Sunday, May 24, 2009

Lament


I have been faithful
To you, my language,
Language of my dreams,
My sex, my laughter, my curses.
How often have I
Stumbled, catching you
Short when you should be
Free, snagging on curves,
Till fools have called me
Fool. How often have you
Betrayed me, faithless!
Disowned me –a woman
You could never marry,
Whom you have tired
Of long ago.

I have faithful
Only to you,
My language. I choose you
Before country,
Before what eyes see
Mouth, full-hearted, taste.
I choose you before
Lover and husband,
Yes, if need be,
Before child in arms,
Before history and all
It makes, belonging,
Rest in the soil,
Although everyone knows
You are not mine.
They wink knowingly
At my stupidity-
I, stranger, foreigner,
Claiming rights to
What I have no right-
Sacrifice, tongue
Broken by fear.


By; Shirley Lim



“I have no idea why I wrote this poem, it’s something I can feel, but I can’t reach the heart”
20.31, 23 Mei 09
D-G-4

Monday, May 11, 2009

Balairong seri Seorang Primadona

gambar hiasan

Sejak dulu lagi primadona sudah syak, kata-kata hatinya tidak salah. Tekaannya semakin lama semakin benar. Tukang karut di istana Sri Menanti atau lebih dikenali sabagai mak karut topeng berbunga memang pandai menjual cerita. Berdolak-dalih, sekejap-sekejap dia berkata begitu, sekejap-sekejap dia kata begini. Memang kalau sesetengah rakyat jelata yang buta lagi dungu tidak akan dapat mengesan topeng apakah yang sedang dipakai oleh mak karut topeng berbunga. “Manis benar mulut dia.” Bungkam primadona menahan geram. Bukan dia tidak tahu niat dan tujuan sebenar mak karut topeng berbunga, pandai sungguh dia memancing hati putera raja dengan topeng-topengnya. Kadang-kadang cerita yang mak karut topeng berbunga persembahkan kebanyakannya telah diketahui umum oleh rakyat jelata. Mak karut lebihnya ingin dikenali sebagai orang yang tahu segala-segalanya tentang sesuatu dari orang lain. Bagi primadona, perkara yang dilakukan oleh mak karut topeng berbunga telah lebih awal beberapa tahun dihadam oleh primadona. Primadona tahu, mak karut topeng berbungalah yang memotong rezekinya untuk mempersembahkan tarian dan nyanyian kepada putera raja iaitu Putera 16. Mak karut topeng berbunga sebenarnya dalam diam mendahului memenangi hati putera 16. Apa motif pada awalnya pun primadona tidak tahu. Tapi sejak beberapa purnama ini, primadona dapat agak, mak karut topeng berbunga ada hati dengan putera 16. Kerana jika diperhalusi, ada saja kadang-kala di dalam cerita-ceritanya mak karut topeng berbunga selit-selitkan tentang diri putera 16, tentang kebaikan dan kebagusan diri mak karut topeng berbunga juga sendiri ada dipersembahkan. Naik meluat primadona dibuatnya.


Dulu, putera 16 rasa terhibur dengan kehadiran primadona di dalam singgahsana hidupnya. Bukan setakat tarian dan bait puisi primadona yang berkait dengan dirinya, bahkan putera 16 tidak segan silu menceritakan kisah hidup dan rancangan hidupnya pada masa hadapan dengan primadona. Ibarat memadu cinta Qays dan Layla. Sesekali bebunga mekar tumbuh indah mewangi di dalam hatinya. Dia rasa dihargai. Perasaan itu berlalu dalam beberapa waktu, sehinggalah mak karut topeng berbunga hadir. Primadona memang hormat pada mak karut topeng berbunga sebelum ini kerana primadona fikir tempat mak karut topeng berbunga memang sesuai dengan bakat yang dimilikinya. Tempat mak karut topeng berbunga adalah di pentas hibur rakyat jelata saat mereka inginkan sesuatu untuk menghilangkan lelah setelah seharian penat bekerja. Tradisi begitu memang telah menjadi adat sejak dahulu lagi di negeri Kepulauan Jauh. Entah apa yang mendorong mak karut topeng berbunga untuk datang masuk ke istana Sri Menanti ini dan mengganggu ketenteraman hati putera 16 dan primadona. Mak karut topeng berbunga tidak patut mengambil tempatnya di lantai balairong seri putera raja. Sehinggakan mak karut topeng berbunga ingin benar digelar dan menjadi sebagai sebahagian dari warga istana.


gambar hiasan

Kini, tarian, nyanyian dan bait puisi primadona dendangkan sendiri dalam kamar hatinya. Lagu, tarian dan puisi yang dulunya berbau cinta yang harum, ketenangan dan bait memuja kekasih, semakin lama semakin memudar. Tiada lagi warna-warna indah yang melakari dinding hatinya. Bait puisinya bertukar kepada kesedihan hati, kelabu dan sepi. Sehinggakan tariannya terasa canggung dan seiring dengan linangan air mata. Baginya, putera 16 telah membenci dan melupakannya. Mandrem mak karut topeng berbunga memang menjadi. Kuat benar dia memasung hati dan pemikiran putera 16.


Terlintas juga kadang-kadang untuk primadona keluar saja dari istana Sri Menanti, tidak sanggup lagi dia melihat mak karut topeng berbunga beramah mesra dengan putera 16. Hatinya sakit. Tetapi sehingga hari ini juga dia tidak mempu berbuat demikian. Wajah dan kata budi putera 16 masih terngiang-ngiang dan terbayang-bayang lagi di matanya. Susah benar. Benarlah kata orang-orang tua yang mengenali diri putera raja sebelum ini bahawa baginda memang mempunyai tarikan yang tersendiri dan berdaulat.

gambar hiasan

Hanya kepada tuhan yang menciptakan alam dan sekalian manusia ini primadona tidak putus berdoa agar dipertemukan jodoh dengan putera 16. Dia tahu cintanya suci, ikhlas dan ia memang lahir dari nubari yang luhur. Tidak seperti mak karut topeng berbunga yang pandai berkata-kata semata-mata mengaburi mata putera 16, rakyat dan bangga mendapat nama dengan menumpang kemasyuran baginda.


nur el-huda, 22.14pm, isnin, 27 april 2009
D-G-4


--------------------------------

Akukah Primadona Itu?


Akukah primadona itu?
Yang di lantai berkapuk itu
sibuk menyanyikan lagu mersik
dengan gemalai tarian gamelan
saat bintang dan rembulan
bersilih dengan mentari
siang dan malam.

Akukah primadona itu?
yang di pentas seri itu
bersimpuh ayu
memuja asyik bayu semalam
saat langit dan bumi
bercengkerama dengan wisata
pagi dan petang.

Biarkan aku di sini
membina istana sendiri
mengalunkan bait syairku sendiri
dalam lirik sebuah ilham
yang aku damba
selama penantian umur bersabar
sandar pada kerusi harapan.

Biarkan mendung sedih itu Tuhan
bercempera ke daerah lain
menelan gelembung-gelembung awan
seputar meresahkan di taman hati
seorang primadona.



Hak Cipta Terpelihara;
nur el-huda, 3 Feb 09, 20.17pm
D-G-4


p/s: Kesinambungan dari puisi "Akukah Primadona Itu?" adalah sebuah lagi puisi bertajuk "Selamat Tinggal Putera". Boleh didapati di www.mindthoughtful.blogspot.com
p/s:
dapatkan lagi koleksi puisi dan sajak nur el-huda di www.mindthoughtful.blogspot.com

Thursday, April 23, 2009

Taaruf Imam Malik: satu nota ringkas


  • Pengasas Mazhab Maliki.
  • Mazhab kedua dari senarai empat mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.
  • Lahir di Madinah, di desa Zulmarwah iaitu utara Kota Hijrah.
  • Hidup pada zaman khalifah al-Walid bin Abdul Malik, khalifah ke 6 Dinasti Kerajaan Bani Umayyah.
  • Lahir pada tahun 93 hijrah, 13 tahun lebih muda dari Imam Abu Hanifah iaitu pada tahun 80 hijrah.*
  • Dari generasi tabi’ tabien.*
  • Guru kepada Imam asy-Syafie (pengasas mazhab Syafie)
  • Imam Malik tidak pernah keluar dari kota Madinah kecuali ketika untuk mengerjakan ibadat haji.*
  • Ketika zaman remajanya 17 tahun, hanya tinggal seorang sahaja sahabat nabi iaitu Amir bin Wasilah al-Lathi al-Kina’i di Kufah. Beliau terkenal dengan gelaran Abu Tufail.
  • Imam Malik bukanlah berasal dari penduduk Madinah yang asli kerana asal keturunan datuk neneknya adalah dari orang Yaman dari Kampung al-Asbahi iaitu kota Himyar yang datang berdagang dan bermastautin di Madinah untuk mencari kehidpan yang lebih selesa.
  • Datuk neneknya datang berhijrah ke Madinah semasa Rasulullah sudah pun berhijrah ke Madinah.
  • Kota Madinah pula tempat tinggal Abu Bakar, Umar dan Uthman iaitu sarang hadith dan medan fatwa.

***

  • Nama sebenar beliau; Malik bin Anas bin Malik bin Abu Amir (Anas) bin Amru bin Ghaiman bin Huthail bin Amru bin al-Harith bin Saad bin Auf bin Adi bin Malik bin Yazid.
  • Digelar Abu Abdullah.*
  • Ibunya bernama Aisyah binti Syarik al-Azdiyyah, berasal dari Yaman. Ada pendapat lain meriwayatkan bahawa nama ibunya ialah Siti Aliyyah binti Syuraik bin Abdul Rahman bin Syuraik al-Azadiyyah, seorang perempuan solehah.
  • Mempunyai 2 orang saudara lelaki bernama Nafi’ dan Abu Sahel.
  • Hidup dalam lingkungan ilmu dan orang-orang berilmu dan ulama iaitu datuk dan bapa-bapa saudaranya. Kecuali ayahnya yang agak sepi dari medan ilmu.
  • Bapanya seorang tukang membuat panah.

***

  • Imam Malik seorang manusia yang punya rupa paras yang elok, kacak rupawan, bermata biru dan mempunyai sorotan mata yang tajam.
  • Berbadan besar, tinggi, segak dan gagah.
  • Suka menolong orang yang dalam kesusahan (murid-muridnya, sahabat-sahabatnya dan hal masyarakat)
  • Mesra terhadap semua peringkat golongan masyarakat sehinggalah kepada para pembesar negeri dan khalifah-khalifah.
  • Suka berziarah, lemah lembut tanpa mengira kenalan beliau atau tidak dan sekalipun terhadap orang bukan Islam.
  • Lebih suka berdiam diri dari banyak bercakap kecuali atas perkara yang baik-baik berupa pengajaran dan nasihat.
  • Imam Malik dapat dilihat bercakap panjang lebar apabila ditanya tentang hukum-hakam atau persoalan hadith.
  • Tidak terlalu banyak mengerjakan solat sunat malam, amat soleh, banyak membaca quran, berzikir dan berwirid, warak dan zuhud kepada dunia.
  • Paling membenci amalan bid’ah, tidak suka bertaklid, berpolitik dan sebarang pemberontakan.
  • Sukakan pakaian mahal dan cantik. Dengan kata lain pakaian yang kemas dan berjenama yang bermutu dari jenis Adaniyyah (keluaran negeri Aden), Khurasaniyyah (keluaran negeri Khurasan) dan Misriyyah (keluaran negeri Mesir)
  • Juga sukakan wangi-wangian dan benci pada pakaian kotor dan berbau busuk.
  • Makanan kegemaran beliau adalah daging dan dari jenis buah-buahan ialah pisang.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri sehinggalah akhir hayatnya. Beliau hanya menyewa rumah peninggalan Abdullah Ibnu Mas’ud (seorang sahabat nabi s.a.w dan ulama yang terkemuka ilmunya)*
  • Mempunyai akal fikiran yang luar biasa dan otak yang genius, kerana dapat menghafal 40 hadith sekaligus dalam beberapa minit sahaja. Kemudian beliau mentahriri-kan ke dalam buku khas untuk mendewankan hadith.
  • Telah membuka majlis ilmunya sendiri seawal usia 17 tahun.
  • Dikurniakan Allah dengan keramat dan kasyaf sehingga mampu melihat sesuatu di balik hati manusia.*

***

  • Imam Malik amat menghormati Rasulullah s.a.w sehingga beliau tidak mahu menunggang kudanya di dalam Kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-nginjak tanah yang di dalamnya terkandung jasad mulia Rasulullah.
  • Amat menghormati dan memuliakan ilmu.*
  • Amat menghormati para tetamu.*
  • Amat menjaga maruah diri.*
  • Sangat cinta kepada Rasulullah s.a.w sehinggakan wajahnya berubah pucat apabila mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w kerana prihatinnya beliau terhadap penderitaan yang ditanggung Rasulullah selama dakwah menyebar agama Islam kepada manusia.
  • Amat meminati bidang ilmu hadith dan bersungguh-sungguh dalam menuntut serta mempelajarinya.

***



  • Guru-guru Imam Malik iaitu; Imam Rabiah bin Abi Abdul Rahman ar-Ra’yi, Imam Abdul Rahman bin Harmaz al-A’raj, Imam Qasim bin Muhammad, Imam Nafi’ maula Ibnu Umar, Imam Said Ibnu Musaiyyab, Ibnu Syihab az-Zuhri.*
  • Menjadi guru kepada gurunya sendiri seperti Ibnu Syihab az-Zuhri dan Yahya bin Said al-Ansari.
  • Sahabat-sahabat Imam Malik terdiri daripada ulama besar sezaman dengannya. Antaranya; Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ath-Thauri, Imam Sufyan bin Unaiyah, Imam Layth bin Saad, Imam al-Auza’i, dan ramai lagi.
  • Murid-muridnya yang ramai pula bukan sahaja terdiri daripada anak Kota Madinah, malah dari pelusuk kota dan negara seperti Mekah, Iraq, Farsi, Yaman, Mesir, Afrika dan Sepanyol.
  • Antara murid-muridnya adalah Imam Ibnu Wahbin, Imam Ibnu Qasim, Imam Abdullah bin Abdul Hakam, Imam Asbagh bin al-Faraj al-Amawi, Imam Muhammad bin Ibrahim bin Ziad al-Iskandari dan ramai lagi.
  • Ulama sezaman dengan Imam Malik seperti; Imam Abu Hanifah (Kufah, Baghdad), Imam al-Auza’i (Syam), Imam Layth bin Saad (Mesir), Imam Hammad bin Salamah dan Imam Said bin Abi Arubah (Basrah), Imam Ma’mar bin Rasyid dan Imam Abdul Razak bin Humman (Yaman), Imam Sufyan bin Unaiyah (Mekah), Imam Ibnul al-Majisyun (Madinah), dan lain-lain lagi.

***

  • Imam Malik meninggal dunia pada hari Ahad 10 atau 14 Rabiul Awal 179 hijrah di rumahnya ketika berumur 86 tahun.
  • Beliau meninggal setelah sakit berlarutan selama 22 hari ketika itu Madinah di bawah genggaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid selama 9 tahun.
  • Sebelum meninggal, Imam Malik berwasiat agar jenazah beliau dikafankan dengan pakaian putih yang selalu beliau pakai ketika kehidupan sehariannya.
  • Beliau meminta juga agar jenazahnya dikebumikan di Tanah perkuburan Baqi’ iaitu di luar kota Madinah di mana tempat persemadian jasad para keluarga Rasulullah dan para sahabat.
  • Imam Malik meninggalkan seorang isteri yang dikahwininya dari kalangan sahaya. 4 orang anak iaitu 3 orang lelaki (Muhammad, Hammad dan Yahya) dan seorang perempuan (Fatimah dengan gelaran Ummu Abiha)*
  • Harta pusaka yang ditinggalkan untuk isteri dan anak-anaknya berupa wang tunai kira-kira 3300 dinar.

***

  • Kitab Muwatta’ merupakan karya agungnya yang termasyhur.
  • Beliau mendasari hukum dalam kitabnya dengan keutamaan; al-Quran, hadith atau sunnah yang beliau pandang sahih, amalan ahli Madinah atau ijma’ ulama madinah, qiyas, dan maslahah al-Mursalah.
  • Mazhab Imam Malik telah terkenal dan berkembang masyhur di Mesir dan Andalus.


Tanda ( * ) mempunyai kisah cerita yang lebih panjang dan sebab musabab yang menjadikan ia sebegitu serta memerlukan kepada penghuraian lebih detail.




RUJUKAN: Riwayat hidup 4 Imam Mazhab



nur el-huda, 2 April 09, 21.54pm,

D-G-4


Tuesday, April 07, 2009

Gara-gara gelojoh

Suatu hari al-Jundi masuk ke suatu bilik mandi awam dengan hanya memakai kain mandi. Kebetulan di situ ada seorang lelaki hitam sedang menunduk-nunduk membasuh sesuatu. Tanpa berfikir panjang, al-Jundi lalu mendesak orang hitam itu dengan kasar. Maka dia pun berpindah ke tempat lain dan tempatnya diambil alih oleh al-Jundi. Tidak cukup dengan itu, al-Jundi merampas pula gayung yang dipegang oleh orang itu dan menyusruhnya agar mencedokkan air.

“Hai orang hitam! Tolong tuangkan air ke badan saya.” Pinta al-Jundi kepada orang yang tidak dipastikannya itu.

Orang itu tidak membantah, malah dengan suka hati dia mencedokkan air dan dituangkannya ke badan al-Jundi berulangkali. Maka seronoklah al-Jundi kerana ada yang memandikannya, sama seperti budak-bdak kecil.



Sebentar kemudian, datang lagi seseorang ke tempat mandi awam itu. Dia mengenali kedua-dua orang yang telah lebih dahulu ada di situ. Apabila terlihat apa yang berlaku, orang yang baru datang itu berteriak serta-merta: “Wahai al-Jundi! Celaka engkau. Mengapa engkau memperkhadamkan anak Fatimah binti Rasulullah?”

“Hah?” Kata al-Jundi terkejut.

Apabila dia berpaling, ternyata orang hitam yang diperlakukannya dengan gelojoh sejak tadi itu adalah Ali Ridha al-Kadhim bin Jaafar Sadiq, keturunan Rasulullah s.a.w.

Al-Jundi segera meminta maaf sambil mencium kaki Ali Ridha sambil menyatakan penyesalannya.

“Maafkan saya, jangan kutuk saya. Saya terlalu gelojoh telah menyuruh tuan menuangkan air ke kepala saya.” Kata al-Jundi.

Ali Ridha sebagai salah seorang cucu Rasulullah s.a.w dan ulama besar, sedikit pun beliau tidak marah terhadap perlakuan al-Jundi itu.

“Mengapa engkau mesti bersedih? Aku tidak menganggapmu bersalah kerana apa yang kamu lakukan itu mendatangkan pahala bagiku.” kata Ali Ridha.

Untuk menghiburkan hati al-Jundi, Ali Ridha bersyair:

Aku tidak menggap dosa
Dan tidak berdosa
Orang yang memanggilku:
“Wahai orang hitam! atau “Wahai si hamba!”
Yang berdosa adalah orang yang menganiaya diriku
Kerana perbuatan itu tidak terpuji.

Tuesday, March 03, 2009

Kitar manusia


Kelmarin di hospital HUKM benar-benar membuatkan saya insaf pada diri sendiri. Mengingat kembali pesan Allah swt melalui hadith nabiNya; “sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah selama tempoh 40 hari juga, kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan roh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis empat perkara; rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainNya” (Bukhari, nombor hadith 3036 dan Muslim, nombor hadith 2643)


Begitulah yang berlaku pada pesakit-pesakit tua di dalam wad tersebut. Sesetengah mereka membuang air kencing melalui saluran tiub, tangan yang lebam kesan dari mengambil darah dan tiub air yang bergantung di tiang, makan bersuap, jalan berpapah dan dikerumuni ramai sanak saudara yang hadir. Lagaknya seperti anak kecil yang baru dilahirkan yang memerlukan rawatan rapi berpanjangan. Sesekali jururawat datang memeriksa keadaan mereka.


Keadaan mereka tidak ubah sepertimana ketika bayi dahulu. Benar kehidupan memang begitu. Apabila Allah ingin menghidupkan sesuatu maka galang gantinya dengan sesuatu yang lain. Begitulah kitaran hidup manusia di bumi ini. Ketika di dunia ini tidak ada sesuatu yang kekal. Setelah melalui suatu tempoh yang telah ditetapkan, maka Dia berhak mengambil kembali kepunyaanNya. Hanya di syurga kelak yang kekal abadi.


Di bilik sebelah, seorang nenek berumur 76 meraung-raung menyebut kalimah La Ilaha IllaAllah, sepertinya sedang menahan derita dari suatu azab. Keadaan itu berlarutan dari sejak dia dimasukkan ke hospital. Saya fikir mungkin dia benar-benar ingin mengingati Allah saat ajal semakin mendekat. Meminta keampunan dari segala dosa kesalahan dahulu. Berdoa agar diringankan azab ketika nyawa ditarik keluar oleh Izrail. Melihatkan keadaan nenek tersebut menjadikan saya melihat kembali diri sendiri. Betapa ketika saya dirundung pelbagai masalah kehidupan yang saya anggap tidak mampu lagi untuk digalas, meratus doa-doa saya panjatkan setiap kali usai solat dan kadang-kala ketika terasa benar-benar sedang diuji. Jika dibandingkan dengan nenek tersebut, ujian yang Allah berikan pada saya ketika ini belumlah sekuat mana, tetapi hati manusia yang suka merintih, mengeluh dan menganggap segala ujian ini sebagai satu beban yang memberatkan kehidupan manusia. Mensyukuri dengan nikmat yang Allah masih berikan ketika ini membuatkan saya menganggap masalah dan ujian kepada saya ketika ini sangatlah kecil dan remeh temeh. Pun begitu, hati sering berasa seolah-olah hidup tidak berguna lagi.


Melihat kembali keadaan orang-orang tua di wad tersebut, saya fikir jika dipanjangkan umur kelak mungkin saya juga akan mengalami keadaan yang sama. Alam telah bersaksi bahawa umur umat Muhammad s.a.w akhir zaman adalah sekitar 60-70 tahun jika hendak dibandingkan dengan umur umat nabi-nabi terdahulu yang menjangkau ratusan tahun. Bermula dengan bayi, kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan seterusnya tua iaitu kembali semula kepada sifat bayi dan kanak-kanak.


".....sesungguhnya Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari benda Yang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup......" (Ali Imran: 27)


nur el-huda, 20.54pm, 28 Feb 09,

D-G-4

Wednesday, February 11, 2009

Tabala bill qaleeli minal qaleel~


2 tahun lepas semasa berada di dalam kelas Aqidah, kami selalu dikejutkan dengan nada telefon bimbit ustaz (pensyarah) kami; Ustaz Fairooz Fathillah. Nada tersebut adalah sebuah lagu nasyid arab. Kami sekelas faham, memandangkan beliau pada masa itu adalah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI), maka dia agak sibuk dengan pelbagai urusan pentadbiran dan tugas mengajar menyebabkan telefon bimbitnya selalu berbunyi. Oleh kerana sering mendengarnya, saya jadi jatuh hati pada lagu tersebut.

Satu hari kerana tidak tahan kerana hendakkan lagu tersebut, saya beranikan diri menanyakan kepada beliau tentang lagu tersebut ketika selesai berbincang mengenai tesis. Malangnya dia sendiri tidak tahu tajuk lagu tersebut kerana sahabatnya yang memberikan kepadanya. Lagi pula, jika hendak bluetooth atau infrared sekalipun, malang telefon bimbit saya hanyalah nokia 6020, tidak dapat menerima mp3.


Peristiwa tu tidak berhenti setakat itu saja, selepas itu, saya bertungkus-lumus mencari lagu tersebut di internet. Agak sukar untuk mencarinya kerana nasyid arab tidak berapa famous dan tidak banyak sumber yang disediakan. Tajuk lagu pula saya tak tahu. Makanya merabanlah menaipkan apa saja antara liriknya.


Tapi akhirnya, tidak beberapa lama kemudian, saya menemukannya entah macam mana, alhamdulillah, siap dapat video klip lagi mp4. Hahaha, usaha yang bagus. Saya sukakan liriknya, maka saya letakkannya di sini. Sungguh menginsafkan tentang kejadian dan kekuasaan ciptaan Allah ini sekalian alam. Kalau kalian mahukan video klip tersebut, taipkan saja tajuk lagunya di youtube atau di mana-mana saja laman web video. Harap kalian menontonnya dengan tenang dan menghayatinya sungguh-sungguh. Moga perkongsian ini bermanfaat. Enjoy it!


Tabala bill qaleeli minal qaleel

GO THROUGH THE TRIALS, THE LITTLE PF LITTLE TRIALS

AND PREPARE YOURSELF FOR THE LONG JOURNEY

IN HIS OBEDIENCE YOU WIN BOTH, LIFE ON EARTH AND THE HEREAFTER

AND IN HIS OBEDIENCE THERE IS PRIDE FOR THE HUMILIATED SLAVE

AND IN HIS DISOBEDIENCE THERE IS SHAME AND FIRE (HELLFIRE)

AND IN SUCH DISTANCE (FROM YOUR LORD) YOUR SHALL ONLY FIND HUMILIATION

SO DO NOT DISOBEY YOUR LORD, AND OBEY HIM ALWAYS

FOR YOU MIGHT BE (LUCKILY) ACCEPTED

AND OFFERS PEACE (SALAAM) AT SUNSET AND SUNRISE

TO THE MESSENGER WHO BROUGHT IN GOOD TIDINGS (PROPHET MUHAMMAD S.A.W)

THE SEAL OF THE PROPHETS, THE GUIDE, THE LEADER

AND OUR LORD PRAYS (GRANTS HIS BLESSINGS) AT ALL TIMES



Friday, January 09, 2009

Selamat datang Hijrah 1430h


“ Hijrah itu telah memisahkan antara hak dan batil. Maka buatlah takwim dengannya.” Saidina Umar di dalam atharnya.

Kalendar, takwim, tarikh, bulan, masa dan sebagainya tidak dapat dipisahkan. Umat Islam terutamanya mesti alert pada waktu-waktu sebegini. Katakanlah Januari hingga Disember yang begitu fasih di mulut, tetapi berapa ramai di kalangan kita yang betul-betul ingat bulan-bulan Islam dan tarikh-tarikh tertentunya. Kerana darinya kita mengambil ihktibar peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya Hijrah. Kita lihat dan kutip pengajaran, berita-berita gembira, tips kecemerlangan dari Baginda Rasulullah. Walaupun begitu, ilmu juga penting sebagai membantu menghayati perkara-perkara sebegini. Jika tidak, ia berlaku bagai angin lalu, seperti hari-hari biasa, cuti umum dan sebagainya.


Adapun kiraan Masihi ialah perjalanan matahari, manakala hijri ialah perjalanan bulan. Bulan hijri bermula dengan maghrib dan masihi selepas Isyak. Satu tahun Masihi sebanyak 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat. Manakala kiraan hijri ialah sebanyak 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Perbezaan kiraan tahun hijrah dan masihi ini ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepat dengan 10 hari, 21 jam dan 1 minit. Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari, 5.5 jam dan 3 minit.


Bagi mereka yang confius samada hendak menggunakan kiraan kalendar masihi atau hijri untuk membayar zakat, dalam hal ini mereka haruslah menggunakan dengan haul kiraan hijri.


Jika diselak helaian sejarah, secara faktanya, Hijrah nabi berlaku pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kebangkitan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w tiba ke pinggir bandar Madinah pada hari Isnin bulan Rabiul awal, tetapi Rasulullah s.a.w masuk ke dalam Kota Madinah adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul awal. Itu fakta sejarahnya. Tapi mengapa kita mengira 1 Muharam itu sebagai detik tahun baru, sedangkan hijrah Rasulullah bukannya pada bulan Muharam?


Selidik. Memang benar fakta sejarah ini. Ia berlaku pada tahun 622 masihi. Tetapi selepas 17 tahun daripada hijrah baginda s.a.w, saidina Umar dan para sahabat membincangkan tentang mewujudkan suatu takwim Islam dan salah satu dari pandangan Saidina Uthman ialah mengambil bulan Muharam itu sebagai detik awal takwim. Peristiwa yang diambil pula bukanlah Israk Mi’raj, bukan tarikh kelahiran Rasulullah, bukan perang Badar atau sebagainya, tetapi kerana kejayaan baginda Rasul s.a.w dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.


Ringkasnya, bina keimanan dan ketaqwaan yang kukuh sebagai asas dan pokok kita di awal tahun ini. Nikmat waktu dan umur yang Allah berikan ini amat berharga, tanpanya kita tidak boleh hidup. Jadi, jika kita dapat menerima kedatangan tahun baru ini, bermakna Allah s.w.t masih sayang kepada kita iaitu nikmat yang Allah tidak minta untuk dibayar.


Selamat tahun baru 1430 hijriah. Saya ingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian, hijrahkan niat di hati ke arah yang lebih baik. Berjihadlah bersungguh-sungguh melakukannya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. InsyaAllah di depan sana kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat. Kullu ‘am wa antum bikhair.

Wallahu ‘alam.



Nur el-huda, 23.28pm
D-G-4

Friday, January 02, 2009

Grey and si Kecik visiting Veterinary Hospital.


Sejak 2 bulan ni, saya sibuk berulang-alik ke hospital veterinar. Membawa kucing saya –Grey seekor kucing jantan berumur 5 bulan, dia kurang sihat. Air liur meleleh, tidak mahu makan dan minum hampir 2 hari, suhu badan yang panas, dan hanya terlepek tidur sahaja, membuatkan saya risau dan susah hati. Saya tak dapat tahan rasa kasihan dan jika dibiarkan Grey tanpa inisiatif untuk merawatnya, saya mungkin akan menangis. 10 November lepas, Grey saya bawa terus ke Veterinary Hospital yang terletak tidak jauh dari rumah. Grey sebagai patient kedua selepas seekor anjing dibawa masuk ke bilik rawatan untuk berjumpa doktor. Selepas hampir 45 minit berconsult dan merawat Grey, doktor memberitahu, dia mengalami bengkak gusi kerana hendak tumbuh gigi, selesema, demam, dan sedikit batuk. Darah Grey diambil untuk di-diagnosis di bawah mikroskop. Doktor mendapati terdapat 2 bakteria dan 1 virus. Ah, saya terlupa nama virus dan bakteria tersebut. Grey dicucuk 2 jenis antibiotik dan diberi makan sebiji ubat pil pada masa itu juga. Doktor menasihatkan agar Grey dibawa semula untuk mendapatkan suntikan vaksin imunisasi selepas dia sihat nanti. Balik rumah, barulah saya rotate ubat dia. Hampir seminggu, Grey kembali cergas dan ceria. Alhamdulillah, itulah yang menggembirakan hati saya. Syukur.


Then baru-baru ni 29 Disember, saya datang lagi ke Veterinary Hospital ini untuk rawatan anak kucing saya yang baru lahir 2 Disember lalu. Saya namakan dia Si Kecik kerana dia seekor sahaja yang lahir kecil berbanding 4 ekor lagi adik beradiknya. Dia seekor kucing jantan berbulu putih. Setelah beberapa hari pemerhatian, saya fikir dia mungkin mengalami sedikit komplikasi sejak dilahirkan. Susah hati menyebabkan saya tak senang duduk untuk melihat sahaja dia menangis. Selepas doktor melihat dan merawatnya, saya rotate antibiotik yang diberikan. Semoga Si Kecik cepat sembuh dan membesar dengan sihat. InsyaAllah.

Tuesday, December 23, 2008

Walimatul ‘Urus dan reunion


Bulan ini saya mendapat agak banyak undangan majlis perkahwinan dari sahabat handai. Setiap hujung minggu pun keluar makan ke kenduri. Tak sabtu...ahad. Tahniah kawan-kawan yang berjaya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Selamat pengantin baru, semoga bahagia kekal ke akhir hayat. Pastinya penantian kalian untuk bersama selama ini termakbul sudah.

Ambil kesempatan berkenduri ini, reunion kawan-kawan sekolah setelah 8 tahun tidak bertemu. SMKC batch 1998-2000. Rindu banget. Walaupun ada yang tak dapat datang, tapi majoritinya mereka hadir walaupun datang agak lambat dan tiada dalam gambar. Ada yang terkejut melihat perkembangan masing-masing. Makin gemuk, makin slim, makin tinggi, makin cun, makin kacak... hahaha, macam-macam. Ada yang dah datang berdua, ada yang masih single, ada yang dah bekerja, ada yang still belajar... gembira dan seronok. Oh ya, buat korang yang akan bertunang dan dalam pertunangan, semoga selamat semuanya, tahun depan makin banyak la dapat makan nasi minyak.

Sampai sahaja di rumah sahabat saya, dia sudah siap berpakaian pengantin menunggu di dalam bilik. Ceria, wajahnya berseri-seri. “Gembira, nervous pun ada...” jawab sahabat saya sambil tersenyum ketika saya menyerahkan hadiah dan menanyakan perasaannya bergelar raja sehari. Katanya lagi, hari itu bagai dia yang punya.

Bagaimana agaknya perasaan menjadi seorang pengantin di hari perkahwinan? Melihatkan wajah sahabat yang sentiasa tersenyum di hari perkahwinan mereka, saya pasti gerbang kebahagiaan sedang menunggu di hadapan. InsyaAllah. Barakallahu Lak FilMauhubi Lak Wa Syakartal Waahib wa Balagha Assyuddah wa Ruziqta Birruh.







Buat rose, aku letak gambar kau kat sini. Ko ambik je dari sini. Best, WQQ 7676! credit untuk Amin..

Thursday, November 06, 2008

What do next?





Masuk bulan ini, sudah hampir sebulan saya bekerja. Meninggalkan dunia pengajian yang sangat dirindui. Kadang-kadang teringat-ingat zaman belajar dulu, bergelumang dengan buku-buku, pening kepala, padat dengan pelbagai assignment, berkejar sana sini, mencari bahan rujukan, study untuk mid-term dan final juga, dan dalam masa yang sama mesti alert pada dateline tesis. Huh! Betapa pada masa itu sungguh sibuk. Kini kegembiraan melakukan semua itu hanya tinggal kenangan.

Saya juga tidak sabar ingin melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Bagai masa ini berlalu terlalu lambat. Saya kata pada diri saya; sementara semangat untuk belajar ini masih ada baik jangan bazirkan dan membuang masa, nanti jikalau ia hilang, susah untuk mendapatkan kembali mood study. Semoga Allah swt menetapkan hati saya insyaAllah.

Jadi sementara menunggu pengambilan untuk kemasukan akan datang, saya kembali bekerja pada pekerjaan lama saya dulu. Saya pernah bekerja sebagai DSA selama hampir setahun selepas tingkatan 6 dulu. DSA ialah singkatan nama kepada Dental Surgery Assistant. Jadi saya sebagai nurse meng-assist doctor semasa bersama patient. Scary bukan? Hahaha, tapi percayalah, kerja ni memang best!





Antara treatment yang available kat klinik ni ialah :

Consultation –its free!!
Aesthetic Restoration
Composite Filling
Amalgam Filling
Fissure Sealant
Scaling and Polishing
Teeth Whitening
Root Canal Therapy
Extraction
Oral Surgery
Periodontal Surgery
Endodontic Surgery
Dentures
Crown
Veneer
Bridge
Implant
Orthodontic
X-ray
Specialist consultation:
-Orthodontic (braces)
- Oral Surgery
- Prosthodontic



~huda, 3 Nov 08, 10.09pm
cheras, KL~

Tuesday, November 04, 2008

Alhamdulillah


Alhamdulillah, biiznillah, Baharulah hari ini saya beroleh peluang meng ‘up-date’ kan weblog ini. Salam..kemaafan saya pohon lantaran kerana tiada dapat meng ‘update’kannya selama hampir 2 bulan ini. Peperiksaan semester akhir di tahun akhir pengajian ini betul-betul terkesankan. Benar-benar menguji kekuatan, ketabahan dan kesibukan yang menjengahi fikri, jawarih wa qalbi menjanjikan tiada langsung masa untuk bersantai enak. Namun alhamdulillah, medan perjuangan itu bisa saya harungi berkat doa dan sokongan insan-insan tersayang; mak, ayah, family, saudara mara dan sahabat handai fillah. Syukran lillahi Ta’ala atas kurniaan insan sholih wa sholihah ini. Dan yang paling utama pastinya bertunjangkan Rahmat dan Kasih sayang dari Allah swt. Sesungguhnya ibu segala penawar, pokok segala nasihat dan penguat jiwa yang utama adalah daripada ALLAH TA’ALA. Ikhlas kita pada ALLAH dalam segenap urusan, DIA bantu kita. InsyaAllah.

Dalam masa 2 bulan ini juga, keputusan akhir peperiksaan telah keluar. Ini menyempurnakan lagi transkrip keputusan keseluruhan pengajian saya selama ini. Alhamdulillah, lagi sekali saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas rezeki kurniaan Allah ini. Masih kekal dalam dean list. Adakah ini balasannya atas hasil usaha keras saya selama ini? Who knows? Verily ALLAH Knows BEST and FAIR. Wallahu Ta’ala ‘Alam wa ‘Aadiliin.

Di sini, saya paparkan madah (subjek) pengajian saya selama 3 tahun ini. Kebanyakan madahnya betul-betul saya minat, terutama madah pada tahun akhir. I really enjoy it. Jazakumullahu khayran katsira kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang dikasihi atas pembelajaran dan tunjuk ajar selama ini. 'Ala kulli hal...Allah yubarak fiikum...Ameen.


AL-LUGHAH AL-ARABIAH I/II/III/IV/V/VI
AL-QURAN AND TAJWEED
COMPUTER APPLICATION
PREPARATORY ENGLISH I
NATIONAL LANGUAGE A
ISLAMIC STUDIES
HIFZ AL-QURAN I/II/III/IV/V
AL-FIQH AL-ISLAMI I/II
USUL AL-FIQH I
SISTEM TARBIYAH PELAJAR -Usrah
AL-SIRAH AL-NABAWIYYAH
AL-MADKHAL FI ILM AL-DAKWAH
PREPARATORY ENGLISH II
PENGAJIAN MALAYSIA
UNIFORM BODY (PSSCM)
ULUM AL-QURAN I
AL MADKHAL IIA AL-AQIDAH AL-ISLAMIAH
MAINSTREAM ENGLISH I/II
AL-HADITH WA ULUMUH
TAFSIR AL-QURAN I/II
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN ISLAM
AL- FIRAQ AL- ISLAMIAH
QADHAYA FI AL-AQIDAH AL-ISLAMIYYAH
LATIHAN ILMIAH (METODOLOGI PENYELIDIKAN) -Thesis
AL-FALSAFAH AL-ISLAMIAH
ENGLISH FOR SPECIFIC PURPOSES
AL-AKHLAK WA AL-TASAWWUF
AL- MANTIQ
SOSIOLOGI ISLAM
OCCUPATIONAL ENGLISH
PENGANTAR PEMIKIRAN SAINS ISLAM
AL-TAYYARAT FIKRIAH AL-MUASIRAH
MUQARANAT AL-ADYAN
AL-TURUQ AL-SUFIYYAH



Saamihnii 'ala kulli hal. Hadaanallah wa iyyakum wa Baarakafiina wa iyyakumajma'in. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.




Nur el-huda, 24 Okt 2008, 15.37pm,
Cheras, KL

Thursday, October 30, 2008

lapang sebelum sibuk -satu persediaan

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarokaatuh, khassun ila hadhratil ikhwah wa akhowatil mukhtar, didoakan kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan senantiasa beroleh kemudahan dalam segala urusan penghidupan, insyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta’ala, saya telah selamat menyiapkan mem-posting entry sehingga bulan 10 ini.

Haha… ini sebenarnya bukan apa, memandangkan saya mungkin akan lebih sibuk menjelang awal bulan 6 sehinggalah awal bulan 10. Ini kerana ia merupakan fatrah paling kritikal dan saya fikir mungkin tiada masa untuk menjenguk blog atau bermain internet dengan senang hati. Jadi dengan peluang cuti 2 bulan sebelum memasuki semester baru ini, saya manfaatkan sebelum saya jadi sibuk pada masa akan datang. Doakan saya lebih tabah untuk menghadapi semester terakhir pengajian saya. InsyaAllah jika tiada aral melintang atau terdapat sedikit keluangan masa, saya akan men-top-up mana2 entry bulanan yang sesuai. Semoga menjadi manafa'ah buat kalian semua.

Dalam masa 4 bulan itu akan berlaku pelbagai peristiwa sejarah, seperti pada 21 Ogos setiap tahun merupakan Hari al-Quds sedunia, sambutan Merdeka 31 Ogos, dan tepat 1 September merupakan tarikh bermulanya Ramadhan. Dalam masa yang sama bermula juga tarikh final exam saya. Banyak sungguh.

Kata Hassan Al Banna; Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Wah! Alangkah rugi kalau menambah tanggungjawab yang tidak perlu! Asifi ‘ala kulli hal wa jazakumullahu khairan katiron. Wassalamu bilkhair ajma’in.





*~nur el-huda, 6 April 2008, Sunday, cheras, Kuala Lumpur ~*

Tuesday, October 21, 2008

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Perbincangan saya bersama sahabat-sahabat dalam pelbagai perkara banyak memberikan impak dan input yang berbeza dan berlainan cara. Tidak kurang juga bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah juga menyumbang kepada idea-idea baru yang terlintas dan boleh dibuat sebagai satu kajian. Selain rujukan dari kitab-kitab juga tidak ketinggalan sungguh memberi manfaat yang banyak. Kadang-kadang kelihatan tidak seperti berada di dalam Islamic class, tapi kadang-kadang rasa macam dalam kelas sains, kelas medik, kelas geografi, sejarah, kajian ilmu falak dan macam-macam lagi. Maha Kaya ilmu Allah itu juga Maha Luas. Apa-apa sahaja yang dibincangkan pasti menemui pengakhiran kembali pada Allah s.w.t. Suka saya berkongsi tentang suatu ilmu ini yang mana mungkin jarang atau tidak terlintas di fikiran untuk kita sama-sama fikirkan.

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa aktiviti otak yang sedang berdusta kelihatan berbeza dengan aktiviti otak yang sedang bercakap benar. Kajian yang dibuat dengan menggunakan peng-imejan menggunakan getaran magnetic atau fMRI bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak ketika seseorang sedang berdusta, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan pembohongan. Terdapat banyak kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam pendustaan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.


Ujikaji ke atas Ubun-ubun Otak Manusia.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk berdusta bahawa mereka tidak melakukannya. Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh keenam-enam orang tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan dengan menggunakan fMRI. Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang berdusta dengan otak orang yang bercakap benar.

Dalam otak seseorang yang sedang berdusta terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang sedang bercakap benar pula hanya empat. Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk berdusta berbanding dengan bercakap benar. Berdusta menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.



Ubun-ubun Yang Menipu Menurut al-Quran

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Alaq ayat 15 dan 16. Yang bermaksud :

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Dalam tafsir Ibn Kathir (Ubun-ubun orang yang berdusta) bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontal lobe terletak di bawah ubun-ubun.

Jadi selepas ini, silalah membelek ubun-ubun anda. Bagaimana bentuknya. Atau anda boleh menjalani sendiri ujian fMRI di hospital-hospital terdekat. Muhasabah diri dari dalaman. “Adakah aku pernah menipu seseorang tanpa disedari atau sengaja?".

Thursday, October 16, 2008

STRATEGI


Pandangan keseluruhan secara sekali imbas strategi Yahudi dan sekongkol Amerika. Penelitian ini perlu lagi kepada pengkajian yang mendalam. Harap kalian dapat berfikir lebih kritis. Waallahu 'alam.



-huda, 6 April 2008, Sunday, cheras, Kuala Lumpur-

Monday, September 08, 2008

Kosmologi -from The Big Bang to the Black Hole


Kosmologi adalah satu ilmu yang mengkaji tentang alam semesta, bagaimana alam semesta ini bermula, sedang berlaku dan bagaimana ia akan berakhir. Sejak dari dahulu, tamadun manusia cuba mentafsirkan pelbagai teori dan andaian mengenai bagaimana ia terjadi, bentuk alam semesta dan apa yang akan berlaku kepadanya pada masa akan datang. Kebanyakan tamadun silam seperti tamadun Greek, Yunani, China, Mesopotamia menjelaskan fenomena ini melalui mitos dan di dalam cerita-cerita dongeng. Contoh tamadun Yunani di dalam falsafahnya mengatakan bahawa alam ini bermula daripada air, kemudian berubah menjadi udara dan akhirnya menjadi pepejal. Tamadun Yunani juga mengatakan bahawa alam ini terdiri daripada 4 unsur iaitu air, api, tanah dan udara.

Contoh Stephen Hawking, seorang professor di universiti Cambridge, mendakwa bahawa “Penemuan alam ini mengembang merupakan kejayaan manusia yang paling bermakna pada abad ke-20 ini.” Beliau yang popular dengan bukunya berjudul “A short History Of Time From The Big Bang To The Black Hole.”

Ahli kosmologi lain yang mengkaji alam semesta ini menggunakan peralatan yang canggih termasuk teleskop berkuasa tinggi yang dipasang di kapal angkasa seperti teleskop Hubble, Spritzaer dan lain-lain. Dengan teleskop ini, mereka bukan sahaja dapat mencerap bintang-bintang yang sangat jauh, bahkan dapat mencerap cahaya yang dikeluarkan oleh sesuatu fenomena alam yang berlaku berbilion tahun yang lalu. Bayangkan kelajuan cahaya adalah 300,000 kilometer/saat, bagaimana teleskop ini berkemampuan memberi manfaat kepada ahli kosmologi untuk menghasilkan teori bagaimana alam ini terjadi, sedang berlaku dan meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Ahli kosmologi yang bukan beragama Islam (kebanyakan mereka adalah aties) mendakwa bahawa alam semesta ini terbentuk dari satu letupan yang maha hebat berlaku 15 bilion tahun yang lalu. Tetapi bagaimana ia terjadi sebelumnya tidak diketahui. Kejadian ini seperti letupan yang mengisi ruang dengan jirim-jirim yang menjadi asas kejadian alam semesta. Semenjak letupan ini, alam semesta terus menerus mengembang dan menyebabkan jarak yang semakin jauh antara galaksi. Ini menunjukkan bahawa fenomena alam ini mengembang. Apabila menyedarikan ini, ahli kosmologi membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini asalnya adalah lebih kecil dan pada titik tertentu alam ini pasti datang dari titik yang sama. Titik inilah yang dinamakan Big Bang. Ahli astronomi juga meramalkan bahawa alam semesta ini berbentuk dari model yang tertutup. Di mana ia akhirnya akan berhenti dari mengembang dan akan mengecut kembali. Pengembangannya lama kelamaan akan perlahan disebabkan faktor graviti dan akhirnya alam ini akan lenyap. Hal ini dinamakan pula Black Hole. Ketika inilah kejadian kiamat berlaku.

THE COMPLETE STORY OF THE UNIVERSE

- Teori Letupan Besar, Pengembangan Alam dan Pengecutan Semula Alam Ini -

Di dalam Islam, fenomena permulaan kejadian alam semesta ini boleh dirujuk di dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud :

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?


Selain itu, Allah swt telah berfirman mengenai fenomena alam yang mengembang ini di dalam surah az-Zariat ayat 47 yang bermaksud :

Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.


Diharap kalian dapat merujuk kembali mengenai tafsiran ayat dalam surah-surah ini, sama ada dari tafsir Ibn Kathir, Sayyid Quthb tafsir Fi Zhilalil Quran atau dari mana-mana kitab tafsir.

Wallahu 'alam.

Di bawah ini adalah gambar-gambar saya bersama sahabat-sahabat kelas serta ustaz (pensyarah) yang mengajarkan subjek Pemikiran sains ini dalam bab Kosmologi. Aktiviti pada malam itu kami namakan dengan “Mencerap Bulan” tanggal 17 Julai 2008 after Isyak.






Wednesday, August 20, 2008

at last!! my thesis!

Alhamdulillah dengan izin dan berkat Allah swt, tesis ini telah dapat disiapkan dengan jayanya. Tesis ini saya dapat siapkan sebulan awal dari tarikh deadline. Tesis ini saya ambil dari kedai jilid tepat pukul 9.20am 18 Ogos 2008 dan ditanda tangani oleh penyelia dan dekan akademi pada keesokan harinya. Terima kasih buat diriku yang bertungkus lumus, tekun dan berusaha sungguh-sungguh untuk menyiapkan satu tesis ini. Terima kasih ustaz, terima kasih ustazah and my parent atas pergorbanan kalian dan segala tunjuk ajar selama ini. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima kasih atas kerjasama, pendapat dan kritikan kalian. Syukran jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah sentiasa merahmati dan membalas segala jasa baik kalian, insyaAllah amiin.



The Ten Commandments di dalam Agama Yahudi dan Kristian : Satu Kajian Perbandingan dari Perspektif Islam


Monday, August 11, 2008

PROTOKOL CENDIAKAWAN ZIONIS YAHUDI


Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim, alhamdulillah, syukur hanya kehadrat Allah SWT agar dikurniakan petunjuk kepada kita semua, jalan yang lurus, menjauhkan yang bathil dan menyalakan yang haq dalam segala urusan. InsyaAllah biiznillahi wa rahmatillah...Wallahu Musta'an.

Ini adalah satu lagi nota tambahan buat kalian mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Ia juga merupakan 'nota tambahan' bagi entry yang lepas (Semuanya Adalah Yahudi Belaka & isytihar Kitab Talmud Yahudi)


CONTOH KERATAN DARI PROTOKOL CENDIAKAWAN ZIONIS YAHUDI “ILLUMINATI
Mempertahankan ketua syaitan Lucifer merencanakan komplot jahat untuk menguasai dunia dengan pelbagai cara.


PROTOKOL NO.5
Melalui semua ini kita semua akan melemahkan orang GOYIM sehingga mereka terpaksa memberikan kepada kita kuasa antarabangsa, yang melalui kuasa tersebut akan membolehkan kita tanpa sebarang keganasan secara beransur-ansur dapat menyerap semua kuasa Negara di dunia dan membentuk sebuah Kerajaan Unggul.


PROTOKOL NO.9
Kita telah pun campur tangan di dalam Pentadiran Undang-undang, Pengendalian pilihanraya, Media massa, Kebebasan individu, terutama dalam Pendidikan dan Latihan sebagai batu asas untuk suatu kewujudan yang bebas.

PROTOKOL NO.17
Amalan pembelaan di dalam bidang guaman melahirkan manusi ayang tidak berhati perut, kejam, sentiasa mendesak, tidak berprinsip, yang mana mereka ini akan mengambil pendirian untuk tidak dipengaruhi perasaan dari segi perundangannya. Mereka mempunyai tabiat yang berakar umbi untuk merujuk kepada semua perkara berdasarkan nilainya untuk pembelaan, bukan kesan keputusannya kepada kebajikan orang ramai. Mereka biasanya tidak menolak untk membela sesiapapun, mencuba sedaya upaya untuk membebaskan tertuduh tanpa mengira akibatnya, mencari-cari kesalahan setiap persolan remeh tentang jurisprudens dan oleh yang demikian itu menyebabkan kepincangan di dalam system keadilan.

PROTOKOL NO.12
Tiada satupun pengumuman yang akan sampai kepada orang ramai tanpa kawalan dari kita. Malah sekarang inipun, keadaan ini telah dapat dicapai oleh kita. Ini disebabkan semua berita diterima oleh ahanya beberap agensi berita, yang man aagensi-agensi tersebutlah yang dijadikan sumber untuk mendapatkan berita oleh seluruh pelusuk dunia. Agensi-agensi ini kemudiannya akan menjadi milik kita sepenuhnya dan akan memberikan publisiti kepada perkara-perkara yang ditentukan oleh kita.

PROTOKOL NO.3
Kebencian ini akan menjadi semakin parah diakibatkan oleh krisis ekonomi yang akan menghentikan aktiviti di bursa-bursa saham dan menyebabkan perindustrian terhenti. Melalui semua kaedah-kaedah sulit yang dapat kita lakukan, dan dengan bantuan emas, yang kesemuanya di dalam tangan kita, kita akan mewujudkan suatu krisis ekonomi sejagat yang akan menyebabkan berlakunya rusuhan di seluruh Negara Eropah secara serentak. Disebabkan kejahilan mereka, dengan senang hatinya, perusuh-perusuh ini akan menumpahkan darah orang yang mereka irihatikan sejak kecil lagi dan dengan itu mereka dapat merampas harta kekayaan orang tersebut.


PROTOKOL NO.1
KEBEBASAN POLITIK?? DEMOKRASI?? LIBERALISME??
Kebebasan politik merupakan suatu idea tetapi bukan satu fakta. Seseorang mestilah tahu menggunakan idea ini, bila mana diperlukan sebagai umpan untuk menarik ramai orang kepad suatu pihak dengan menghancurkan pihak yang lain, iaitu pihak berkuasa. Tugas ini menjadi lebih mudah jika pihak lawan sendiri telah terpengaruh dengan idea kebebasan yang dipanggil liberalisme, dan demia satu idea, pemerintah sanggup menyerahkan sebahagian kuasanya. Disinilah terserlahnya kejayaan teori kita; pengurangan kuasa memerintah melalui kerajaan akan berlaku serta-merta, oleh undnag-undang kehidupan, diburu dan dikumpul oleh suatu kuasa baru, kerana sesebuah Negara yang tiada pedoman tidak boleh wujud tanpa bantuan walaupun hanya untuk sehari, dan hanya penguasa baru sahajalah yang layak berada di tempat orang yang terdahulu yang telah dilemahkan oleh liberalisme.

PROTOKOL NO.13
Agar orang ramai itu sendiri tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya diberikan kepada mereka, kita akan terus mengalih perhatian mereka daripadanya dengan hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan, istana-istana rakyat… Tidak lama kemudian, di akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian, kesukanan dan yang sepertinya; minat di dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya.



-nur el-huda, 28 Mac 2008, Jumaat,
Cheras, Kuala Lumpur-