
Saturday, March 29, 2008
Sunday, March 16, 2008
Sye’er by Imam Syafie
Friday, February 29, 2008
استغلال المسلم لأوقات الفراغ

أولا : أداء الفرائض التي فرضها الله سبحانه وتعالى وأداء ما تيسر لك من السنن والنوافل.
ثانيا : حفظ ما تيسر لك من القرآن ومحاولة إتمام حفظ القرآن في أقرب وقت, وأن تستعين على ذلك بأحد الشيوخ الذين يجيدون حفظ القرآن ومعرفة أحكام التلاوة الصحيحة.
ثالثا : قراءة ما تيسر لك من سنة النبي صلى الله عليه وسلم, وهي بحر واسع لا يشبع منه.
رابعا : الدعوة إلى الله سبحانه وتعالى والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر بحسب ما تستطيع.
خامسا : السعي في قضاء حوائج إخوانك المسلمين, فتساعد المحتاج, وتزور المريض, وتصل الرحم, وغير ذلك.
سادسا : القراءة في كتب العلم سواء كان علما شرعيا يهتم بالعبادات والمعاملات أو غيرها أو علما يهتم بالاكتشافات
سابعا: الاهتمام بعملك وتخصصك الدقيق الذي تحصل منه على قوتك.
ثامنا : الاهتمام بتربية الرياضية لجسمك, واعلم أن المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف.
.وكل هذا العبادة يثاب المرء عليها ما دام يخلص النية إلى الله سبحانه وتعالى.
Wednesday, February 20, 2008
Hawa + Wanita + Perempuan

Friday, February 08, 2008
Bacakan Ini sebentar wahai adikku

Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza.
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan.
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya.
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau juga yang akan tanggng natijahnya.
“At-Tin 4: Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
Sedarlah adikku,
Kita musafir di dunia ini,
Kita kan pulang pada-Nya,
Hidup di dunia ini akan ditanya,
Adakah akan diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokkan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya.
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Al-Mujadilah 11: Allah akan mengangkat orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang berilmu beberapa darjat”
Adikku,
Renungkan sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya.
Begitu jua diri kita.
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela.
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama.
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah adikku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan.
Oleh itu tekadkan keyakinan.
Kau umat pilihan.
:Ali Imran 110 : You are the best ummah”
“Al-Hujurat 13 : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa”
Jelaskan visi perjalanan
“Al-Baqarah 201 : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”
Jadikan ilmu sebagai bekalan
“Al-Alaq ; Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Thanmu yang menciptakan. Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan.”
“Al-Ahzab 72 : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tapi tidak melaksanakan)”
Ketinggian seseorang kerana iman.
“Ali-Imran 139 : Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”
Lantaran itu carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.
Usaha x Istiqomah – malas / masa + yakin
Asas kejayaan.
“Ar-Ra’d 11 : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”
“At-Taubah 59 : Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata; cukuplah Allah bagi kami, Alah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnian-Nya dan demikian pula Rasul-Nya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)”
Adikku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya.
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha.
Kerana PASTI kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya.
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.
Adikku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan.
Sekali kau jatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya.
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah adikku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu.
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.
Friday, January 18, 2008
Cinta kepada Allah dan kerana Allah
Harta? Wang? Kesenangan? Darjat?
Yang kau tumpang dari penghidupan orang lain.
Apa yang ingin kau pamerkan?
Wajah? Kecantikan? Keayuan? Kelembutan?
Yang kau damba pendambaan orang lain terhadap dirimu.
Maka mana pergi kasih dan cinta buat Tuhanmu?
Kau sebalikkan ia di belakang matlamat duniawi mu
Berselindung disebalik nama agamamu
Memproklamirkan sifat-sifat wanita yang baik-baik
Buat tuntutan keseronokan jasmanimu
Adakah ini tujuan hidupmu?
Jika kau cintakan dia kerana paras rupanya
Maka jika hilang paras rupanya.. adakah tingkat cintamu padanya akan sama?
Jika kau cintakan dia kerana duitnya, hartanya
Maka jika hilang segala kekayaannya.. adakah kau akan tetap menyintainya?
Jika kau cintakan dia kerana pujian orang lain terhadapnya
Maka jika hilang segala pujian itu.. adakah kau masih akan menyintainya?
Jika kau cintakan dia kerana ilmunya
Maka jika Allah swt menarik semula ilmu drpnya.. adakah kau akan sama menyintainya seperti mula-mula dahulu?
Jika kau rasa dialah yang paling lawa / handsome
Fikir.. sudah tentu yang menciptakan kecantikannya itu lagi lawa daripadanya
Maka sesungguhnya Allah lah yang Maha Cantik
Jika kau rasa dialah yang paling kaya dan berharta
Fikir.. sudah tentu yang menjadikan dia kaya, lagi kaya daripadanya
Maka sesungguhnya Allah itu lagi Maha Kaya
Jika kau rasa dialah yang paling baik hati
Fikir.. sudah tentu yang menjadikan dia baik hati, adalah lebih baik hati daripadanya
Maka Allah lah yang Maha Pengasih dan Penyayang
Jika kau rasa dialah itu dan ini
Jadi di mana mahu kau letakkan cinta kepada Allah swt?
Bukankah dia yang memberikanmu nafas
Yang tidak perlu kau bayar
Yang kau sedut 24 hours tanpa henti
Yang kau ucapkan terima kasih padaNya hanya beberapa kali sehari?
Dan lain-lain nikmat yang kau rasai sekarang.
Tidakkah kau risau
Jika kau terlalu sayangkan / cintakan dia
Allah akan cemburu padamu?
Jadi,
Di mana cinta Ilahi di dalam hatimu?
nur el-huda, 17 Januari 2008, 20:47,
SPC, Jabal at-Tajj.
أحبك حبين حب الهوى * وحبا لأنك أهل لذاكا
فأما الذي هو حب الهوى * فشغلي بذكرك عمن سواكا
وأما الذي أنت أهل له * فكشفك للحجب حتى أراكا
Tuesday, January 08, 2008
Melihat Hanya Pada Allah

ما من مولود إلا يؤلد على الفطرة فابواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Riwayat daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Jelas dari hadith ini bahawa pada setiap diri anak Adam yang dilahirkan, dia suci dalam aqidahnya. Jika dia mati sebelum umur akil baligh, dia tidak akan dihisab dan tidak dimasukkan ke dalam neraka walaupun kedua ibubapanya adalah Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Tetapi, jika dia mati setelah umurnya akil baligh, kemudian dikafirkan aqidahnya oleh kedua orang tuanya atau dengan kehendak dia sendiri, maka dia mati dalam kekafiran.
Lihat pula pada diri manusia itu. Setiap dari mereka mempunyai akal yang dikurniakan Allah SWT. Mereka senantiasa berfikir pada setiap apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan ke atas diri mereka.
Mereka tidak boleh lari dari permasalahan siapakah yang menjadikan alam ini, kuasa apakah yang sangat besar mengatur segala-galanya dengan baik, bila, dengan apa dan bagaimana. Pelbagai persoalan yang bertuju-tuju datang. Dari sinilah al-Quran dan hadith memainkan peranan dalam memandu aktiviti berfikir manusia. Ali bin Abi Talib r.a berkata :
العقل في القلب
(akal itu di dalam hati)
Bahawasanya al-Quran itu telah cukup untuk menerangkan segala yang berlaku dan yang manusia alami. Tetapi senang saja sesetengah manusia menolak bulat-bulat isi al-Quranul Karim dan menafikannya. Allah SWT berfirman dalam surah al-‘Araf ayat 179 yang bermaksud :
Sebagaimana yang terjadi terhadap golongan Muktazilah yang lebih mendahulukan pandangan akal fikiran daripada al-Quran dan kemudian barulah sunnah nabinya.
Orang-orang seperti mereka ini nyata mendustakan isi kalimah al-Quran. Bahawa al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan, Rabb Yang Maha Mengetahui segala keperluan hamba-hambaNya dan pengkhabaran bahawa Dialah sebenar-benar Tuhan. Banyak ayat di dalam surah-surah yang boleh kita baca, fahamkan dan kaji tentang kekuasaan Allah SWT. Contohnya seperti di dalam surah (ar-Ra’d :16), (al-‘Araf : 54), dan (al-Furqan : 2)
Walaupun ada golongan yang menentang agama Allah dan kebenarannya, di bahagian lainnya pula ada segolongan yang menegakkan agama dan syariatNya. Mereka tidak takut untuk mengatakan kebenaran kalimah Allah yang Haq. Mereka tidak takut pada segala ancaman atas diri mereka. Pada hati mereka terdapat hanyalah Allah, nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya yang Agung. Mereka memeliharanya dengan baik. tidak ada yang dapat menyamai atau sekutu denganNya. Sebagaimana firman Allah (42:11) yang bermaksud :
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".
Mereka meletakkan pengharapan hanya kepada Allah,lidah, hati dan tingkahlaku mereka hanya bersandar kepada Allah. Contohnya sebagaimana yang terjadi dalam kisah Imam Ahmad serta sahabat-sahabatnya, Salahuddin al-Ayyubi ataupun Imam ash-'Ari.
Tingkah laku mereka jelas tergambar dalam pengibadahan kepada Allah. Mereka sungguh-sungguh dalam melakukannya. Niat mereka ikhlas semata-mata kerana Allah. Perasaan, hati, keyakinan, dan jiwa tunduk kepada kebesaran kekuasaan Allah.
Mereka tulus dalam melaksanakan perintah Allah kerana kecintaan yang suci pada Allah. Dialah yang paling sempurna zat, nama dan sifat, serta semulajadi fitrah manusia itu sukakan kepada kesempurnaan. Maka Allah adalah jalan terbaik yang kekal selama-lamanya. Ibn Qaiyim al-Jauzi berkata :
“Apabila pengibadatan seorang hamba Allah Taala dikaitkan dengan kecintaan kerana kebesaran dan kesempurnaanNya, maka nikmat yang timbul adalah merupakan kurnia dan ihsanNya, ia wajib disyukuri.”
Di sinilah, maka manusia dapat merasai halawatul iman.
Sedikit sejarah ringkas tentang ash-‘Ari ialah sepertimana yang kita ketahui bahawa beliau pada dahulunya adalah seorang pengikut aliran Muktazilah yang hidup bersama bapa tirinya iaitu Abu Ali al-Jubaie juga seorang ulama besar aliran Muktazilah.
Berpunca dari perbincangannya dengan al-Jubaie, ash-'Ari yang meragui konsep dosa besar serta masuk syurga dan neraka bagi tiga keadaan manusia yang berlainan. Yang pertama; mati seseorang dewasa yang taat soleh dan dia masuk syurga, kedua; mati seseorang dewasa yang bermaksiat dan dia masuk neraka, dan ketiga; mati seorang kanak-kanak yang Allah matikan dengan tidak diberi pahala mahupun dosa. Al-Jubaie tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan ash-‘Ari itu. Serta mimpi ash-‘Ari berjumpa Rasulullah sebanyak tiga kali telah membuka hatinya kepada hidayah. Akhirnya beliau meninggalkan fahaman Muktazilah dan bermufaraqah dengan al-Jubaie. Beliau mengithbatkan segala sifat-sifat Allah SWT tanpa takyif, tamsil, tashbih, ta’til, tahrif (menyimpangkan atau merubah) dan tajsim (menjasmanikan) sesuai dengan fahaman Imam Ahmad bin Hambal sebagaimana muqaddimahnya dalam kitab al-Ibanah, Maqalat al-Islamiyyin dan dalam rujukan kitab al-Bidayah wan-Nihayah.
(sirah asy-Sya’ari boleh kalian baca dalam kebanyakan kitab-kitab aqidah yang berkaitan)
منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الأشاعرة في التوحيد الله تعالى
مقالات الاسلاميين
البداية والنهاية
طبقات الفقهاء الشافعيين
القضاء والقدر في الاسلام
IT Garden, SIIUC,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~
Wednesday, December 26, 2007
Palestin... lambaianmu di dalam mimpiku

Di hari yang lain pula, akhirnya kubu yang kami bersembunyi itu telah diketahui oleh tentera rejim zionis. Aku, sahabat aku (tak kenal siapa), beberapa orang lelaki, warga tua dan kanak-kanak Palestin lain menjadi sungguh takut. Gementar dan panik. Mereka masuk ke kubu kami, memaksa kami berdiri menghadap ke dinding sambil tangan diletakkan di belakang kepala. Ketika itu aku hanya meyerahkan segala apa yang bakal berlaku kepada Allah. Biarlah dia yang tentukan segala-galanya.
Aku berbisik kepada kawanku itu; (yang aku kira lebih awal dan lama dihantar ke sini untuk program seperti ini) “apakah yang selalu akan mereka lakukan terhadap orang-orang seperti kita?” Sahabatku itu menjawab bahawa; kaum perempuan akan dirogol, kaum lelaki akan diseksa atau dijadikan hamba, kanak-kanak dan warga tua pula akan ditawan dan dibiarkan mati kelaparan, kepanasan dan kesejukan. MasyaAllah, aku mengucap panjang dan fikiranku terus berpusing memikirkan apakah yang bakal berlaku terhadap diriku selepas ini.
Tentera yahudi zionis itu terus menerus memaki-hamun, merosakkan segala isi di dalam kubu ini. Mereka telah menawan sahabatku dan beberapa orang lelaki. Tentera yahudi zionis itu pergi setelah beberapa minit berbincang sesama sendiri dan seorang yang sentiasa bercakap dengan walkie-talkienya. Setelah lembaga mereka hilang dari pandangan kami, aku bertanyakan kepada seorang mak cik tua tentang kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. “Kenapa mereka hanya mengambil orang-orang tertentu sahaja? Seperti sahabatku itu?” Mak cik tua itu menjawab bahawa sahabatku itu memang telah lama dicari oleh tentera Yahudi laknat itu. Ini kerana sepanjang dia di sini, dia telah berjaya membunuh ramai tentera Yahudi secara berstrategi dan itu telah membuatkan tentera Yahudi merasa gerun dan takut kepadanya. Sungguh! Aku tak sangka dia punya semangat juang sebegitu tinggi untuk mempertahankan bumi kelahiran para anbiya ini. Allahu akbar!
Selepas itu aku terus terjaga. Melihat jam sudah pukul 5.44 pagi. 5 minit lagi akan masuk waktu subuh.
~mimpi subuh tadi, huda, 15 Disember 2007, 7.08am , SPC, Jabal at-Tajj ~
Thursday, December 06, 2007
Ilmu Qiraat

وقل ألفا عن اهل مصر تبدلت * لورش وفي بغداد يروى مسهلا
Ini adalah 2 matan dari 19 matan dalam bab همزتين في كلمة ( 2 hamzah dalam satu kalimah) oleh Imam as-Syatibi. Ia juga dipanggil sebagai sye’er (syair) dalam qiraat atau matan as-Syatibiah.
Maksud matan pertama rangkap pertama ialah; apabila dihimpunkan dua hamzah dalam satu kalimah. Syarahnya adalah; hamzah yang pertama mesti (wajib) berbaris atas (fathah ﹷ) dan hamzah yang kedua boleh dibaca samada fathah (ﹷ), kasrah (ﹻ), atau dommah (ﹹ). Seperti di dalam kalimah ءَأنْزَرْتَهُمْ dalam surah al-Baqarah yang berbaris atas (fathah ﹷ). Jika berbaris bawah (kasrah ﹻ), contoh kalimah أئِذا dalam surah al-Mursalat dan kalimah أَؤُنبئكم yang berbaris depan (dommah ﹹ) di dalam surah ali-Imran.
Rangkap ke dua pula membicarakan bahawa Imam ibn-Kathir (ابن كثير), Imam Naafi’ (إمام نافع), dan Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو) sepakat membacanya dengan bacaan tashil (تسهيل) bagi 3 kalimah di atas yang disebutkan. i.e: Maksud tashil (تسهيل) ialah memudahkan seseorang pembaca membacanya apabila bertemu kalimah yang mempunyai dua hamzah, membacanya tanpa menghazafkan (حذف -buang) hamzah yang kedua. Tetapi Imam Hisyam berbeza khilaf (خلف -berbeza) pendapat pada hamzah yang kedua. Beliau mengatakan boleh membaca dengan bacaan tashil dan tahqiq (تحقيق) pada dua hamzah yang berbaris atas (fathah ﹷ). Maknanya pada kalimah ءَأنْزَرْتَهُمْ. Tetapi untuk dua kalimah yang selebihnya tetap dibaca dengan baaan tashil.
Bagi matan kedua rangkap pertama, Imam Warsh (إمام ورش) berpendapat bahawa dua hamzah yang berbaris atas itu, ditukarkan hamzah kedua kepada huruf mad (ا و ي) dan selepasnya huruf yang bertanda mati (sukun ْ ) dengan kadar 6 harkat. Tetapi jika selepas huruf hamzah yang kedua itu berbaris, Imam Warsh membacanya dengan kadar 2 harkat. Contoh bagi kalimah yang bertanda mati (sukun ْ ) berkadar 6 harkat ialah ءَأنْزَرْتَهُمْ dan ءَأَلِدُ dengan kadar 2 harkat. (dua hamzah selepasnya berbaris)
Bacaan tashil (تسهيل) mengikut Imam Warsh adalah sama seperti yang disebutkan oleh tiga Imam di atas. Yang berbezanya adalah dari segi apabila hamzah kedua selepasnya huruf bertanda mati (sukun ْ ) atau berbaris.
Baki dari Imam yang di atas adalah Imam Hamzah (إمام همزة) dan Imam ‘Asim (إمام عاصم). Mereka membaca tiga kalimah ini (أئِذا ,أَؤُنبئكم ,ءَأنْزَرْتَهُمْ) dengan bacaan tahqiq (تحقيق). i.e: Bacaan tahqiq ialah menghazafkan (حذف -buang) hamzah kedua dan membacanya dengan bacaan asal. Contoh; أَيِذَا, ءَنْذَرْتَهُم, أََوُنَبئكم dibaca dengan 2 harkat.
Senarai Imam yang dibincangkan :
- Imam ibn-Kathir (ابن كثير)
- Imam Naafi’ (إمام نافع)
- Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو)
- Imam Warsh (إمام ورش)
- Imam Hamzah (إمام همزة)
- Imam ‘Asim (إمام عاصم)
************
Sedikit tentang sejarah ilmu Qiraat ini. Adapun ilmu Qiraat ini bermula di Madinah selepas peristiwa hijrah. Pada masa itu telah ramai penduduk Madinah memeluk Islam. Ilmu Qiraat ini muncul kerana Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat dengan pelbagai jenis bacaan. Contoh; jika hari ini Rasulullah mengajarkan kepada si fulan bin si fulan dengan satu jenis bacaan, maka keesokan harinya, Rasulullah akan mengajarkan kepada si fulan bin si fulan yang lain dengan satu lagi bacaan yang lain.
Keadaan ini berlaku kerana terdapat perbezaan bahasa dan bangsa mengikut lidah masing-masing. Contoh; sesetengah orang yang menghadapi kesukaran untuk menyebut huruf ( shin ش) seperti Shah Alam kepada sebutan Sah Alam.
Yang benarnya di dunia ini hanya terdapat 14 Imam dalam ilmu Qiraat. Masing-masing mempunai gaya bacaan yang tersendiri. Di sini saya senaraikan 10 daripada mereka iaitu; Imam ibn-Kathir (ابن كثير), Imam Naafi’ (إمام نافع), Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو), Imam Hamzah (إمام همزة), Imam ‘Asim (إمام عاصم), Imam ‘Amir (إمام عامر), Imam Kisa-ie (إمام كسائي), Imam Abu Ja’far (إمام جعفر), Imam Ya’qub (إمام يعقوب), Imam Khalaf (إمام خلف). Mereka masing-masing mempunyai anak murid tersendiri. Mereka inilah Imam-imam Qiraat.
Mempelajari ilmu Qiraat ini memerlukan kita belajar secara talaqqi. Iaitu belajar berhadapan dengan guru menggunakan quran Qiraat (iaitu yang terdapat cara bacaan di tepinya). Jika tidak, kita tidak akan dapat mengetahui secara amalinya bagaimana sebutan huruf atau sesuatu bacaan dan tidak secara teori sahaja.
Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberi manfa’ah kepada kita sema. InsyaAllah. Sekian.
_______________________
Rujukan dari kitab Taqriibul Ma’ani Fi Syarah Hirzul al-Amani Fil Qiraat as-Sabi’. Oleh Syed Lasyin Abu al-Farah dan Khalid Muhammad al-Hafiz al-‘Ilmi.
كتاب تقريب المعاني في شرح حرز الأماني في القراءات السبع. تأليف سيد لاشين أبو الفرح, وخالد بن محمد الحافظ العلمي.
*~ nur el-huda, 11 September 2007, 11.10pm,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~*
Wednesday, December 05, 2007
ما رأيكم؟
٢) يتضمن ويحفظ القتصادية الحكومة المليزيا
٣) نكفي بالشيوخ الماهرون والعلماء الأذكياء والأستاذ
٤) يتضمن السلامة والأمن لطلاب يطلب العلم
٥) ترتيب في النظام التربية والحكومة في هذا البلاد, مثل يعود إلى الطالب ليحضر إلى الكلية
Monday, November 26, 2007
Islam di mulut tidak di hati
Tuhan memberitahu kita, kita tahu tapi macam tak tahuTuhan memberitahu tapi kita tak mahu tahu
Tuhan membawa berita, kita percaya
Tapi dengar acuh tak acuh sahaja
Tuhan membawa berita larangan dan tegahan
Kita endah tak endah saja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga
Tidak pula rasa gembira
Tuhan membawa berita ancaman dengan Neraka
Dengar, tapi tak pun rasa gerun
Tuhan membawa syariat, peraturan dalam semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang dan buat-buat tak dengar
Walaupun telah diperdengarkan
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau Negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fil lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu apabila pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali.
Saturday, November 17, 2007
Ramadhan bulan tarbiah; penghayatan kepada al-Quran

Catatan 13 September 2007
Adakah mereka tidak mentadabburkan, tidak mengambil pengajaran daripad al-Quran ataupun hati mereka itu sudah terkunci? Orang yang membaca al-Quran sahaja tetapi tidak cuba mentadabburkannya, tidak cuba mengamatinya, tidak cuba menyelami isi-isinya, memang orang seperti ini diletakan oleh Allah s.w.t sebagai orang yang terkunci hatinya. Kerana itulah selain dari kita hendak membaca, kita hendaklah faham, dan cuba hayati isi yang disebut Allah s.w.t di dalamnya. Kerana al-Quran yang Allah s.w.t turunkan ini terdapatnya hukum-hakam, ada yang halal, ada yang haram, dan ada yang Allah s.w.t sebut kita kena buat, ada yang Allah s.w.t sebut benda yang tak baik, maka kita kena jauhi. Oleh itu kita hendaklah mentadabburkan ayat-ayat Allah s.w.t. kerana itulah, Rasulullah s.a.w dalam suatu hadis menerangkan bagaimana kaedah jikalau sesuatu itu yang dilarang oleh al-Quran, macam mana reaksi kita, kerana itu nabi s.a.w telah menyebut :
فإن لم ينهك; kalaulah kamu hanya membaca sahaja dan ia tidak dapat mencegah kamu dari melakukan dosa, contohnya membaca al-Quran tapi masih melakukan maksiat, membaca al-Quran tetapi meninggalkan sembahyang, membaca al-Quran tetapi tidak menutup aurat; kata Rasulullah فلم تقراء . Dia yang sebenar-benarnya tidak membaca al-Quran. Secara zahirnya dia membaca al-Quran tetapi nabi s.a.w menggambarkan orang itu seolah-olah tidak membaca al-Quran. Ini kerana sepatutnya apabila Allah s.w.t mengharamkan sesuatu dan dia membaca al-Quran, sepatutnya dia tidak melakukannya, ataupun Allah taala perintahkan sesuatu, maka buatlah, sebab ianya datang dari Quran. Dalam hal ini juga, Rasulllah s.a.w. menyebut;
وأشهد أن محمد الرسول الله … bilal tidak dapat meneruskan azannya, kerana terlalu ingatkan kasih kepada Rasulullah. Itulah sifat nabi yang cukup hebat.
“طه... ما أنذلنا عليك القرأن لتشقى إلا تذكرة لمن يخشى .” Allah taala menyebut طه ; kami tidak menurunkan al-Quran kepada kamu wahai Muhammad untuk menyusahkan. Tidak. Al-Quran bukan untuk menyusahkan kita, tetapi kata Allah, إلا تذكرة لمن يخشى . Tetapi al-Quran itu merupakan satu peringatan untuk sesiapa yang takut kepada Allah s.w.t. Kalau kita jadikan al-Quran ini sebagai peringatan kepada diri kita sendiri, peringatan di dalam hendak mencari bekalan di dunia, di akhirat, peringatan untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa, peringatan untuk kita berkasih sesama manusia, hormat sesama manusia, bahawa al-Quran itu sudah menguruskan semua itu. Tuhan sudah menerangkan semua sekali. Sebab itu selain dari kita membaca al-Quran, kita perlu jadikan bahawa al-Quran itu yang memberikan peringatan.
“Orang yang membaca al-Quran tanpa mengambil ikhtibar darinya (kitab suci), ibarat orang yang mati hatinya.”
Sunday, November 04, 2007
Mencerap bumi al-Quds

Bukankah umat Islam itu seperti satu jasad? Apabila saudaranya ditimpa musibah dan ujian, maka dia juga akan merasa kesakitan dalam batang tubuhnya.
Masjid al-Aqsa, pada bila-bila masa sahaja akan runtuh akibat dari hakisan atas usaha Zionis Israel yang melemahkan struktur asas binaannya. Pada bila-bila masa sahaja, masjid ketiga paling suci dalam hati umat Islam itu bakal ranap dan bertukar identiti sebagai “Temple of Mount”. Bila-bila masa dari sekarang, Masjid al-Aqsa bakal tersungkur menyembah bumi, meninggalkan debu dan di masa itu tiada guna lagi penyesalan. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Jika kita singkap lipatan sejarah, 21 Ogos 1969, Dennis Micheal, seorang Zionis warga Switzerland telah melakukan pembakaran terhadap Masjid al-Aqsa. Api yang menyala besar telah membakar barang-barang di dalam masjid, tembok dan termasuk mimbar Salahuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan al-Quds dari tentera Salib. Tapi dengan kuasa Allah s.w.t, Dia menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan melindunginya, dan api dapat dipadamkan. Orang-orang Yahudi membuat pengadilan secara pura-pura terhadap Dennis. Mereka mengatakan bahawa beliau diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini ‘gila’ sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya. Perkara ini zahir dan wajarnya sahaja kita sudah tahu, langsung tidak boleh diterima akal. Memang bangsat mereka semua ini!
Lihat pula pada OIC atau “Persidangan Negara-Negara Islam”. Ia ditubuhkan sebagai respon terhadap kebiadapan Zionis “Israel” yang membakar masjid al-Aqsa. OIC dicipta untuk menyatukan Negara umat Islam dan menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama penubuhannya. Sayang sekali sehingga sekarang, bukan sahaja isu Palestin tidak dapat diselesaikan, malah isu masjid al-Aqsa yang menjadi tanggungjawab setiap umat Islam telah dipinggirkan dari agenda OIC. Persoalannya ; Di manakah pemimpin Islam? Tidur? Atau butakah? Tidakkah mereka melihat? Mengapakah hanya membisu?
Selak lagi lipatan sejarah dunia, tahun 1948, tanah haram Israel telah ditubuhkan. Kerajaan haram ini diisytiharkan secara rasmi oleh David Ben-Gurion, perdana Menteri pertama Israel dalam sebuah persidangan di Tel Aviv, manandakan bermulanya era pembantaian terhadap umat Palestin. Penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi laknatullah dari seluruh pelusuk dunia umpama mimpi ngeri buat umat Palestin.
Akibatnya, mereka dihalau, dipukul, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh serta rumah mereka dibuldozerkan. Kezaliman demi kezaliman yang ditelan umat Palestin saban hari semakin memuncak. Keganasan rejim Zionis kian merebak dan makin menggila selepas membedil Lubnan dan memerangi Hizbullah, kononnya atas alasan ‘penculikan’ dua tentera mereka. Ini semua propaganda-propaganda mereka dan wayang yang dimainkan oleh boneka-boneka yahudi laknatullah dek kepala otak putar-belit mereka.
Hakikatnya, setiap inci tanah Palestin telah menjadi saksi kezaliman rejim Zionis yang bengis dan angkuh menguasai tanah umat Islam. Namun, buat pejuang kemerdekaan Palestin, segala ujian ini menyebabkan mereka bangkit menentang segala bentuk penjajahan ke atas tanah air dan aqidah mereka. Berjuang keseorangan menentang musuh nombor satu dunia dan musuh yang kuat serta serba canggih.
“ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad s.a.w) dri masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya kami dapat memperlihatkan kekuasaan kami.”
(al-Isra’ : 1)
Ya, sesungguhnya Masjid al-Aqsa patut berada di dalam hati umat Islam. Ini kerana bumi Palestin amat istimewa kepada kita. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa ia :
- Kiblat pertama umat Islam
- Masjid ketiga paling suci
- Tanah para nabi
- Pusat pemerintahan umat Islam
- Pusat perhimpunan umat
- Pusat kebangkitan Islam
- Tempat nabi Isa bakal diturunkan pada hari kiamat
- Negeri perjuangan bagi mereka yang menegakkan kebenaran
- Tanah wakaf milik mat Islam yang telah diusahakan oleh saidina Umar al-Khattab, khalifah Islam kedua dari tangan kerajaan Rom ketika pemerintahannya.
Isu Palestin sememangnya menjadi jantung permasalahan bagi umat Islam. Jawapan kepada isu ini akan menjawab banyak isu besar umat Islam seluruh dunia. Jika dalam banyak-banyak isu, umat Islam gagal bersatu, isu Palestin mampu menyatukan mereka. Isu Palestin juga merupakan persoalan kezaliman hak peribadi dan Negara umat Palestin. Isu Palestin memaparkan kisah pejuangan kaum yang teraniaya. Isu Palestin adalah persoalan kemanusiaan yang telah dizalimi bangsa Israel. Palestin umpama Universiti Jihad buat sekian para pencinta kebenaran dan keamanan dunia.
Negara-negara Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tanah suci mereka. Mengecam perbuatan keji terhadap al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 Ogos menjadi tarikh Hari al-Quds sedunia. Hari itu juga dinobatkan sebagai hari menghentikan sekatan terhadap Palestin yang telah diisytiharkan oleh Dr. Yusuf Qardhawi.
Sempena Hari Memperingati al-Quds Sedunia atau Remembrance of al-Quds (ROQ) yang jatuh pada tanggal 21 Ogos setiap tahun, tanyalah iman dan diri kita; apakah sumbangan yang telah dapat kita buat selama ini? Janganlah dikatakan bumi al-Quds itu bumi milik tanah umat Islam sedunia, atau hanya bermegah-megah dan berbangga-bangga dengannya, jika umat Islam di dunia ini tidak bangun dari dengkur mimpi yang fana tetapi hanya rakyatnya sendiri umat Palestin sahaja yang bertungkus-lumus menggadai nyawa dan darah demi sebuah bumi tercinta.
Sri Putra City, Mahkota Hill ~
Lebih kuat daripada yang diikat dengan idiologi,
Oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi,
Oleh ikatan senasib,
Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduan kuat
jadikanlah Islam sebagai pengikatnya.
Monday, October 29, 2007
50 Tahun?

Erti kemerdekaan tanggal 31 Ogos lalu, genap Malaysia tercinta negaraku 50 tahun mencapai kemerdekaan. Alhamdulillah ia jatuh pada hari Jumaat. Banyak perkara yang kita semua boleh lakukan. Bukan hanya menanti cuti untuk melancong ataupun duduk di rumah beristirehat. Tetapi perkara yang dapat membuatkan erti kemerdekaan itu lebih bermakna bagi diri kita dan orang lain terhadap Allah s.w.t. Merdekanya kita sekarang dapat dilihat cupul secara lahiriahnya, meninjau kesan merdeka 50 tahun secara batiniah adalah masih di tahap terjajah akal fikirannya, ekonominya, gaya hidup rakyatnya serta kehendak materialnya. Kita masih tidak boleh tersenyum dan bertepuk tangan atas segala apa yang terjadi bermula pada malam pesta menyambut dan meraikan detik melaungkan kata-kata MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA. Kerana apa? Apabila selesai sahaja sambutan kemerdekaan, menyaksikan cerah gemilang bunga api dan laungan kata-kata keramat MERDEKA, remaja terutama belia masih meneruskan aktiviti belakang tabir sehingga ke subuh pagi. Tak kurang juga ada segelintir masyarakat yang punya kesedaran mengadakan pelbagai ibadah tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana masih diberikan kita peluang bernafas untuk merasai 50 tahun kemerdekaan.
Persoalannya… Adakah kita bersuka-ria dan bersorak pada malam itu adalah kegembiraan kita sebagai seorang Islam yang MERDEKA DI SISI ALLAH? Dan adakah kita berkumpul pada malam itu sebagai persediaan untuk memasuki SYURGA ALLAH yang kita semua impikan itu? Mari… tanyalah Iman kita.
Kita renungi asal-usul kejadian kita di sisi Allah. Tanya…siapa kita di sisiNya? Hebatkah kita sehingga hari ini di sisi Allah? Apakah nilai kita di sisi Allah? Dan apakah pandangan Allah terhadap kita? Muhasabah atas segala amanah yang kita tanggung sebagai seorang manusia Muslim sekarang ini serta berdoa agar Allah memerdekakan jiwa kita sepenuhnya dari tiap tipu-daya kehidupan dunia ini.
Merdeka bagi seorang Muslim bukanlah sekadar bebas di dunia, tetapi sebenar-benar Merdeka hanyalah apabila seorang Muslim Berjaya melepasi titian ‘siratul mustaqim’ untuk beriringan memasuki Syurga Ilahi.
Cuba kita tafsirkan diri kita sendiri berdasarkan ucapan yang diberikan oleh salah seorang sahabat Rasulullah yang bernama Rub’ie apabila bersemuka dengan Panglima Utama Tentera Rom bernama Rustam tatkala Kota Rom jatuh ke tangan tentera Islam; Seorang Muslim dilahirkan penuh bebas untuk bersuara, bebas menikmati hidup, bebas bermuamalah. Tetapi kebebasan seorang Muslim itu terbatas oleh Hukum Allah. Merdeka sebenar seorang Muslim hanyalah tatkala Muslim itu langsung tidak takutkan apa jua hukuman manusia, tetapi hanya takutkan hukuman dan balasan Allah sahaja. Dan Muslim Merdeka adalah Muslim yang Berjaya membebaskan diri dari penghambaan kepada manusia. Rasulullah berjihad membebaskan masyarakat Muslim Makkah dari sebarang ancaman walaupun ancaman itu datang dari kaum keluarga, bangsa dan keturunan Rasulullah sendiri. Mereka tetap menetang demi membebaskan jiwa Muslim dari belenggu manusia.
Imbas kembali nilai erti sebenar kemerdekaan menurut Islam, kata-kata Merdeka sebanyak 3 kali bukanlah sekadar bebas dari cengkaman penjajah semata, bukanlah sekadar kejayaan mengecapi kemewahan hidup semata, dan Merdeka juga bukanlah bergembira bersorak melaungkan ‘Merdeka’ saban tahun hinggalah sampai tahun ke-50 dan tahun-tahun seterusnya...
Secara ringkasnya erti kemerdekaan tidak akan membawa apa-apa erti jika :
Kita terus leka…
- Merelakan kaum bangsa dan saudara kita paling ramai bermain dengan dadah dan merengkok
- Membiarkan saudara kita bermain dengan botol-botol arak dan judi
- Membiarkan begitu ramai saudara kita murtad meninggalkan agama tercinta
- Membiarkan masyarakat dan kerajaan dibelenggu gejala Rasuah dan seangkatan dengannya
Kita hanya mampu…
- Mendiamkan diri dari menegur orang yang menghina Islam, hatta mereka adalah kaum dan
bangsa atau kerajaan kita sekalipun
- Mendiamkan diri membiarkan tanahair kita di Johor terus digadai kepada agen Yahudi
Singapura atas nama pembangunan
- Bersorak Merdeka! bergembira semata tanpa kesedaran tetapi pejuang dan Ulamak dahulu
bermatian menghunus pedang menghalau penjajah dengan mengorbankan darah mereka
- Melihat tanpa perasaan tatkala saudara se-Islam kita di Palestin, Thailand Philipina, Iraq,
Afghanistan, dan seluruh dunia DISEMBELIH dan DIBUNUH sesuka hati oleh musuh
Kita langsung tidak peduli apabila…
- Syariat ALLAH dalam al-Quran dan al-Hadith dinafikan perlaksanaannya dalam perundangan Malaysia
- Undang-ndang British dan penjajah yang diikat melalui perjanjian Lord Reid yang menafikan
hak umat Islam di Taah Melayu terus diagongkan dalam perlembagaan
- Dan… kita langsung tidak peduli dan tidak sedar untuk menunaikan amanah kita sebagai
hamba Allah di atas muka bumi yang akan dipanggil Malaikat Maut pada bila-bila masa sahaja
berjumpa Allah di Alam Kubur kelak…
Lantas sahabat sekalian.. kita berada di mana?
~ nur el-huda, 27 Sept 2007, Sri Putra City, Mahkota Hill ~
Friday, October 12, 2007
Thursday, October 04, 2007
catatan : 14 Sept 2007

Apakah gambar di atas? Rajah di atas adalah ibarat perut kita. Dibahagikan kepada 3 bahagian. ⅓ untuk makanan, ⅓ untuk minuman dan ⅓ lagi untuk udara. Jika terjadi overload bagi salah satu daripada setiap pembahagian, maka simptom2 pelik akan berlaku. Contohnya sukar bangun daripada duduk yang lama kerana punggung terasa berat, postur badan dan berjalan yang tidak normal (membongkok kerana perut berat terlalu banyak isi air dan makanan), sukar bernafas, cepat berasa letih, ngantuk dan lesu, ketidakselesaan dalam melakukan ibadah seperti rukuk dan sujud di dalam solat, apatah lagi untuk bersolat tarawih di masjid berdekatan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyarankan perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Ia amat bertepatan dengan ilmu sains dan kesihatan yang perlu diamalkan manusia.
Selain adab makan dan memilih makanan, dari segi penjagaan kesihatan, Islam melarang mengambil makanan dan minuman secara berlebihan.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.”
Kenapa saya bicarakan hal ini? Saje. Lagipun inilah keadaan2 yang biasa dapat kita lihat samada kita sendiri yang melakukannya atau sahabat2 kita yang lakukan apabila usai berbuka puasa. Nasihat; berpada-padalah apabila berbuka, kawal hawa nafsu makan, dan ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak suka kepada sebarang bentuk pembaziran. Hendakkah kita jadi sahabat kepada syaitan?
p/s : maaf, yang benarnya saya tak reti lukis perut manusia. Jadi ia berbentuk bulat sahaja dan simptom2 yang disebutkan di atas bukanlah rajih saya ambil dan baca dari buku2 sains. Sebut ikut sedap mulut je. =)
- 2nd Ramadhan ba’da iftar,
Sri Putra City, Mahkota Hill -
Tuesday, October 02, 2007
29 sept -Hari Lahir saya (^o^)"
29 Sept adalah hari Lahir saya. Jatuh pada hari Sabtu. Nampaknya umur saya dah semakin banyak. Alhamdulillah, saya dapat celebrate-nya ketika cuti ini, dengan kehadiran family disekeliling.
Yang benarnya, saya tak berapa hiraukan sangat samada ia diraikan atau tidak, samada ada hadiah atau tidak, bagi saya ia tetap sama. Yang bezanya adalah dalam diri kita sebenarnya. Tetapi tak sangka family saya senyap2 mengajak saudara-mara datang berbuka bersama2. Patutlah mak saya sibuk benar dari pagi dah bising di dapur. Malam tu, ayah saya baca doa utk kebaikan saya, insyaAllah. Rumah jadi riuh-rendah dengan kehadiran saudara-mara, anak buah, sepupu. Saya rasa terhibur dengan kehadiran mereka semua :)
Terima mak, ayah kerana sabar membesarkan saya sehingga sekarang dan curahan kasih sayang kalian selama ini. Jika dihitung jasa kalian, mana mungkin saya dapat membalasnya. Ia tidak terhingga.
Kawan2 saya kata tarikh ni penuh rahmat kerana ia bersamaan dengan tarikh penurunan al-Quran (Nuzul Quran). MasyaAllah, mcm mn saya boleh tak perasankannya. Terima kasih atas ingatan dan wish2 kalian semua samada secara langsung @ by email @ by sms. La'allallahu barakallahulakum.
Semoga peningkatan umur saya kali ini lebih baik dan berjaya dari yang lepas2, tak kiralah apa jua yg saya buat. Dan doa kedua orang tua saya. Itu lebih bermakna dan menjamin kehidupan dunia dan akhirat.
Wednesday, September 26, 2007
Masa dan Maaf
Maaf di atas keterlambatan entry untuk bulan Ogos dan September. Memangnya saya sangat sibuk sejak 2 bln ini. Sangat2 sibuk. Tiada masa untuk memikirkan perkara lain atau main2. Alhamdulillah saya baru selesai final exam. Walaupun exam berlangsung selama 3 minggu, tetapi preparation for the exam tu menuntut saya sebulan lebih awal memandangkan mulai semester ini dan semester akan datang untuk tahun akhir pengajian banyak subjek major. Saya cuba akan lebih tabah pada masa hadapan.
InsyaAllah, saya akan mengisi semula mana2 entry bulanan yang lopong. Sebenarnya ada banyak rangka bahan yang dah siap, tapi ia memerlukan satu pemikiran yang panjang untuk betul2 siap. Lihat sajalah nanti samada sempat atau tidak, baru habis sibuk dengan paper exam nak sambut kesibukkan raya pula. Hrmmm…
..:: Salam Ramadhan Kareem & Selamat Berpuasa ::..
Tuesday, August 14, 2007
Sebuah Doa

“ pada mereka terdapat hati hati yang mencintai Allah, mereka datang dengan panduan Allah, mereka bercakap dengan percakapan Allah, mereka beramal dengan suruhan Allah, mereka melihat dengan pandangan mata Allah, dan mereka dengar dengan perbatasan mendengar.. ”
Mereka itulah yang di dalam hatinya, seluruh perlakuannya, dan seluruh pancainderanya adalah bersandarkan kepada Allah, semata-mata kerana Allah. Tuhan Robbul ‘Izzati.. penguasa alam ini dan segala-galanya adalah di bawah kekuasaanNya.
“..Ya Allah, sesungguhnya aku hidup ini adalah kerana kasih-sayang dariMu, tiap pernafasanku ini adalah kerana sifat ar-Rahman-Mu dan segala yang kukecapi ini adalah kerana ar-Rahim-Mu.. ”
“ Tuhan, aku ingin benar mencintaiMu setulus hati, kuatkan ketaqwaan imanku terhadapMu, petunjukMu dalam setiap gerak-geriku dan pengakhiran hidupku, hidup dan matiku hanya keranaMu.. amiin”
~ Nur el-huda, 1 Jul 07, 11.57 am,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~
Sunday, August 05, 2007
Antara Salib dan Sabit (II)
Ibuku!...Berdoalah jangan menangis..
Tetapi ketawalah dan pandanglah
Tidak tahukah ibu bahawa Italy memanggilku?
Aku berangkat ke Tripoly
Dengan riang dan gembira,
Agar aku dapat mempersembahkan darahku
Untuk menghancurkan Islam
Umat yang terkutuk,
Dan untuk memerangi Agama Islam.
Akukan berjuang dengan sekuat tenaga mengikis al-Quran…
Kalau orang bertanya padamu ibu,
Mengapa ibu tidak berkabung atas kematianku?
Jawablah wahai ibu ;
Dia mati dalam memerangi Agama Islam
Ibu!
Gendang telah dipukul…
Tidakkah ibu mendengar hiruk-pikuk peperangan?
Ibu!
Biarlah aku memelukmu..
Dan biarlah aku berangkat!!!...
Apa yang dikatakan oleh Amon Kapeliouk (wartawan Israel) yang telah menarik perhatian umum kepada fenomena yang mencemaskan di Israel iaitu tulisan dan ajaran rabai bekas paderi tentera, yang berkeras mengatakan bahawa Kitab Bible mengarahkan pengusiran orang Arab dan dalam masa perang, pembunuhan serta penghapusan orang bukan Yahudi, termasuk bayi dan ibu mereka. Tiada pihak berkuasa agama, tiada rabai pernah menyuarakan penentangan percakapan yang bersifat perkauman ini.
Tetapi bagaimana sekalipun barat dan orang-orang kafir cuba memenangi Perang Salib ketika itu, raja mereka ; Raja Baliyan bin Birzan telah sanggup berjumpa sendiri dengan tokoh Islam dalam Perang Salib ini iaitu Sultan Salahuddin kerana sedarnya mereka akan kekalahan yang bakal mereka rasai.
Pelbagai rancangan dan agenda yang sebelum ini mereka aturkan di hadapan Sultan Salahuddin, tidak satupun darinya yang dilayan, maka dengan begitu kecewa, raja Eropah berkata :
“ Tuan sultan yang terhormat…! Ketahuilah, kami ini adalah masyarakat yang besar. Tak seorang pun tahu kecuali Tuhan. Sebenarnya kami ini mengadakan perlawanan bukan dengan maksud sungguh-sungguh. Perlawanan ini dilakukan dengan harapan untuk mendapatkan keamanan bagi kami. Sebagaimana restu dan jaminan sultan kepada wilayah-wilayah lain. Kami masih ingin hidup, kami masih takut mati...
“ Namun apabila memang kematian itsudah membayangi kami, pastilah kami akan membunuh anak dan isteri kami lebih dahulu. Kami juga akan membakar seluruh harta benda agar kalian tak mendapatkan sedikit pun. Kami juga tidak membolehkan warga kami, baik lelaki mahupun perempuan untuk menjadi tawanan. Kemudian kami juga akan menghancurkan seluruh bangunan yang ada. Termasuk juga Masjid Agung al-Aqsa. Kami juga akan membunuh semua tawanan kami yang berjumlah 5000 orang. Pendek kata, kami akan menghancurkan segala-galanya. Tidak satupun tertinggal, walaupun seekor binatang. Barulah kami kaum lelaki keluar untuk bertempur mati-matian menghadapi kalian. Tidak boleh ada yang terbunuh. Tetapi sebaliknya. Kami akan membunuh kalian...! Kami mati secara terhormat atau berhasil mencapai kejayaan kami lagi...!
Jelas nampak pada akhir kata-kata ini, mereka punya hati perut yang busuk! Sifat dengki yang ada pada mereka ini sungguh menjijikkan, keji dan penuh hasad yang seperti sudah sebati dalam diri keturunan mereka.
Kata-kata : “Kami masih ingin hidup, kami masih takut mati...” membenarkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Jumuah ayat 6 yang bermaksud :
Semua ini menunjukkan kelemahan kaum kafir. Mereka boleh mengatakan apa sahaja dan berbuat apa sahaja, tetapi mereka tidak boleh terlepas dari menghadapi saat kenyataan kebenaran agama Allah s.w.t. Padanya mereka sedar tentang hal itu, tetapi tetap cuba menafikannya dan masih mempertahankan agama bapa-bapa mereka. Syukur pada mereka yang telah mendapat hidayah dan petunjuk dariNya serta pemeliharaan iman dan taqwa terhadap agama Allah ini. Amiin.
Sri Puta City, Mahkota Hill –



