Takhrij hadith berasal dari kalimah (sila baca dari kanan untuk tulisan jawi bahasa arab ini) خرج , يخرج, تخريج menggunakan wazan فعل, يفعل, تفعيل yang bermaksud menampakkan sesuatu dan menzahirkannya.
Dari segi istilah; Takhrij ialah satu ilmu yang membicarakan mengenai usul dan manahij yang membantu kita untuk mencari (cth; dari kitab mana dan dari siapa ia dikeluarkan) dan mengenalpasti kedudukan sesebuah hadith, mutaba’ah (perawi) dan syawahidnya (ada hadith yang lebih kurang sama w/pun dalam lafaz yang berbeza) samada dalam rujukan asal atau syibh asal atau tidak asal seterusnya mengenalpasti darjat hadith tersebut.
Perlu diingatkan bahawa hadith yang datang dari riwayat Bukhari dan Muslim tidak perlu dinaqalkan kerana ia dah sohih belaka. Adapun hadith yang datang dari Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan Imam Nasaie dan Sunan Ibn Majah ia perlu pada per-naqal-lan. Ia perlu dilihat dari sudut siapa yang keluarkan, dalam bab apa, nombor hadith, dan apakah hukumnya.
Kenapa kita perlu mempelajari takhrij?
Memastikan adakah sesuatu hadith itu benar-benar diucapkan oleh nabi SAW?
(kdg2 sesuatu ungkapan tu bukanlah hadith, boleh jadi ia adalah dari kata-kata sahabat)
Mengenalpasti darjat dan hukum sesebuah hadith(sahih, hasan, dhoif, maudhu’ dan sebagainya)
Mengenalpasti kedudukan sesebuah hadith dalam kitab-kitab hadith
(cth; 500 hijrah dan seterusnya adalah karya tak asal)
Sebagai contoh, adakah kita tahu hukum hadith-hadith di bawah ini?
أطلب العلم ولو بالصين
جنبوا مساجدكم صبيانكم
الجنة تحت أقدام الأمهات
حب الوطن من الإيمان
رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر قالوا : وما الجهاد الأكبر قال جهاد القلب
Faedah Takhrij :
tahu sumber hadith iaitu kitab-kitab asal yang memuatkan hadith-hadith tersebut bersama ulama yang meriwayatkannya
tambah koleksi sanad bagi sesuatu hadith. Semakin banyak kitab asal yang memuatkan sesuatu hadith semakin banyak pula koleksi sanad yang kita ada
menjelaskan kedudukan sanad samada sanad tersebut munqati’, mu’allaq, mu’dal dan sebagainya
tentukan hukum sesuatu hadith. Kemungkinan kita jumpa satu hadith dhaif melalui riwayat lain yang sahih. Hadith yang sahih akan mengangkat hukum hadith yang dhaif ke darjat yang lebih tinggi
melalui takhrij, kita dapat tahu pendapat para lama mengenai hukum hadith
melalui takhrij hadith juga, kita dapat kenalpasti perawi yang samar (muhmal)
juga dapat menjelaskan perawi hadith yang tidak diketahui namanya melalui perbandingan antara sanad-sanad (mubham)
Contoh Takhrij :
روي عن المغيرة بن شعبة قال: وضأت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك فمسح أعلى الخفين وأسفلهما
Setelah ditakhrij, didapati bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi, Ab Daud dan Ibn Majah.
a) Dalam Sunan Abu Dawud
حدثنا موسى بن مروان ومحمود بن خالد الدمشقي المعنىقال حدثنا الوليد قال محمود أخبرنا ثور بن يزيد عن رجاء بن حيوة عن كاتب المغيرة بن شعبة عن المغيرة بن شعبة قال وضأت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك فمسح أعلى الخفين وأسفلهما
p/s : hadith ni sama, tapi dari sanad yang berbeza
b) Dalam Sunan at-Tirmidhi
حدثنا أبو الوليد الدمشقي حدثنا الوليد بن مسلم أخبرنا ثوربن يزيد عن رجاء بن حيوة عن كاتب المغيرة عن المغيرة بن شعبة أن النبي صلى الله عليه وسلم مسح أعلى الخف وأسفله
p/s : dalam hadith ni pulak tak sebut dalam peperangan Tabuk
c) Dalam Sunan Ibn Majah
حدثنا هشام بن عمار حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا ثوربن يزيد عن رجاء بن حيوة عن وراد كاتب المغيرة بن شعبة عن المغيرة بن شعبة أن النبي صلى الله عليه وسلم مسح أعلى الخف وأسفله
p/s : penulis tu pulak nama dia Warad
Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Dawud, Imam at-Tirmidhi dan Ibn Majah. Dapatlah disimpulkan bahawa :
Pada riwayat Abu Dawud terdpat nama perawi yang samar iaitu al-Walid. Riwayat at-Tirmidhi dan riwayat Ibn Majah menjelaskan nama yang sebenarnya iaitu al-Walid bin Muslim
Dalam riwayat abu Dawud dan at-Tirmidhi tidak dijelaskan nama sebenar Katib al-Mughirah. Tapi dijelaskan pada riwayat Ibn Majah iaitu Warrad
Riwayat abu Dawud menjelaskan latarbelakang hadith ini iaitu dalam peperangan Tabuk.
Cara nak mentakhrij :
kenalpasti Kalimah Gharib & Penting Dalam Hadith
Dalam kaedah ni, kita gunakan kitab al-Mu’jam al-Muhfahras Li Alfaz al-Hadith al-Nabawi.
Kitab ni disusun oleh A.J Wensick seorang orientalis dan pensyarah Bahasa Arab di Universiti Leiden. Usaha beliau kemudiannya disertai oleh Muhammad Fuad Abdul al-Baqiy. Kandungan hadith dalam kitab ini meliputi sembilan buah kitab iaitu ; Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmidhi, Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibn Majah, Sunan ad-Darimi, Muwatta’ Malik dan Musnad Imam Ahmad.
Kenapa kitab ini dikarang?
Pertama : kekurangan yang terdapat dalam kitab-kitab hadith yang menyusun hadith-hadithnya mengikut huruf al-Mu’jam. Melalui susunan ini sesuatu hadith itu perlu dihafaz
Kedua : Tidak mungkin dapat mengumpulkan hadith-hadith mengikut tema (sesuat perkara)
Caranya :
Contoh hadith 1:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع فيأكل منه طير أو إنسان أو يهيمة إلا كان له به صدقة
Contoh hadith 2:
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثهز
Memilih kalimah yang gharib dan penting dalam hadith (yg bergaris adalah kalimah yg gharib dan penting)
Cari kalimah tersebut di dalam al-Mu’jam dan pindahkan maklumat yang diperolehi dalam catatan lain
Satukan dan bandingkan maklumat yang diperolehi dengan membuang maklumat yang berulang
Rujuk kitab asal yang diisyaratkan oleh al-Mu’jam
Catat kedudukan hadith tersebut dgn menyalin nama kitab, bab atau nombor hadith. Daripada kesembilan kitab tersebut hanya nombor yang merujuk kepada Muwatta’ dan Sahih Muslim shaja yg melambangkan nombor hadith. Selebihnya menandakan nombor bab. Manakala nombor yg merujuk kepada Musnad Imam Ahmad pula melambangkan nombor juzuk dan halaman.
2. kenalpasti Awal Lafaz Matan Hadith
Dalam kaedah ni, kita gunakan kitab al-Jami’ al-Saghir min hadith al-Basyir al-Nadhir karangan mam al-Suyuti dan kitab Mawsu’ah Atraf al-Hadith al-Nabawi al-Syarif oleh Abu Hajir Muhammad al-Sa’id bin Basyuni Zaghlul
Kitab ini dikarang oleh Imam al-Suyuti (m.911H). Dalam kitab ini, Imam al-Suyuti mengumpulkan 10 031 buah hadith yang dipilih daripada bahagian hadith-hadith qawliah daripada kitabnya Jam’ al-Jawami’. Beliau cuba memilih hadith-hadith yang sahih dan ringkas. Beliau juga menambah beberapa hadith yang tidak terdapat dalam kitabnya Jam’ al-Jawami’.
Cara 1:
Contoh hadith 1: kitab al-Jami’ al-Saghir
كان أحسن الناس خلقا. (م د ت) عن أنس. - صحيح
Contoh hadith 2 :
أبردوا بالظهر فإن شدة الحر من فيح جهنم (خ ه) عن أبي سعيد. (حم ك) عن صفوان بن مخرمة. (ن) عن أبي موسى (طب) عن ابن مسعود
Cara 2 :
Contoh hadith 1: kitab Mawsu’ah Atraf al-Hadith al-Nabawi al-Syarif
إذا تواجه المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار قال فقلت أو قيل يا رسول الله هذا القاتل فما بال المقتول قال إنه قد أراد قتل صاحبه
Contoh hadith 2 :
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سفرتم في الخصب فأعطوا الإبل حظها من الأرض وإذا سافرتم في السنة فأسرعوا عليها السير وإذا عرستم باليل فالجتنبوا الطريق فإنها مأوى الهوام باليل
Perlu diingat, menggunakan kaedah ini, kita mentakhrij hadith dengan melihat kepada huruf pertama dalam lafaz matan hadith. Tidak dengan sanad perawinya.
Petunjuk di dalam kurungan : (م د ت) ialah Muslim, Abi Daud dan Tirmidhi. (خ ه) ialah Bukhari dan ibn Majah Hukumnya soheh (صحيح).
3. kenalpasti Perawi Tertinggi
Kaedah ni kita guna kitab Tuhfah al-Asyraf Bi Ma’rifat al-Atraf. Kitab ini dikarang oleh Abu al-Hajjaj Yusuf bin Abd Rahman bin Yusuf al-Mizzi al-Damasyqi (m.742). Ia merupakan sebuah kitab indeks bagi potongan hadith beserta sanadnya yang terdapat dalam kutub al-sittah (Bukhari, Muslim, Abi Daud, Nasaie, Ibn Majah, Tirmidhi) di samping beberapa kitab tambahan lain. Sebuah kitab hadith yang disusun mengikut nama sahabat.
Caranya :
Contoh hadith 1:
عن عامر بن سعد بن أبي وقاص عن أبيه أنه سمعه يسأل أسامة بن زيد ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم في الطاعون فقال أسامة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الطاعون رجز أرسل على طائفة من بني إسرائيل أو على من كان قبلكم فإذا سمعتم به بأرض فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
p/s : perkataan yang bewarna adalah perawinya. Sila lihat perawi mana yang lebih dekat dengan Rasulullah. (Rawi ‘ala)
Contoh hadith 2:
حدثنا مسلم بن إبراهيم حدثنا عباد بن راشد حدثنا الحسن حدثنا أحمر بن جزء صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا سجد جافى عضديه عن جنبيه حتى نأوي له
- Kenalpasti terlebih dahulu sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut
Kenalpasti adakah sahabat tersebut sedikit riwayatnya atau banyak riwayatnya
Jika sahabat tersebut dari kalangan yang banyak meriwayatkan hadith, kenalpasti terlebih dahulu perawi yang mengambil daripadanya
Kemudian cari pada indeks kitab asal. Cari hadith yang sama dengan hadith kita
4. kenalpasti sifat yang terdapat pada sanad, matan atau kedua-duanya sekali
Dalam kaedah ni, kita guna kitab Mawsuah al-Ahadith wa al-Athar al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah oleh Ali Hasan Ali al-Halabi. Syarat nak guna kaedah ini mestilah tahu sifatnya samada soheh atau dhoif dan lain-lain dan sanadnya pula samada munqati’ atau mursal dan lain-lain.
kenalpasti Tema (isu / peristiwa) yang terdapat dalam hadith
Dalam kaedah ini kita guna kitab Miftah Kunuz al-Sunnah oleh A.J Wensinck (Darul Fikir). Kitab ini dikarang oleh Profesor Arent Jan Wensinck (m.1939). kitab ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh Ustaz Muhammad Fuad Abdul al-Baqi. Ia merupakan indeks kepada 14 buah kitab.
Dalam kaedah ini juga kita mentakhrij hadith dengan mengambil isu yang dibincangkan dan yang paling dominan.
Contoh hadith 1: Hadith mengenai Iman
حدثنا هناد حدثنا أبو معاوية عن الأعمش, عن أبي صالح عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله فإذا قالوها عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحقها وحسابهم على الله
Contoh hadith 2:
أخبرنا هارون بن محمد بن بكار بن بلال عن محمد بن عيسى وهو ابن سميع قال حدثنا حميد الطويل عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه وسلم قال أمرت أن أقاتل المشركين حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله, فإذا شهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله وصلوا سلاتنا واستقبلوا قبلتنا وأكلوا ذبائحنا, فقد حرمت علينا دمائهم وأموالهم إلا بحقها
Waallahu 'alam. Sekian.