keadaan yang berlaku dari jauh.. Dan bukankah sesuatu yang memeranjatkan bahwa kejadian jenayah di Samarra' berlaku setelah utusan Amerika dari Tho'ifiyah? di Kementerian Pertahanan dan Dalam Negeri terselamat.
Wahai orang-orang yang beriman..
Daripada penelitian yang teliti dan mendalam ke atas kejadian pengeboman di makam dua imam yang diredhai Allah di Samarra itu pasti dapat dibuktikan dengan jelas bahwa kejadian tersebut bukanlah perbuatan mana-mana individu atau rakyat biasa tetapi ia dilakukan oleh sebuah agen kekuasaaan yang mempunyai kepakaran. Kehancuran yang berlaku sangat besar yang mana ini menunjukkan letupan berlaku adalah sesuatu yang telah dirancang dengan sempurna baik dari segi ukuran maupun jenisnya – bahkan dari segi ketepatan tempat yang dipilih memandangkan tanpa berlaku sedikitpun kesilapan dalam sasarannya. Apabila ditambah dengan fakta-fakta bahawa makam tersebut bukanlah tempat yang biasa yang sentiasa lengang, bahkan ianya adalah tempat tumpuan dan sering dikunjungi orang serta terpelihara keamanannya… bagaimana mungkin serangan tersebut dapat dilakukan dengan begitu tepat sehingga pelakunya dapat beredar dengan aman, jika bukan tindakan tersebut dilindungi oleh jentera penguasa yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuasaan di dalam negeri..?!
Sebenarnya apa yang terjadi di Samarra' adalah rancangan sempurna kekuatan penjajah baik dari segi perlaksanaannya maupun pelakunya – dan ini merupakan suatu malapetaka. Akan tetapi yang lebih buruk dan dahsyat lagi adalah tercapainya matlamat tentera penceroboh untuk melaga-lagakan kaum muslimin dari pihak Sunni dan Syi'ah. Berita-berita yang disiarkan, sesudah berlakunya jenayah itu yakni tentang penculikan dan pembunuhan ulama-ulama Sunni dan penghancuran masjid-masjid mereka, serta kedengaran pula berita pembunuhan sebahagian tahanan penjara dan wartawan-wartawan – semuanya ini menyempurnakan cita-cita tentera penjajah khususnya Amerika untuk menciptakan fitnah.
Sesungguhnya Amerika dan Inggeris dan setiap pasukan penceroboh, tidak pernah memelihara hubungan baik terhadap mukmin dan tidak pula memenuhi perjanjian. Sebagaimana kita melihat mereka dan penolong-penolong mereka yang berada di belakang pengeboman makam itu, maka kita tidak menolak kemungkinan bahawa bukan hanya satu tangan tetapi banyak tangan-tangan yang terlibat di dalam kecelakaan yang baru terjadi ini. Yang demikian itu supaya peristiwa tersebut kelihatan seakan-akan seperti serangan dan peperangan antara mazhab kaum muslimin.
Wahai orang-orang yang beriman..
Sesungguhnya Hizb ut Tahrir meyakinkan kalian tiga fakta supaya kalian memiliki pandangan dan pedoman di dalam urusan kalian:
Pertama:
Sesungguhnya setiap pembunuhan yang berlaku di kalangan orang-orang awam, pengeboman di pasar-pasar dan masjid-masjid, penculikan para ulama, dan pembunuhan para mukhlisin (yang berjuang) bagi agama dan umat - pasukan penjajahlah, yang diketuai Amerika, yang merupakan penyebab di belakangnya. Adapun kerja seorang Muslim itu adalah menentang orang yang curang dan bukannya mengganggu ahlinya atau merosakkan pasar-pasar dan masjidnya. Membunuh seorang muslim dengan tanpa hak adalah lebih besar dosanya disisi Allah daripada merosakkan Ka'bah dan dari hilangnya seluruh dunia. Bahkan seorang muslim yang berada di dalam peperangan melawan musuhpun tidak boleh membunuh orang tua dan tidak pula kanak-kanak serta wanita. Dia tidak boleh merosakkan gereja-gereja dan tidak dibenarkan membunuh orang yang beribadah di dalamnya.
Rasullullah telah bersabda:
"Sungguh hilangnya dunia itu lebih ringan bagi Allah daripada membunuh Mukmin tanpa hak" [Riwayat Ibnu Majah].
Dan bersabda Rasulullah s.a.w:
"Berangkatlah kalian dengan nama Allah, semata-mata kerana Allah dan di atas milah RasulNya. Dan janganlah kalian membunuh orang tua yang lemah, anak-anak kecil, kanak-kanak, wanita, janganlah kalian mengkhianati ghanimah (harta rampasan perang),dengan menghimpunkan harta rampasan perang kalian itu. Berbuatlah yang seelok-eloknya dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berbuat baik" [Riwayat Abu Dawud.]
Kedua:
Sesungguhnya walaupun kaum muslimin berselisih di dalam bab kepemimpinan (imamah), tetapi sesungguhnya mereka tidak ikhtilaf di dalam cinta kepada Rasullullah dan tidak ikhtilaf di dalam cintanya mereka kepada keluarga beliau yang terpuji. Sesungguhnya cinta ini diletakkan di darjat tertinggi di sisi setiap muslim, dan barang siapa yang memusuhi Rasullullah dan keluarga beliau maka sesungguhnya baginya balasan siksa dan tempat kegelapan di hari yang mana tidak bermanfaat harta maupun anak-anak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih. Demikian juga mereka tidak saling mengkafirkan sebahagian dengan sebahagian yang lain, kerana mengkafirkan sesama muslim adalah dosa besar disisi Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman.
Allah Subhanahu Ta'ala berfirman:
"Katakanlah-wahai Muhammad-tidaklah aku meminta kepadamu sesuatu upahpun didalam seruanku ini kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan.." [TMQ 42:23]
Dan telah bersabda Rasulullah :
"Tidak sempurna iman salah seorang darimu sehingga aku adalah yang paling dicintainya dari anaknya sendiri dan orang tuanyabahkan manusia kesemuanya" [Riwayat Bukhari]
Dan telah bersabda Rasullullah :
"Barang siapa yang mengkafirkan saudaranya maka sesungguhnya telah kembali- pengkafiran itu- kepadanya "
Ketiga:
Sesungguhnya kedengkian orang kafir penjajah-penjajah dan penceroboh itu, khususnya Amerika dan Inggeris ke atas Islam dan kaum muslimin, serta tipu daya dan perencanaan jahat mereka ke atas umat merupakan sesuatu yang sudah masyhur datang dari kalangan penceroboh-penceroboh itu sendiri. Ini terbukti dari pernyatan-pernyataan yang dituturkan oleh mulut-mulut mereka, serta disaksikan sendiri oleh kerja-kerja mereka di Abu-Ghuraib, dan Guantanamo, dan Qola'ah Janji…bahkan kebencian yang mereka simpan dalam dada-dada mereka lebih besar. Dan mereka tidak membeda-bedakan kebencian mereka bagi kaum muslimin manapun – tanpa mengira mazhab yang dianut, dan negeri asalnya.
"..Dan bagaimana jika mereka menang ke atas kalian, mereka tidak memelihara hubungan kerabat dengan mu dan tidak pula(menginginkan)perjanjian.." [TMQ At-taubah : 8]
Wahai orang-orang yang beriman
Sesungguhnya Hizb ut Tahrir menyeru kalian untuk membalas tipu daya penceroboh-penceroboh dan agen-agennya dengan menentang mereka, sesungguhnya kami merayu kepadamu supaya kalian menjadikan malapetaka Samarra' itu suatu pendorong untuk mempertingkatkan kebencian terhadap penceroboh-penceroboh itu dan supaya kalian jadikan mereka itu musuh..
Allah berfirman:
"Mereka itulah musuh kalian maka waspadalah terhadap mereka.."
Maka tidak sepatutnya bagi kaum muslimin mengambil penjajah itu sebagai wali atau bekerjasama dengan mereka, atau membiarkan penjajah itu kekal. Dan tidak sepatutnya meraka diberi tempat menetap yang tenang atau dimudahkan urusan mereka. Mereka dan pemimpin-pemimpin negeri itulah punca segala racun dan merekalah yang berdiri dibelakang tiap-tiap musibah yang menimpa kaum muslimin,
Allah Ta'ala berfirman.
"Mereka tidak memelihara hubungan kerabat terhadap orang-orang mukmin dan tidak mengindahkan perjanjian dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas"
Pandangan Paderi Tentang Muhammad
Pada masa ini islam ialah agama yang paling giat berkembang di Eropah dan di Amerika, malah di seluruh dunia. Di Amerika setiap tahun lebih 20 000 orang memeluk Islam. Di Eropah, Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian. Islam ialah gama yang berupaya menarik minat dan seterusnya meyakinkan barang siapa yang mengkajinya secara rasional.
Berikut diturunkan beberapa kata tokoh bukan Islam mengenai Muhammad SAW dan risalah yang dibawanya :
Michael H. Hart
Michael H. Hart merupakan seorang ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau menulis sebuah buku yang bertajuk The 100 : A Ranking of the Most Influential Person in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berhubung 100 orang tokoh-tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan paling banyak mempengaruhi jalan hidup manusia.
Akhirnya beliau merumuskan bahawa tokoh sejarah yang paling berpengaruh ialah Nabi Muhammad SAW.
Daripada 100 tokoh yang dikajinya, 20 yang teratas ialah :
Prophet Muhammad
Isaac Newton
Jesus Christ (Nabi Isa as)
Budha
Confucius
St. Paul
Ts’ai Lun
Johann Gutenberg
Christopher Columbus
Albert Einstein
Karl Marx
Louis Pasteur
Galileo galilei
Aristotle
Lenin
Moses (Nabi Musa as)
Charles Darwin
Shih Huang Ti
Augustus Caeser
Mao Tse-Tung
Apakah yang menyebabkan beliau memilih Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dalam sejarah? Beliau menulis, “ pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilih Muhammad kerana beliau sahaja di dalam sejarah yang begitu Berjaya di dalam dua bidang iaitu, keagamaan dan keduniaan. Daripada asal-usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, selepas kewafatan beliau, pengaruhnya tetap hebat dan masih terus berkembang”. Di dalam teks asalnya, “ My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential person may surprise some reader and may be queationed by other, but he was the only man in levels of humble origins, Muhammad founded ang promulgated one of the world’s great religions, and became an immensely effective political leader. Today, after his death, his influence is still powerful and pervasive.”
-huda, 26 April 2006, Kuis Library, 15.37pm-
Muhammad pembawa risalah saintifik
Penemuan I : Langit dan bumi pada asalnya bercantum
Di dalam surah Al- Anbiya ayat 30, Allah SWT berfirman dengan maksud,
“ Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…..”
Di dalam bukunya Al Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qurtubi meriwayatkan,
“ Berkata Ibn Abbas, Al-Hasan, ‘Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah : Ayat ini bermaksud kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara keduanya dan dijadikan di antara keduanya udara. “
Di dalam bukunya Al-Asas fil Tafsir, As-Syeikh Said bin Hawa mengemukakan riwayat daripada Ibn Kathir berhubung pandangan Imam Said bin Jubair tentang ayat ini,
“ Bahkan sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di anrata satu dengan yang lainnya. Ketika Allah meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud AllahSWT memisahkan di antara keduanya. “
Syeikh Tontowi Jauhari di dalam kitabnya Al-Jamihir yang ditulisnya pada sekitar tahun 1920-1930, menulis, “ Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran ialah, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semua bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah pisahkan kesemuanya. Ayat ini ialah mukjizat, kerana ilmu tentang perkara ini belum diketahui pada waktu itu, kecuali pada hari ini “
Penemuan II : Embriologi di dalam Al-Quran
Embriologi adalah ilmu yang membincangkan tentang proses kejadian embrio di dalam rahim. Di dalam surah Az-Zumar ayat 6, Allah SWT berfirman dengan maksud,
“ Dia yang menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga “
Di dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, “kegelapan yang tiga ialah kegelapan abdomen, rahim dan yang berkaitan dengan uri”. Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Ibn Abbas, Mujahid dan Ikrimah r.a. Pendapat ini dinukilkan kerana kalimat-kalimat kegelapan yang tiga tidak ditafsirkan di dalam bentuk yang abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami.
-nurulhuda, 22 April 2006,11.52am, Bangi-
Wednesday, April 19, 2006
BE A WINNER
I love myself and believe in myself
I was born to win
I have what it takes to succed in life
I view learning as fun and chanllengging
I will plan a study schedule and stick to it
I am enthusiastic about all subjects
I will be fully prepared for my examinations
I will persevere in pursuit of success
I will learn from my mistakes and find ways to improve myself
I am the master of my own destiny
I will be a winner with God’s grace and guidance
LELAKI HENSEM VS LELAKI X HENSEM
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Heheheheh......Sapela yg buat ni..ape kejam sgt...aku pun x sekejam mcm ni..hahaha...
TRUE LOVE
Jangan mudah melafaz Kasih,
Kasih itu pada siapa ??
Jangan mudah melafaz Sayang,
Sayang itu pada siapa ??
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada yang Esa..
Cintakan bunga, bungakan layu,
Cinta manusia
manusiakan pergi…..
cinta pada Allah SWT
itulah yang kekal ABADI…
KONFRONTASI YANG TIADA REDA
Begitulah juga kalau berlawan dengan hasutan dan godaan syaitan. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang diperangi oleh syaitan. Kita tidak dapat melihat syaitan, tapi syaitan dapat melihat kita. Sewaktu nabi Adam dan Hawa dijadikan, musuh yang paling bahaya yang Allah peringatkan ialah godaan syaitan :
“ Maka syaitan telah dapat menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) darinya, sehingga keduanya keluar dari syurga, dan Kami perintahkan : Turunlah kamu (Adam, Hawa dan syaitan) satu sama lain bermusuh-musuhan dan bagimu di bumilah tempat tetap dan kesenangan sampai satu masa tertentu. “
Bagaimana untuk kita capai kemenangan berlawan dengan syaitan ? Allah telah memberikan kekuatan atau senjata untuk kita membuat pukulan balas. Kekuatan itu ialah dari gabungan ilmu, mujahadah dan hidayat Allah. Walaupun kita tidak dapat melihat syaitan tetapi dengan akal, kita diberi kekuatan untuk melihat syaitan. Segala perbuatan yang keji membawa kerosakan, permusuhan, kesengsaraan dan kerugian adlah kerana dari pengaruh syaitan.
Namun sejarah membuktikan bahawa dengan kekuatan ilmu semata-mata, manusia senang ditewaskan oleh syaitan. Bukan orang bodoh dengan mudah dapat dikalahkan malah orang yang pintar juga ditewaskan. Lihatlah kerosakan dan kemungkaran yang berlaku. Bahkan semakin tinggi kemampuan ilmu manusia, kemungkaran bukan berkurang malah berleluasa ! Justeru itulah kekuatan akal (ilmu) mesti bergabung dan dipadu dengan hidayah Allah. Manusia yang berjalan seiring antara akal dengan hidayah adalah sebaik-baik makhluk (Ashanu Taqwim), tidak mungkin ia menjadi manusia yang hina (Asfalas Safilin).
Tetapi sayang manusia yang berakal itu telah tidak menggunakan akalnya untuk memburu hidayah Allah. Tipu daya iblis membuatkan manusia berpaling dari petunjuk Allah. Ramai manusia yang tidak mahu bersyukur, fasik, benci kebenaran, tidak beriman, tidak benar jalan fikirannya dan lain-lain. Syaitan bersumpah :
“ Aku (Iblis) akan goda mereka (manusia) dari segala jurusan : dari depan, belakang, kanan, dan kiri mereka, sehinggalah kebanyak manusia tidak pandai bersyukur."
ADA APA DENGAN CINTA ?
Dari versi klasik Shakespears
Kudengar Juliet di tahkta mahligai
Melekakan dunia,
Kerana cintanya kepada Romeo
Namun….Hangus jua di tangan takdir…
Dari versi Arab klasik
Ku terbaca sejarah Laila Majnun
Demi cintanya seluas sahara
Akhirnya….
Terbang seperti butir-butir pasir…
Dari versi Melayu klasik
Ku tonton ceritera purbawara
Uda dan Dara
Cintanya sedalam lautan
Tetapi...
Biduknya pecah di lautan masin
tanpa bernesan…
Ada apa dengan CINTA ??
Cinta ditinggalkan Rangga
Walaupun diari mengatakan maksud
Adakah ia akan termakbul ?
Jadi……
Apakah yang diharapkan
pada sebuah CINTA manusia
Lantaran pengorbanan kerap kembali melampaui
Sebuah kesetiaan…
Justeru…
Carilah Rahmat ILLAHI
Disebalik Ar-Rahim-Nya
Kerana…..
Kasih sayang-Nya
Tidak bernoktah dan bertepi ..
Selamat Kembali Wahai Penuntut Ilmu yang berjuang di jalan Allah…
Di dalam hidup manusia yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat,diri kita akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, Negara jadi kuat. Apabila negara jadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS !, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Di tengah2 itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat2 maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU…manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia mula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat, ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang yang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jadi jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin pula nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu, telan je lah minyak gamat…
-huda, 11 April 2006, taken from Helwani KUIS club-

