- Dia (si Muslim) juga adalah manusia seperti kita. Mempunyai sikap seperti ini terhadap Si Muslim adalah penting. Kedudukan Muslim dengan kita Kristian samalah seperti Yahudi dengan Samaritan dalam Perjanjian Baru (New Testaments). Apabila tidak seorang Yahudi pun yang mahu mengeluarkan kata-kata baik bagi Samaritan. Bagaimanapun, Jesus berlainan sekali. Beliau membantu Samaritan dan dalam waktu yang sama menyembuhkan sepuluh penyakit kusta (lihat Luke 10. 2537). Oleh yang demikian, kita mestilah bersikap terbuka kepada Si Muslim, kerana bagi seorang Muslim yang jujur pasti akan mempunyai persamaan dengan Kristian yang jujur. Kita mestilah tunjukkan kepada mereka sikap simpati kita terhadap mereka, lantaran mereka tidak mempunyai keprihatinan terhadap agama dan juga tidak menunjukkan sebarang minat terhadap Gospel.
- Tuhan merestui rasa kasih sayang dan persahabatan. Kefahaman ini amat penting. Justeru itu, persahabatan hendaklah diberi penghargaan. Apakah ajaran Tuhan supaya mengasihi orang asing tidak relevan dengan kedudukan pelajar-pelajar Islam hari ini? Hendaklah tidak berbentuk kasih-sayang yang bersyarat, sebaliknya hendaklah ikhlas, beri senyuman kepadanya, bantu dia walaupun dia mempunyai masalah kecil, hormati dia dan cuba berikan perhatian untuk mendengar pendapatnya, beri ucapan tahniah atas sesuatu perkara. Ingat, bersedia pula menerima pertolongannya, jika dia bersedia. Ambil perhatian dan berusaha untuk mengetahui negeri asalnya dan keluarganya. Tanyakan dia tentang perkembangan-perkembangan di tanah airnya, tetapi kalau dia tidak berminat, jangan paksakan. Jauhi sama sekali bersikap memperkecilkan negara dan bangsanya. Cuma melalui persahabatan yang mendalam, barulah dapat dirasakan kehadiran seorang Kristian yang penyayang di dalam diri sahabat kita, Si Muslim.
- Jangan gopoh. Jika sekiranya anda sedang membina persahabatan, jangan sesekali bergegas untuk menceritakan Gospel kepadanya. Peluang pasti akan datang dan soalan-soalan akan lahir dari mulutnya sendiri. Ingat, dia mempunyai banyak perkara untuk ditinggalkan dan juga untuk mempelajarinya. Pastikan betul bahawa jika sekiranya dia menerima agama baru ini, dia akan menjalani proses yang panjang dan memakan waktu. Jangan sesekali kita mengharapkan yang cepat.
- Jalanilah Hidup Ketuhanan. Memandangkan pada umumnya kebanyakan pelajar Muslim yang datang ke Barat ini, mempunyai sikap negatif terhadap kehidupan Barat, sangkaan serta sikap seperti itu hanya dapat dihilangkan jika sekiranya orang Kristian menjalani hidup ketuhanan. Oleh yang demikian, pastikan kita menunjukkan penghormatan terhadap pergaulan seks, seperti bersifat sederhana, menjauhi dari meminum arak, kerana arak dianggap sebagai kerosakan moral. Oleh itu, kebanyakan pekerja Kristian yang berusaha mendekati pelajar Muslim tidak meminum arak. Tunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan Kristian mementingkan kasih-sayang, kebahagian, kesejahteraan, kesabaran, kebaikan, suka menolong, kesetiaan, kelembutan dan penguasaan diri yang dijelmakan dalam kehidupan seharian.
- Memberikan Layanan Baik. Melayani tetamu adalah sebahagian daripada budaya orang Islam, terutama dikalangan penduduk Timur Tengah dan Asia, kerana sebaik sahaja anda memijakkan kaki anda di rumah mereka, minuman dan makanan akan disajikan. Oleh itu, jangan abaikan layanan ini kepada sahabat Muslim anda seperti mempelawa mereka dengan hidangan teh atau kopi. Dalam waktu yang sama, cubalah selenggarakan lawatan ke rumah-rumah Kristian, gereja dan sebagainya. Inilah peluang terbaik bagi pelajar-pelajar Muslim semasa mereka berada di negara ini untuk membuat lawatan.
Di samping lima garis panduan di atas, diberikan pula beberapa perincian semasa melakukan perbualan, antaranya ialah :
- Jadilah pendengar yang baik. Dengan cara ini dapat diyakinkan bahawa kita sangat memberikan perhatian terhadapnya sebagai seorang sahabat.
- Jangan sesekali mencerca (Nabi) Muhammad ataupun al-Quran. Walaupun anda memberikan penghormatan terhadap kitabnya, al-Quran, tetapi jangan berikan dia gambaran yang kita bersetuju semua apa-apa yang terkandung di dalamnya.
- Mulakan dengan apa yang dia tahu. Kalau kita tahu bahawa dia melaksanakan sembahyang setiap hari, kita tanyakan dia bila dan mengapa dia bersembahyang. Tanyakan dia tentang perasaannya apabila dia sujud, dan mengapakah dia menggunakan sejadah. Apakah dia percaya bahawa sembahyang itu didengar oleh Tuhan? Anda boleh berbincang dengannya tentang sifat Tuhan, kerana Si Muslim sangat memandang tinggi terhadap Tuhan mereka. Tanyakan mereka tentang 99 nama Tuhan dan apakah implikasinya? Bincangkan juga tentang sifat dosa dan bagaimana hendak menghindarinya. Apakah kita hanya memohon supaya diampuni dosa kita? Si Muslim tahu bahawa untuk seseorang dapat menghampiri Tuhannya, dia mestilah bersih atau suci. Justeru itu, kita harus membina kepercayaan daripada asas ini iaitu asas yang sudah difahaminya.
- Tumpukan terhadap Jesus tentang kelahirannya, kehidupannya, sifat-sifatnya dan kisah kematiannya. Terangkan juga tetang Jesus sebagai Kalimat Tuhan, banyak masalah dan kekeliruan akan timbul. Wujudkan kefahaman bahawa kehidupan sejahtera di dunia ini lahir daripada hubungan kepercayaan terhadap Jesus.
- Elakkan perdebatan, lebih-lebih lagi dalam suasana apabila kedua-dua pihak mahu mencari kemenangan, sekiranya berlaku juga perdebatan langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil agar pertengkaran tidak berlaku.
- Berkomunikasi dengan seorang Muslim sahaja. Ini adalah untuk menjaga kerahsiaannya. Biasanya, jikalau ada kecenderungan seseorang Muslim terhadap Kristian, apabla diketahui oleh kawannya yang lain, usaha-usaha dijalankan untuk menyelamatkannya pasti wujud dalam berbagai-bagai bentuk. Oleh itu, lebih baik berhubungan secara sendirian.
- Adalah lebih baik dan berkesan, jika perbualan kita dengan Si Muslim tadi dapat diiringi dengan pemberian bahan bacaan. Berikan padanya sebuah Injil dalam bahasa Inggeris, ataupun dalam bahasa ibundanya sendiri adalah yang paling baik bagi yang baru mengenali Kristian. Walau bagaimanapun, beberapa buah bahan bacaan yang agak ringan dapat membantunya, seperti :
- Buku Introductory Literature for Cristians about Islam (Studies on Islam)
- Buku Literature about witnessing to Muslims (Share Your Faith With a Muslim, How to Witness to Muslim)
Buku-buku yang bersifat evangelistic untuk pelajar-pelajar Muslim antaranya adalah :
- Sacrifice –gambaran tentang pengorbanan Jesus. Hujah al-quran dan Bible digunakan.
- In Search of Assurance –menceritakan bagaimana seorang Muslim yang ortodoks mahir dengan al-Quran dan asas-asas Islam, setelah menyedari tentang dosa yang ada padanya dan berusaha untuk mencari ketenangan. Akhirnya dia bertemu dengan agama Kristian.
- Face the Facts –buku yang menjawb semua persoalan-persoalan Islam terhadap Kristian.
- The Bitter and the Bold –seorang doctor Islam yang kemudian menjadi pemimpin Kristian
- The Logic of Faith –menjelaskan bukti dan hujah tentang kebenaran Kristian
- I dare to call him Father.
- The Life & Teaching of Jesus the Messiah.
Untuk memastikan penyebarannya meluas dan berkesan buku-buku yang disenaraikan di atas dijual dengan harga yang agak murah dan ada sebahagiannya disedarkan secara percuma. Sebahagiannya pula telah pun diterjemah ke dalam bahasa Arab dan Parsi.
0 comments:
Post a Comment