Tuesday, October 21, 2008

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Perbincangan saya bersama sahabat-sahabat dalam pelbagai perkara banyak memberikan impak dan input yang berbeza dan berlainan cara. Tidak kurang juga bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah juga menyumbang kepada idea-idea baru yang terlintas dan boleh dibuat sebagai satu kajian. Selain rujukan dari kitab-kitab juga tidak ketinggalan sungguh memberi manfaat yang banyak. Kadang-kadang kelihatan tidak seperti berada di dalam Islamic class, tapi kadang-kadang rasa macam dalam kelas sains, kelas medik, kelas geografi, sejarah, kajian ilmu falak dan macam-macam lagi. Maha Kaya ilmu Allah itu juga Maha Luas. Apa-apa sahaja yang dibincangkan pasti menemui pengakhiran kembali pada Allah s.w.t. Suka saya berkongsi tentang suatu ilmu ini yang mana mungkin jarang atau tidak terlintas di fikiran untuk kita sama-sama fikirkan.

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa aktiviti otak yang sedang berdusta kelihatan berbeza dengan aktiviti otak yang sedang bercakap benar. Kajian yang dibuat dengan menggunakan peng-imejan menggunakan getaran magnetic atau fMRI bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak ketika seseorang sedang berdusta, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan pembohongan. Terdapat banyak kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam pendustaan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.


Ujikaji ke atas Ubun-ubun Otak Manusia.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk berdusta bahawa mereka tidak melakukannya. Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh keenam-enam orang tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan dengan menggunakan fMRI. Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang berdusta dengan otak orang yang bercakap benar.

Dalam otak seseorang yang sedang berdusta terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang sedang bercakap benar pula hanya empat. Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk berdusta berbanding dengan bercakap benar. Berdusta menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.



Ubun-ubun Yang Menipu Menurut al-Quran

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Alaq ayat 15 dan 16. Yang bermaksud :

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Dalam tafsir Ibn Kathir (Ubun-ubun orang yang berdusta) bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontal lobe terletak di bawah ubun-ubun.

Jadi selepas ini, silalah membelek ubun-ubun anda. Bagaimana bentuknya. Atau anda boleh menjalani sendiri ujian fMRI di hospital-hospital terdekat. Muhasabah diri dari dalaman. “Adakah aku pernah menipu seseorang tanpa disedari atau sengaja?".

Thursday, October 16, 2008

STRATEGI


Pandangan keseluruhan secara sekali imbas strategi Yahudi dan sekongkol Amerika. Penelitian ini perlu lagi kepada pengkajian yang mendalam. Harap kalian dapat berfikir lebih kritis. Waallahu 'alam.



-huda, 6 April 2008, Sunday, cheras, Kuala Lumpur-

Monday, September 08, 2008

Kosmologi -from The Big Bang to the Black Hole


Kosmologi adalah satu ilmu yang mengkaji tentang alam semesta, bagaimana alam semesta ini bermula, sedang berlaku dan bagaimana ia akan berakhir. Sejak dari dahulu, tamadun manusia cuba mentafsirkan pelbagai teori dan andaian mengenai bagaimana ia terjadi, bentuk alam semesta dan apa yang akan berlaku kepadanya pada masa akan datang. Kebanyakan tamadun silam seperti tamadun Greek, Yunani, China, Mesopotamia menjelaskan fenomena ini melalui mitos dan di dalam cerita-cerita dongeng. Contoh tamadun Yunani di dalam falsafahnya mengatakan bahawa alam ini bermula daripada air, kemudian berubah menjadi udara dan akhirnya menjadi pepejal. Tamadun Yunani juga mengatakan bahawa alam ini terdiri daripada 4 unsur iaitu air, api, tanah dan udara.

Contoh Stephen Hawking, seorang professor di universiti Cambridge, mendakwa bahawa “Penemuan alam ini mengembang merupakan kejayaan manusia yang paling bermakna pada abad ke-20 ini.” Beliau yang popular dengan bukunya berjudul “A short History Of Time From The Big Bang To The Black Hole.”

Ahli kosmologi lain yang mengkaji alam semesta ini menggunakan peralatan yang canggih termasuk teleskop berkuasa tinggi yang dipasang di kapal angkasa seperti teleskop Hubble, Spritzaer dan lain-lain. Dengan teleskop ini, mereka bukan sahaja dapat mencerap bintang-bintang yang sangat jauh, bahkan dapat mencerap cahaya yang dikeluarkan oleh sesuatu fenomena alam yang berlaku berbilion tahun yang lalu. Bayangkan kelajuan cahaya adalah 300,000 kilometer/saat, bagaimana teleskop ini berkemampuan memberi manfaat kepada ahli kosmologi untuk menghasilkan teori bagaimana alam ini terjadi, sedang berlaku dan meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

Ahli kosmologi yang bukan beragama Islam (kebanyakan mereka adalah aties) mendakwa bahawa alam semesta ini terbentuk dari satu letupan yang maha hebat berlaku 15 bilion tahun yang lalu. Tetapi bagaimana ia terjadi sebelumnya tidak diketahui. Kejadian ini seperti letupan yang mengisi ruang dengan jirim-jirim yang menjadi asas kejadian alam semesta. Semenjak letupan ini, alam semesta terus menerus mengembang dan menyebabkan jarak yang semakin jauh antara galaksi. Ini menunjukkan bahawa fenomena alam ini mengembang. Apabila menyedarikan ini, ahli kosmologi membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini asalnya adalah lebih kecil dan pada titik tertentu alam ini pasti datang dari titik yang sama. Titik inilah yang dinamakan Big Bang. Ahli astronomi juga meramalkan bahawa alam semesta ini berbentuk dari model yang tertutup. Di mana ia akhirnya akan berhenti dari mengembang dan akan mengecut kembali. Pengembangannya lama kelamaan akan perlahan disebabkan faktor graviti dan akhirnya alam ini akan lenyap. Hal ini dinamakan pula Black Hole. Ketika inilah kejadian kiamat berlaku.

THE COMPLETE STORY OF THE UNIVERSE

- Teori Letupan Besar, Pengembangan Alam dan Pengecutan Semula Alam Ini -

Di dalam Islam, fenomena permulaan kejadian alam semesta ini boleh dirujuk di dalam surah al-Anbiya ayat 30 yang bermaksud :

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?


Selain itu, Allah swt telah berfirman mengenai fenomena alam yang mengembang ini di dalam surah az-Zariat ayat 47 yang bermaksud :

Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.


Diharap kalian dapat merujuk kembali mengenai tafsiran ayat dalam surah-surah ini, sama ada dari tafsir Ibn Kathir, Sayyid Quthb tafsir Fi Zhilalil Quran atau dari mana-mana kitab tafsir.

Wallahu 'alam.

Di bawah ini adalah gambar-gambar saya bersama sahabat-sahabat kelas serta ustaz (pensyarah) yang mengajarkan subjek Pemikiran sains ini dalam bab Kosmologi. Aktiviti pada malam itu kami namakan dengan “Mencerap Bulan” tanggal 17 Julai 2008 after Isyak.






Wednesday, August 20, 2008

at last!! my thesis!

Alhamdulillah dengan izin dan berkat Allah swt, tesis ini telah dapat disiapkan dengan jayanya. Tesis ini saya dapat siapkan sebulan awal dari tarikh deadline. Tesis ini saya ambil dari kedai jilid tepat pukul 9.20am 18 Ogos 2008 dan ditanda tangani oleh penyelia dan dekan akademi pada keesokan harinya. Terima kasih buat diriku yang bertungkus lumus, tekun dan berusaha sungguh-sungguh untuk menyiapkan satu tesis ini. Terima kasih ustaz, terima kasih ustazah and my parent atas pergorbanan kalian dan segala tunjuk ajar selama ini. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Terima kasih atas kerjasama, pendapat dan kritikan kalian. Syukran jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah sentiasa merahmati dan membalas segala jasa baik kalian, insyaAllah amiin.



The Ten Commandments di dalam Agama Yahudi dan Kristian : Satu Kajian Perbandingan dari Perspektif Islam


Monday, August 11, 2008

PROTOKOL CENDIAKAWAN ZIONIS YAHUDI


Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim, alhamdulillah, syukur hanya kehadrat Allah SWT agar dikurniakan petunjuk kepada kita semua, jalan yang lurus, menjauhkan yang bathil dan menyalakan yang haq dalam segala urusan. InsyaAllah biiznillahi wa rahmatillah...Wallahu Musta'an.

Ini adalah satu lagi nota tambahan buat kalian mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Ia juga merupakan 'nota tambahan' bagi entry yang lepas (Semuanya Adalah Yahudi Belaka & isytihar Kitab Talmud Yahudi)


CONTOH KERATAN DARI PROTOKOL CENDIAKAWAN ZIONIS YAHUDI “ILLUMINATI
Mempertahankan ketua syaitan Lucifer merencanakan komplot jahat untuk menguasai dunia dengan pelbagai cara.


PROTOKOL NO.5
Melalui semua ini kita semua akan melemahkan orang GOYIM sehingga mereka terpaksa memberikan kepada kita kuasa antarabangsa, yang melalui kuasa tersebut akan membolehkan kita tanpa sebarang keganasan secara beransur-ansur dapat menyerap semua kuasa Negara di dunia dan membentuk sebuah Kerajaan Unggul.


PROTOKOL NO.9
Kita telah pun campur tangan di dalam Pentadiran Undang-undang, Pengendalian pilihanraya, Media massa, Kebebasan individu, terutama dalam Pendidikan dan Latihan sebagai batu asas untuk suatu kewujudan yang bebas.

PROTOKOL NO.17
Amalan pembelaan di dalam bidang guaman melahirkan manusi ayang tidak berhati perut, kejam, sentiasa mendesak, tidak berprinsip, yang mana mereka ini akan mengambil pendirian untuk tidak dipengaruhi perasaan dari segi perundangannya. Mereka mempunyai tabiat yang berakar umbi untuk merujuk kepada semua perkara berdasarkan nilainya untuk pembelaan, bukan kesan keputusannya kepada kebajikan orang ramai. Mereka biasanya tidak menolak untk membela sesiapapun, mencuba sedaya upaya untuk membebaskan tertuduh tanpa mengira akibatnya, mencari-cari kesalahan setiap persolan remeh tentang jurisprudens dan oleh yang demikian itu menyebabkan kepincangan di dalam system keadilan.

PROTOKOL NO.12
Tiada satupun pengumuman yang akan sampai kepada orang ramai tanpa kawalan dari kita. Malah sekarang inipun, keadaan ini telah dapat dicapai oleh kita. Ini disebabkan semua berita diterima oleh ahanya beberap agensi berita, yang man aagensi-agensi tersebutlah yang dijadikan sumber untuk mendapatkan berita oleh seluruh pelusuk dunia. Agensi-agensi ini kemudiannya akan menjadi milik kita sepenuhnya dan akan memberikan publisiti kepada perkara-perkara yang ditentukan oleh kita.

PROTOKOL NO.3
Kebencian ini akan menjadi semakin parah diakibatkan oleh krisis ekonomi yang akan menghentikan aktiviti di bursa-bursa saham dan menyebabkan perindustrian terhenti. Melalui semua kaedah-kaedah sulit yang dapat kita lakukan, dan dengan bantuan emas, yang kesemuanya di dalam tangan kita, kita akan mewujudkan suatu krisis ekonomi sejagat yang akan menyebabkan berlakunya rusuhan di seluruh Negara Eropah secara serentak. Disebabkan kejahilan mereka, dengan senang hatinya, perusuh-perusuh ini akan menumpahkan darah orang yang mereka irihatikan sejak kecil lagi dan dengan itu mereka dapat merampas harta kekayaan orang tersebut.


PROTOKOL NO.1
KEBEBASAN POLITIK?? DEMOKRASI?? LIBERALISME??
Kebebasan politik merupakan suatu idea tetapi bukan satu fakta. Seseorang mestilah tahu menggunakan idea ini, bila mana diperlukan sebagai umpan untuk menarik ramai orang kepad suatu pihak dengan menghancurkan pihak yang lain, iaitu pihak berkuasa. Tugas ini menjadi lebih mudah jika pihak lawan sendiri telah terpengaruh dengan idea kebebasan yang dipanggil liberalisme, dan demia satu idea, pemerintah sanggup menyerahkan sebahagian kuasanya. Disinilah terserlahnya kejayaan teori kita; pengurangan kuasa memerintah melalui kerajaan akan berlaku serta-merta, oleh undnag-undang kehidupan, diburu dan dikumpul oleh suatu kuasa baru, kerana sesebuah Negara yang tiada pedoman tidak boleh wujud tanpa bantuan walaupun hanya untuk sehari, dan hanya penguasa baru sahajalah yang layak berada di tempat orang yang terdahulu yang telah dilemahkan oleh liberalisme.

PROTOKOL NO.13
Agar orang ramai itu sendiri tidak dapat mengagak apa yang sebenarnya diberikan kepada mereka, kita akan terus mengalih perhatian mereka daripadanya dengan hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan, istana-istana rakyat… Tidak lama kemudian, di akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian, kesukanan dan yang sepertinya; minat di dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya.



-nur el-huda, 28 Mac 2008, Jumaat,
Cheras, Kuala Lumpur-

Thursday, July 31, 2008

Gerakan Kristian : Kaedah Kontekstualisasi


Sambungan dari entry 30 July 2008 :

Dalam kaedah kontekstualisasi pula, amalan-amalan peribadatan orang Kristian di satu-satu tempat akan diubahsuai mengikut keadaan amalan agama yang dianuti oleh majoriti penduduk di satu-satu tempat. Di Malaysia sudah ada cadangan untuk mengubahsuai kekerpan bunyi loceng gereja mengikut seruan azan lima kali sehari seperti orang Islam. Puasa seperti orang Islam ketika menyambut Eucharist, mengadakan naik haji ke Jerusalem seperti orang Islam naik ke haji ke Mekah dan mengadakan pertandingan membaca atau menghafal Bible di kalangan penganut Kristian seperti yang dilakukan oleh orang Islam di Malaysia yang mengadakan pertandingan membaca dan menghafal al-Quran. Tujuannya ialah untuk menunjukkan tidak ada perbezaan di antara Kristian dengan Islam. Selain itu, usaha-usaha juga dijalankan untuk mempoplarkan istilah-istilah Islam di dalam pengajaran agama mereka seperti Allah, firman, wahyu, rasul, dan seumpamanya. Selain itu terdapat juga istilah seperti Ilahi, Iman, Da’wah, Sheikh, Ulama, Mubaligh, Solat, Nabi, Hadith, Syariah, Khalifah, Ibadat, Qiblat, wali, Kaabah, dan Haji. (enakmen selangor 1988; Selangor 1980,1; Kelantan 1980,1)

Wednesday, July 30, 2008

Psikologi Penyebaran Gerakan Kristian : Dakyah Terhadap Pelajar Muslim

Sekurang-kurangnya terdapat 3 pendekatan dalam usaha mendekati kumpulan sasaran orang Islam iaitu: i) peninjilan secara terus, ii) pendekatan komprehensif, iii) pendekatan tidak langsung atau secara infiltrasi. Tulisan ini adalah berdasarkan buku ’Gerakan Kristian’ oleh Ghazali Basri, terbitan UKM, Bangi. 1999, cetakan Pertama.

Psikologi Penyebaran Gerakan Kristian : Dakyah Terhadap Pelajar Muslim
Sebenarnya tidak ada satu cara khusus yang ditentukan untuk menginjilkan orang Islam, maka yang dapat mereka tunjukkan ialah memberikan garis panduan umum dan ia amat bergantung kepada suasana setempat dan ketika. Misalnya, sebuah buku kecil yang diterbitkan oleh Universities and Colleges, Christian Fellowship di United Kingdom pada tahun 1981, yang diberi judul Light on Islam Reaching Out to Muslim Students in Britain, telah menggariskan perkara berikut sebagai pendekatan umum :
  1. Dia (si Muslim) juga adalah manusia seperti kita. Mempunyai sikap seperti ini terhadap Si Muslim adalah penting. Kedudukan Muslim dengan kita Kristian samalah seperti Yahudi dengan Samaritan dalam Perjanjian Baru (New Testaments). Apabila tidak seorang Yahudi pun yang mahu mengeluarkan kata-kata baik bagi Samaritan. Bagaimanapun, Jesus berlainan sekali. Beliau membantu Samaritan dan dalam waktu yang sama menyembuhkan sepuluh penyakit kusta (lihat Luke 10. 2537). Oleh yang demikian, kita mestilah bersikap terbuka kepada Si Muslim, kerana bagi seorang Muslim yang jujur pasti akan mempunyai persamaan dengan Kristian yang jujur. Kita mestilah tunjukkan kepada mereka sikap simpati kita terhadap mereka, lantaran mereka tidak mempunyai keprihatinan terhadap agama dan juga tidak menunjukkan sebarang minat terhadap Gospel.
  2. Tuhan merestui rasa kasih sayang dan persahabatan. Kefahaman ini amat penting. Justeru itu, persahabatan hendaklah diberi penghargaan. Apakah ajaran Tuhan supaya mengasihi orang asing tidak relevan dengan kedudukan pelajar-pelajar Islam hari ini? Hendaklah tidak berbentuk kasih-sayang yang bersyarat, sebaliknya hendaklah ikhlas, beri senyuman kepadanya, bantu dia walaupun dia mempunyai masalah kecil, hormati dia dan cuba berikan perhatian untuk mendengar pendapatnya, beri ucapan tahniah atas sesuatu perkara. Ingat, bersedia pula menerima pertolongannya, jika dia bersedia. Ambil perhatian dan berusaha untuk mengetahui negeri asalnya dan keluarganya. Tanyakan dia tentang perkembangan-perkembangan di tanah airnya, tetapi kalau dia tidak berminat, jangan paksakan. Jauhi sama sekali bersikap memperkecilkan negara dan bangsanya. Cuma melalui persahabatan yang mendalam, barulah dapat dirasakan kehadiran seorang Kristian yang penyayang di dalam diri sahabat kita, Si Muslim.
  3. Jangan gopoh. Jika sekiranya anda sedang membina persahabatan, jangan sesekali bergegas untuk menceritakan Gospel kepadanya. Peluang pasti akan datang dan soalan-soalan akan lahir dari mulutnya sendiri. Ingat, dia mempunyai banyak perkara untuk ditinggalkan dan juga untuk mempelajarinya. Pastikan betul bahawa jika sekiranya dia menerima agama baru ini, dia akan menjalani proses yang panjang dan memakan waktu. Jangan sesekali kita mengharapkan yang cepat.
  4. Jalanilah Hidup Ketuhanan. Memandangkan pada umumnya kebanyakan pelajar Muslim yang datang ke Barat ini, mempunyai sikap negatif terhadap kehidupan Barat, sangkaan serta sikap seperti itu hanya dapat dihilangkan jika sekiranya orang Kristian menjalani hidup ketuhanan. Oleh yang demikian, pastikan kita menunjukkan penghormatan terhadap pergaulan seks, seperti bersifat sederhana, menjauhi dari meminum arak, kerana arak dianggap sebagai kerosakan moral. Oleh itu, kebanyakan pekerja Kristian yang berusaha mendekati pelajar Muslim tidak meminum arak. Tunjukkan kepada mereka bahawa kehidupan Kristian mementingkan kasih-sayang, kebahagian, kesejahteraan, kesabaran, kebaikan, suka menolong, kesetiaan, kelembutan dan penguasaan diri yang dijelmakan dalam kehidupan seharian.
  5. Memberikan Layanan Baik. Melayani tetamu adalah sebahagian daripada budaya orang Islam, terutama dikalangan penduduk Timur Tengah dan Asia, kerana sebaik sahaja anda memijakkan kaki anda di rumah mereka, minuman dan makanan akan disajikan. Oleh itu, jangan abaikan layanan ini kepada sahabat Muslim anda seperti mempelawa mereka dengan hidangan teh atau kopi. Dalam waktu yang sama, cubalah selenggarakan lawatan ke rumah-rumah Kristian, gereja dan sebagainya. Inilah peluang terbaik bagi pelajar-pelajar Muslim semasa mereka berada di negara ini untuk membuat lawatan.

Di samping lima garis panduan di atas, diberikan pula beberapa perincian semasa melakukan perbualan, antaranya ialah :

  1. Jadilah pendengar yang baik. Dengan cara ini dapat diyakinkan bahawa kita sangat memberikan perhatian terhadapnya sebagai seorang sahabat.
  2. Jangan sesekali mencerca (Nabi) Muhammad ataupun al-Quran. Walaupun anda memberikan penghormatan terhadap kitabnya, al-Quran, tetapi jangan berikan dia gambaran yang kita bersetuju semua apa-apa yang terkandung di dalamnya.
  3. Mulakan dengan apa yang dia tahu. Kalau kita tahu bahawa dia melaksanakan sembahyang setiap hari, kita tanyakan dia bila dan mengapa dia bersembahyang. Tanyakan dia tentang perasaannya apabila dia sujud, dan mengapakah dia menggunakan sejadah. Apakah dia percaya bahawa sembahyang itu didengar oleh Tuhan? Anda boleh berbincang dengannya tentang sifat Tuhan, kerana Si Muslim sangat memandang tinggi terhadap Tuhan mereka. Tanyakan mereka tentang 99 nama Tuhan dan apakah implikasinya? Bincangkan juga tentang sifat dosa dan bagaimana hendak menghindarinya. Apakah kita hanya memohon supaya diampuni dosa kita? Si Muslim tahu bahawa untuk seseorang dapat menghampiri Tuhannya, dia mestilah bersih atau suci. Justeru itu, kita harus membina kepercayaan daripada asas ini iaitu asas yang sudah difahaminya.
  4. Tumpukan terhadap Jesus tentang kelahirannya, kehidupannya, sifat-sifatnya dan kisah kematiannya. Terangkan juga tetang Jesus sebagai Kalimat Tuhan, banyak masalah dan kekeliruan akan timbul. Wujudkan kefahaman bahawa kehidupan sejahtera di dunia ini lahir daripada hubungan kepercayaan terhadap Jesus.
  5. Elakkan perdebatan, lebih-lebih lagi dalam suasana apabila kedua-dua pihak mahu mencari kemenangan, sekiranya berlaku juga perdebatan langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil agar pertengkaran tidak berlaku.
  6. Berkomunikasi dengan seorang Muslim sahaja. Ini adalah untuk menjaga kerahsiaannya. Biasanya, jikalau ada kecenderungan seseorang Muslim terhadap Kristian, apabla diketahui oleh kawannya yang lain, usaha-usaha dijalankan untuk menyelamatkannya pasti wujud dalam berbagai-bagai bentuk. Oleh itu, lebih baik berhubungan secara sendirian.
  7. Adalah lebih baik dan berkesan, jika perbualan kita dengan Si Muslim tadi dapat diiringi dengan pemberian bahan bacaan. Berikan padanya sebuah Injil dalam bahasa Inggeris, ataupun dalam bahasa ibundanya sendiri adalah yang paling baik bagi yang baru mengenali Kristian. Walau bagaimanapun, beberapa buah bahan bacaan yang agak ringan dapat membantunya, seperti :
  • Buku Introductory Literature for Cristians about Islam (Studies on Islam)
  • Buku Literature about witnessing to Muslims (Share Your Faith With a Muslim, How to Witness to Muslim)

Buku-buku yang bersifat evangelistic untuk pelajar-pelajar Muslim antaranya adalah :

  • Sacrifice –gambaran tentang pengorbanan Jesus. Hujah al-quran dan Bible digunakan.
  • In Search of Assurance –menceritakan bagaimana seorang Muslim yang ortodoks mahir dengan al-Quran dan asas-asas Islam, setelah menyedari tentang dosa yang ada padanya dan berusaha untuk mencari ketenangan. Akhirnya dia bertemu dengan agama Kristian.
  • Face the Facts –buku yang menjawb semua persoalan-persoalan Islam terhadap Kristian.
  • The Bitter and the Bold –seorang doctor Islam yang kemudian menjadi pemimpin Kristian
  • The Logic of Faith –menjelaskan bukti dan hujah tentang kebenaran Kristian
  • I dare to call him Father.
  • The Life & Teaching of Jesus the Messiah.

Untuk memastikan penyebarannya meluas dan berkesan buku-buku yang disenaraikan di atas dijual dengan harga yang agak murah dan ada sebahagiannya disedarkan secara percuma. Sebahagiannya pula telah pun diterjemah ke dalam bahasa Arab dan Parsi.

Monday, July 21, 2008

Renaissance (Zaman Pembaharuan) satu ringkasan


Perlu diketahui bahawa ini bukan cerita 2, 3 atau 4 tahun atau cerita 1001 malam, tetapi ia cerita mengenai sejarah 100 tahun. Berikut merupakan sejarah Renaissance atau zaman pembaharuan secara sekali imbas dan ringkas. Kalian perlu mengkaji lebih mendalam jika mahukan penelitian terhadap sejarah ini. Ia dapat dibahagikan kepada beberapa soalan umum tetapi cukup menepati kehendak perkenalan kepada Renaissance.

1. Apa?

- French : renascimento : re-again, re-born
- bahasa : kelahiran semula / re-birth
- istilah : pergerakan budaya, pembaharuan, kebangkitan


2. Bila?

Pada kurun ke 14 / kurun ke 15 (1301 ++ masihi) –masa ni melayu x de lagi


3. Kenapa?

- pertembungan dengan gereja
- pengaruh Islam, terjemahan ilmu
- cuba membaiki keadaan pemikiran


4. Siapa?

- Leonardo Da Vinci - Artist
- Nicollo Machiavelli - Politik
- Masaccio - Artist
- Dante Alighievi - Penulis
- Francisco Petrarch - Penulis
- Giotto Di Bondone - Artist

p/s : kebanyakan artist juga melibatkan falsafah selain kehalusan seni, ketelitian, ketepatan seperti lukisan tubuh manusia (The Last Supper, potret Monalisa)


5. Di mana?


- Itali --> Perancis --> Poland --> Netherland --> Jerman --> England (lambat sikit)


6. Bagaimana?

- penterjemahan
- pencerapan ilmu
- penyebaran ilmu / penciptaan teknik baru

Friday, July 11, 2008

14 Pengajaran Untuk Mahasiswa / Mahasiswi


14 Pengajaran Untuk Mahasiswa / Mahasiswi
  1. Jangan dedahkan diri kepada unsur2 yang meransang nafsu syahwat. Jangan beli VCD lucah.
  2. Jangan menonton filem2 dan program hiburan di televisyen yang mempamerkan unsur2 lucah atau yang menggalakkan kita bercinta dan bertemu kekasih di tempat sunyi. Ini termasuk menonton filem Bollywood yang mempamerkan cerita cinta dan kesanggupan mengorbankan apa sahaja demi cinta termasuk agama dan nyawa.
  3. Jangan baca akhbar yang mempamerkan artis2 luar negara dan tempatan yang mencari glamour sehingga sanggup mengorbankan kehormatan diri.
  4. Mahasiswa atau mahasisiwi harus bertegas tidak keluar bersiar-siar sebelum perkahwinan.
  5. Tidak membenarkan orang yang berlaina jantina bukan muhrim memasuki rumah.
  6. Menjaga kehormatan diri dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Menjauhkan diri daripada kumpulan di mana berlakunya perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan.
  7. Jangan pulang ke rumah seorang diri dan membiasakan diri keluar rumah di waktu malam.
  8. Fahami konsep aurat dalam Islam. Pakailah pakaian yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya.
  9. Nasihatilah sesiapa yang mengyukai kita dan kita menyukainya agar mengikut syariat Islam.
  10. Tanamkan perasaan malu untuk berjalan atau berbual-bual dengan orang yang berlaina jantina.
  11. Pelajari seni pertahankan diri secara berasingan, bukan bercampur antara lelaki dan perempuan.
  12. Pelajarilah agama, ingatlah Allah sentiasa.
  13. Bagi mereka yang mampu berkahwin, segeralah berkahwin agar tidak timbul fitnah.
  14. Sekira tidak mampu berkahwin, banyakkan ibadat dan puasa sunat agar nafsu dapat dikawal.

*~ nur el-huda, 27 Mac 08, Khamis, Cheras, Kuala Lumpur ~*

(ditulis semula sempena Seminar Penerangan Akidah dan Amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, KUIS)

Saturday, June 28, 2008

my current health medical check-up


B/P : 120/70 mmHg
Blood Sugar : 5.6 mmol/L

Berat / Tinggi / BMI : 47kg / 148 / 21.4



Keputusan ni diperolehi selepas tamat mengikuti Kursus Pembangunan Keluarga 2 minggu lepas. Kursus ini wajib bagi mahasiswa tahun akhir bagi memenuhi syarat graduation. Selain memeriksa tahap kesihatan, saya juga diberi nasihat tentang penjagaan kesihatan yang betul oleh doktor dan para jururawat yang juga terdiri dari kalangan mahasiswa. Its not bad sangat kan. Still in maintain. Cuma kena jaga badan dan berat badan ("o")^

Wednesday, June 18, 2008

isytihar KITAB TALMUD YAHUDI

Bismillahi walhamdulillah. segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT dan semoga salawat serta salam dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, para keluarga dan para sohabah baginda, serta kepada orang-orang yang mengikuti jalan dan petunjuk baginda sehingga hari pembalasan.

Ini adalah sebahagian cebisan kandungan yang berkaitan dengan Yahudi serta agenda dan konspirasi mereka selama ini. Ini juga merupakan sedikit sambungan tentang isi dalam entry pada bulan 5 tahun lepas; "Semuanya adalah Yahudi belaka". Moga perkongsian ini ada khoirnya dan membantu kalian dalam mentafsir dan meneliti gerak pemikiran mereka. InsyaAllah.


Kitab Talmud Yahudi mengisytiharkan bahawa :
  • Harta kekayaan orang bukan Yahudi adalah dihalalkan bagi Yahudi.
  • Orang-orang Yahudi telah dipilih untuk mengawas dan mentadbir harta dan nyawa orang-orang bukan Yahudi.
  • Sepertimana manusia itu lebih tinggi darjatnya dari haiwan, Yahudi adalah lebih tinggi darjatnya dari semua manusia yang ada di muka bumi ini.
  • Orang Yahudi telah ditentukan oleh Tuhan untuk menerima riba’ dari orang bukan Yahudi.


-huda, 4 April 08, Jumaat, Cheras, Kuala Lumpur -

Wednesday, June 11, 2008

Ilmu Logik

Subjek ini saya pelajari semasa di tahun akhir semester 5. Minat! Itulah perkatan yang dapat saya gambarkan dan beritahu kalian tentang perasaan saya terhadap subjek (madah) ini. Logik atau dikenali juga sebagai ilmu Mantiq kebanyakannya dipelajari oleh pelajar jurusan Islam khususnya Usuluddin. Mari kita terokai serba sedikit tentang ilmu ini. Perbahasan dalam ilmu ini tidak tertumpu kepada permasalahan yang dibincangkan seperti di bawah, tetapi punya pengaruh besar dalam realiti kehidupan masa kini.

Antara ilmu Greek yang diterjemahkan ialah ilmu falsafah. Ilmu falsafah ini termasuklah ilmu logik. Ilmu logik ini dikenali sebagai Logik Aristotle. Logik Aristotle ini telah digunakan oleh ulama-ulama untuk berijtihad iaitu untuk menentukan sesuatu hukum dalam agama Islam samada haram, sunat, harus atau makruh. Umpamanya ialah ijtihad untuk menentukan hukum sesuatu yang memabukkan apabila dimakan atau diminum. Menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w; semua benda yang memabukkan apabila dimakan atau diminum hukumnya haram. Antara yang haram ialah arak yang jelas dilarang oleh Allah s.w.t dalam Quran. Tetapi terdapat benda-benda selain daripada arak yang memabukkan. Untuk menentukan hukum memakan atau meminum benda-benda seperti itu, Logik Aristotle digunakan. Penggunaan Logik Aristotle dalam kes tersebut adalah seperti berikut :

Premis A : Semua benda yang memabukkan haram hukumnya apabila dimakan atau diminum
Premis B : Benda X adalah satu benda yang memabukkan apabila dimakan atau diminum
Kesimpulan : Benda X haram dimakan atau diminum.

Amalan berijtihad untuk menentukan sesuatu hukum telah diperluaskan ke dalam bidang ilmu sains tabii oleh sarjana-sarjana Muslim seperti Ibn Sina, al-Razi, Ibn Haitham, al-Biruni, Jabir ibn Hayyan al-Kufi dan lain-lain sehingga melahirkan kaedah saintifik dicipta oleh sarjana Muslim, bukan Francis Bacon seperti yang didakwa oleh sesetengah penulis Barat. Logik dalam sains dapat dilihat dalam proses deduktif daripada satu generalisasi atau pernyataan umum kepada penjelasan atau meramalkan sesuatu fenomena alam.


Penggunaan logik Aristotle bukan lagi terbatas kepada usaha-usaha dalam ijtihad atau sains tabii, malah ia juga digunakan untuk menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan kepercayaan agama seperti kewujudan dan sifat roh, kesementaraan alam atau keabadian alam, dosa dan pahala, syurga dan neraka yang telah selesai diputuskan oleh Allah s.w.t dan RasulNya serta Muhammad s.a.w. Ini menyebabkan Imam al-Ghazali memerangi falsafah kerana ia didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam. Ini telah menyebabkan kemerosotan falsafah dan logik dalam tamadun Islam. Umpamanya dengan menggunakan kaedah logik Aristotle, ada ahli falsafah Islam yang mengatakan bahawa roh turut musnah apabila jasad musnah pada saat kematian dan juga bahawa alam ini kekal abadi selama-lamanya dan ini bertentangan dengan aqidah Islam.


bersambung....

Monday, June 09, 2008

رسالة إلى صديقي


رسالة إلى صديقي


أي صديقي


إنك الآن تدرس في إنجلترا, بعد أن أكملت دراستك في هذه البلاد. والذين درسوا قبلك في أوربا أشكال وألوان, ويمكن تقسيمهم إلى مجموعات

فمنهم من شعر بأن حريته في هذه البلاد كانت مفقودة, فرآها في أوربا موفورة, فقد تحرر من رقابة الأبوين, ورقابة المدرسة, وأصبح أمير نفسه, ليس عليه رقيب ولا حسيب, ورأى اللهو في أوربا كثيرا فانغمس فيه, ووجه إليه كل ماله وتفكيره ووقته, نهاره نائم, وليله عابث, وهو يلهو, ويحصل على المال من والديه بكل وسيلة, فهو محتاج إلى شراء كثير من الكتب. وكل ما يصل إليه من مال يصرفه في شهواته, وأخيرا ينتهي الأمر بمأساة, ويعود إلى بلده, دون علم وأخلاق, لا يصلح لعمل بعد أن فسدت نفسه ومات ضميره, وذهب علمه وأخلاقه

ومن الدارسين في أوربا من كانوا على العكس من ذلك, وهم أقل عددا, وهؤلاء عكفوا على دروسهم بكل جد, ولم يعرفوا غير حجرتهم وكتبهم وجامعتهم وطريقهم من البيت إلى الجامعة, حتى نالوا الدرجة العلمية, ثم عدوا يحملون شهادتهم. هؤلاءقد نمت عقولهم وزاد علمهم, ولكنهم لم تتفتح قلوبهم. وهؤلاء الآخرون لا يعجبونني كما لم يعجبني الأولون. وهناك مجموعة ثالثة هي التي تعجبني, وهي التي أحب أن تكون مثلها, هؤلاء قد فهموا رسالتهم. فهموا أنهم إنما سافروا ليدرسوا علما وأخلاقا, فهم يرون في كل منظر درسا, وفي كل خطوة نفعا, ويعودون إلى بلدهم, وقد نالوا علما كثيرا وخبرة مفيدة.

وكما اختلف الدارسون في أوربا, اختلفوا كذلك في سلوكهم بعد عودتهم إلى بلادهم. فمنهم الذي عاد إلى بلاده يشيد بالهو في أوربا, ويصف مغامراته, ويعلن أنه يتمنى العودة إلى النعيم, الذي كان يستمتع به هناك.

ومنهم من عاد, فكأنه لم يخرج من بلده, إلا علما ناله أو شهادة حصل عليها, أم نظرته إلى الحياة فلم يتغير منها شيء. ومن من استفاد كثيرا من أوربا في علمه ونظرته إلى الحياة, ولكنه عندما عاد إلى بلده, أصابه اليأس. شاهد الفوضى والقذارة, وقارن بين ما كان يعيش فيه في بلده من نظام ونظافة, وما أصبح يعيش في بلده من اضطراب وظلم وقذارة, وحاول أول الأمر أن يغير شيئا من ذلك فلم يستطع, فاستسلم.

كل هؤلاء يا صديقي, قد رأيت نماذج منهم, ولا أحب أن تكون أحدهم, وإنما أحب إذا عدت إلى بلدك وقد نلت علما ونفسا وقلبا, أن تنظر إلى عيوب قومك, فترحمهم, وتحتهد ما إمكنك في إصلاحهم, فإن لم يمكنك الإصلاح العام, فحاول الإصلاح في بيئتك الخاصة, في طلبتك الذين تعلمهم, والأساتذة الذين تخالطهم, والبيت الذي تنشئه, والصديق الذي تجالسه, فإذا اتسعت إرادتك وشغلت منصبا كبيرا استطعت أن تعمم إصلاحك.

إن كثيرا من كانوا قبلك قد فسدوا, لأنهم سافروا لأخذ شهادة, وعدوا لأخذ وظيفة. فليكن سفرك أنت للمعرفة والعلم, وعودتك للإصلاح والنفع والله يوفقك



صاحبك....
nur el-huda, 4 Ibril 08, Jumu'ah,
cheras, Kuala Lumpur ~*

Tuesday, May 27, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith III


Takhrij hadith berasal dari kalimah (sila baca dari kanan untuk tulisan jawi bahasa arab ini) خرج , يخرج, تخريج menggunakan wazan فعل, يفعل, تفعيل yang bermaksud menampakkan sesuatu dan menzahirkannya.

Dari segi istilah; Takhrij ialah satu ilmu yang membicarakan mengenai usul dan manahij yang membantu kita untuk mencari (cth; dari kitab mana dan dari siapa ia dikeluarkan) dan mengenalpasti kedudukan sesebuah hadith, mutaba’ah (perawi) dan syawahidnya (ada hadith yang lebih kurang sama w/pun dalam lafaz yang berbeza) samada dalam rujukan asal atau syibh asal atau tidak asal seterusnya mengenalpasti darjat hadith tersebut.

Perlu diingatkan bahawa hadith yang datang dari riwayat Bukhari dan Muslim tidak perlu dinaqalkan kerana ia dah sohih belaka. Adapun hadith yang datang dari Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan Imam Nasaie dan Sunan Ibn Majah ia perlu pada per-naqal-lan. Ia perlu dilihat dari sudut siapa yang keluarkan, dalam bab apa, nombor hadith, dan apakah hukumnya.

Kenapa kita perlu mempelajari takhrij?
  • Memastikan adakah sesuatu hadith itu benar-benar diucapkan oleh nabi SAW?
    (kdg2 sesuatu ungkapan tu bukanlah hadith, boleh jadi ia adalah dari kata-kata sahabat)
  • Mengenalpasti darjat dan hukum sesebuah hadith(sahih, hasan, dhoif, maudhu’ dan sebagainya)
  • Mengenalpasti kedudukan sesebuah hadith dalam kitab-kitab hadith
    (cth; 500 hijrah dan seterusnya adalah karya tak asal)

Sebagai contoh, adakah kita tahu hukum hadith-hadith di bawah ini?


أطلب العلم ولو بالصين

جنبوا مساجدكم صبيانكم

الجنة تحت أقدام الأمهات


حب الوطن من الإيمان


رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر قالوا : وما الجهاد الأكبر قال جهاد القلب



Faedah Takhrij :

  • tahu sumber hadith iaitu kitab-kitab asal yang memuatkan hadith-hadith tersebut bersama ulama yang meriwayatkannya
  • tambah koleksi sanad bagi sesuatu hadith. Semakin banyak kitab asal yang memuatkan sesuatu hadith semakin banyak pula koleksi sanad yang kita ada
  • menjelaskan kedudukan sanad samada sanad tersebut munqati’, mu’allaq, mu’dal dan sebagainya
  • tentukan hukum sesuatu hadith. Kemungkinan kita jumpa satu hadith dhaif melalui riwayat lain yang sahih. Hadith yang sahih akan mengangkat hukum hadith yang dhaif ke darjat yang lebih tinggi
  • melalui takhrij, kita dapat tahu pendapat para lama mengenai hukum hadith
  • melalui takhrij hadith juga, kita dapat kenalpasti perawi yang samar (muhmal)
  • juga dapat menjelaskan perawi hadith yang tidak diketahui namanya melalui perbandingan antara sanad-sanad (mubham)


Contoh Takhrij :

روي عن المغيرة بن شعبة قال: وضأت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك فمسح أعلى الخفين وأسفلهما


Setelah ditakhrij, didapati bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi, Ab Daud dan Ibn Majah.


a) Dalam Sunan Abu Dawud

حدثنا موسى بن مروان ومحمود بن خالد الدمشقي المعنىقال حدثنا الوليد قال محمود أخبرنا ثور بن يزيد عن رجاء بن حيوة عن كاتب المغيرة بن شعبة عن المغيرة بن شعبة قال وضأت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك فمسح أعلى الخفين وأسفلهما

p/s : hadith ni sama, tapi dari sanad yang berbeza



b) Dalam Sunan at-Tirmidhi

حدثنا أبو الوليد الدمشقي حدثنا الوليد بن مسلم أخبرنا ثوربن يزيد عن رجاء بن حيوة عن كاتب المغيرة عن المغيرة بن شعبة أن النبي صلى الله عليه وسلم مسح أعلى الخف وأسفله

p/s : dalam hadith ni pulak tak sebut dalam peperangan Tabuk



c) Dalam Sunan Ibn Majah

حدثنا هشام بن عمار حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا ثوربن يزيد عن رجاء بن حيوة عن وراد كاتب المغيرة بن شعبة عن المغيرة بن شعبة أن النبي صلى الله عليه وسلم مسح أعلى الخف وأسفله

p/s : penulis tu pulak nama dia Warad



Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Dawud, Imam at-Tirmidhi dan Ibn Majah. Dapatlah disimpulkan bahawa :

  • Pada riwayat Abu Dawud terdpat nama perawi yang samar iaitu al-Walid. Riwayat at-Tirmidhi dan riwayat Ibn Majah menjelaskan nama yang sebenarnya iaitu al-Walid bin Muslim
  • Dalam riwayat abu Dawud dan at-Tirmidhi tidak dijelaskan nama sebenar Katib al-Mughirah. Tapi dijelaskan pada riwayat Ibn Majah iaitu Warrad
  • Riwayat abu Dawud menjelaskan latarbelakang hadith ini iaitu dalam peperangan Tabuk.


Cara nak mentakhrij :

  1. kenalpasti Kalimah Gharib & Penting Dalam Hadith

Dalam kaedah ni, kita gunakan kitab al-Mu’jam al-Muhfahras Li Alfaz al-Hadith al-Nabawi.

Kitab ni disusun oleh A.J Wensick seorang orientalis dan pensyarah Bahasa Arab di Universiti Leiden. Usaha beliau kemudiannya disertai oleh Muhammad Fuad Abdul al-Baqiy. Kandungan hadith dalam kitab ini meliputi sembilan buah kitab iaitu ; Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Tirmidhi, Sunan Abu Dawud, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibn Majah, Sunan ad-Darimi, Muwatta’ Malik dan Musnad Imam Ahmad.

Kenapa kitab ini dikarang?

Pertama : kekurangan yang terdapat dalam kitab-kitab hadith yang menyusun hadith-hadithnya mengikut huruf al-Mu’jam. Melalui susunan ini sesuatu hadith itu perlu dihafaz
Kedua : Tidak mungkin dapat mengumpulkan hadith-hadith mengikut tema (sesuat perkara)

Caranya :

Contoh hadith 1:

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع فيأكل منه طير أو إنسان أو يهيمة إلا كان له به صدقة


Contoh hadith 2:

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما زال جبريل يوصيني بالجار حتى ظننت أنه سيورثهز


  • Memilih kalimah yang gharib dan penting dalam hadith (yg bergaris adalah kalimah yg gharib dan penting)
  • Cari kalimah tersebut di dalam al-Mu’jam dan pindahkan maklumat yang diperolehi dalam catatan lain
  • Satukan dan bandingkan maklumat yang diperolehi dengan membuang maklumat yang berulang
  • Rujuk kitab asal yang diisyaratkan oleh al-Mu’jam
  • Catat kedudukan hadith tersebut dgn menyalin nama kitab, bab atau nombor hadith. Daripada kesembilan kitab tersebut hanya nombor yang merujuk kepada Muwatta’ dan Sahih Muslim shaja yg melambangkan nombor hadith. Selebihnya menandakan nombor bab. Manakala nombor yg merujuk kepada Musnad Imam Ahmad pula melambangkan nombor juzuk dan halaman.

2. kenalpasti Awal Lafaz Matan Hadith


Dalam kaedah ni, kita gunakan kitab al-Jami’ al-Saghir min hadith al-Basyir al-Nadhir karangan mam al-Suyuti dan kitab Mawsu’ah Atraf al-Hadith al-Nabawi al-Syarif oleh Abu Hajir Muhammad al-Sa’id bin Basyuni Zaghlul

Kitab ini dikarang oleh Imam al-Suyuti (m.911H). Dalam kitab ini, Imam al-Suyuti mengumpulkan 10 031 buah hadith yang dipilih daripada bahagian hadith-hadith qawliah daripada kitabnya Jam’ al-Jawami’. Beliau cuba memilih hadith-hadith yang sahih dan ringkas. Beliau juga menambah beberapa hadith yang tidak terdapat dalam kitabnya Jam’ al-Jawami’.

Cara 1:

Contoh hadith 1: kitab al-Jami’ al-Saghir

كان أحسن الناس خلقا. (م د ت) عن أنس. - صحيح


Contoh hadith 2 :

أبردوا بالظهر فإن شدة الحر من فيح جهنم (خ ه) عن أبي سعيد. (حم ك) عن صفوان بن مخرمة. (ن) عن أبي موسى (طب) عن ابن مسعود


Cara 2 :


Contoh hadith 1: kitab Mawsu’ah Atraf al-Hadith al-Nabawi al-Syarif

إذا تواجه المسلمان بسيفيهما فالقاتل والمقتول في النار قال فقلت أو قيل يا رسول الله هذا القاتل فما بال المقتول قال إنه قد أراد قتل صاحبه


Contoh hadith 2 :

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سفرتم في الخصب فأعطوا الإبل حظها من الأرض وإذا سافرتم في السنة فأسرعوا عليها السير وإذا عرستم باليل فالجتنبوا الطريق فإنها مأوى الهوام باليل


  • Perlu diingat, menggunakan kaedah ini, kita mentakhrij hadith dengan melihat kepada huruf pertama dalam lafaz matan hadith. Tidak dengan sanad perawinya.
  • Petunjuk di dalam kurungan : (م د ت) ialah Muslim, Abi Daud dan Tirmidhi. (خ ه) ialah Bukhari dan ibn Majah Hukumnya soheh (صحيح).


3. kenalpasti Perawi Tertinggi


Kaedah ni kita guna kitab Tuhfah al-Asyraf Bi Ma’rifat al-Atraf. Kitab ini dikarang oleh Abu al-Hajjaj Yusuf bin Abd Rahman bin Yusuf al-Mizzi al-Damasyqi (m.742). Ia merupakan sebuah kitab indeks bagi potongan hadith beserta sanadnya yang terdapat dalam kutub al-sittah (Bukhari, Muslim, Abi Daud, Nasaie, Ibn Majah, Tirmidhi) di samping beberapa kitab tambahan lain. Sebuah kitab hadith yang disusun mengikut nama sahabat.

Caranya :

Contoh hadith 1:

عن عامر بن سعد بن أبي وقاص عن أبيه أنه سمعه يسأل أسامة بن زيد ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم في الطاعون فقال أسامة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الطاعون رجز أرسل على طائفة من بني إسرائيل أو على من كان قبلكم فإذا سمعتم به بأرض فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

p/s : perkataan yang bewarna adalah perawinya. Sila lihat perawi mana yang lebih dekat dengan Rasulullah. (Rawi ‘ala)


Contoh hadith 2:

حدثنا مسلم بن إبراهيم حدثنا عباد بن راشد حدثنا الحسن حدثنا أحمر بن جزء صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا سجد جافى عضديه عن جنبيه حتى نأوي له


  • Kenalpasti terlebih dahulu sahabat yang meriwayatkan hadith tersebut
  • Kenalpasti adakah sahabat tersebut sedikit riwayatnya atau banyak riwayatnya
  • Jika sahabat tersebut dari kalangan yang banyak meriwayatkan hadith, kenalpasti terlebih dahulu perawi yang mengambil daripadanya
  • Kemudian cari pada indeks kitab asal. Cari hadith yang sama dengan hadith kita

4. kenalpasti sifat yang terdapat pada sanad, matan atau kedua-duanya sekali


Dalam kaedah ni, kita guna kitab Mawsuah al-Ahadith wa al-Athar al-Da’ifah wa al-Mawdu’ah oleh Ali Hasan Ali al-Halabi. Syarat nak guna kaedah ini mestilah tahu sifatnya samada soheh atau dhoif dan lain-lain dan sanadnya pula samada munqati’ atau mursal dan lain-lain.


kenalpasti Tema (isu / peristiwa) yang terdapat dalam hadith

Dalam kaedah ini kita guna kitab Miftah Kunuz al-Sunnah oleh A.J Wensinck (Darul Fikir). Kitab ini dikarang oleh Profesor Arent Jan Wensinck (m.1939). kitab ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh Ustaz Muhammad Fuad Abdul al-Baqi. Ia merupakan indeks kepada 14 buah kitab.

Dalam kaedah ini juga kita mentakhrij hadith dengan mengambil isu yang dibincangkan dan yang paling dominan.


Contoh hadith 1: Hadith mengenai Iman

حدثنا هناد حدثنا أبو معاوية عن الأعمش, عن أبي صالح عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرت أن أقاتل الناس حتى يقولوا لا إله إلا الله فإذا قالوها عصموا مني دماءهم وأموالهم إلا بحقها وحسابهم على الله


Contoh hadith 2:

أخبرنا هارون بن محمد بن بكار بن بلال عن محمد بن عيسى وهو ابن سميع قال حدثنا حميد الطويل عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه وسلم قال أمرت أن أقاتل المشركين حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله, فإذا شهدوا أن لا إله إلا الله وأن محمد عبده ورسوله وصلوا سلاتنا واستقبلوا قبلتنا وأكلوا ذبائحنا, فقد حرمت علينا دمائهم وأموالهم إلا بحقها




Waallahu 'alam. Sekian.

Friday, May 09, 2008

Seks atau Cinta

Apabila persoalan cinta diajukan, “Apakah yang kamu cintai?” Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun mungkin jawapannya kepada alat permainan mereka. Seperti anak patung, robot dan sebagainya. Bagi kanak-kanak berumur 10 tahun juga jawapannya masih berkisar kepada kebendaan seperti computer game, berbasikal, komik atau sebagainya. Tapi, jawapannya pasti berbeza jika ditanya soalan yang sama pada individu di peringkat umur ambang dewasa. Ini kerana mereka sudah melihat apa sebenarnya cinta dari pelbagai aspek.


Cinta itu ada di mana-mana. Nyata cinta itu satu perasaan, satu pemikiran, tindakan dan keinginan. Cinta juga lahir dari faktor biologi, persekitaran dan boleh jadi cinta terlibat atas dasar nafsu. Orang paling malang adalah orang yang tidak pernah bercinta. Dan orang yang beruntung adalah orang yang bercinta dan kemudian putus cinta. Betul ke? Fikir sendiri.


Rasa cinta jangan dipersalahkan. Cinta adalah satu perasaan yang halus, tumbuh dalam setiap hati dan sanubari. Cinta membesar dalam jiwa, merendang dalam hati dan terpukau dalam fikiran. Cinta juga menyebabkan seseorang itu mabuk, tak tentu hala, angau satu badan, buta dalam membezakan antara yang baik dan buruk. Itulah senario biasa yang dapat kita lihat jika seseorang itu tidak memiliki ilmu bercinta yang cukup. Persoalannya, adakah sesuai bercinta di kala ini? Tatkala tanggungjawab yang disandang adalah sebagai seorang pelajar?

sekadar gambar hiasan

Seseorang itu layak bercinta jika dia sudah menghormati dirinya terlebih dahulu, menyayangi dirinya, dan menghargai dirinya. Barulah dia dapat mengalihkan rasa hormat, sayang dan hargai kepada orang yang dia cintai. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan pula dalam masa itu terlalu mabuk dilayan cinta. Tidak salah bercinta asalkan tidak bercampur dengan dosa. Seseorang itu tidak akan menemui syurga jika cintanya bercampur dengan noda, dan segala macam maksiat dan mungkar.


Cinta seronok-seronok di kala belajar, efect-nya pada sijil yang bakal diperoleh. Tak berkat. Akan datang dia mungkin lama menganggur, hilang keberkatan dan tidak bernilai di mata Allah SWT.


Kemudian, apa pula antara simptom atau tanda-tanda di alam bercinta? Kadang-kadang situasi biasa ni kita dapat lihat jelas pada sesetengah sahabat kita yang mungkin sudah terkena penyakit ini. Individu ini mungkin teringat-ingat orang yang dicintainya, rasa diri diperhatikan, rasa ingin berjumpa dan bercakap meluahkan rasa hati. Mereka rasa tenteram bila masing-masing dapat menatap wajah. Mereka mula berhias lebih berpenampilan, berwangi-wangi, berwarna-warni, dan senyum memanjang. Tidak kurang juga rasa sakit hati, cemburu, merajuk, makan hati, sedih dan sebagainya. Tidakkah ini sesuatu yang membuang masa dan tidak berfaedah? Adakalanya cinta sebegini hanya pada dasar personaliti sahaja. Yang benarnya cinta memerlukan pengorbanan yang besar. Lihat cinta para sahabat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Para sahabat berkejar-kejar mencari keredhaan Allah SWT dengan bertahajjud di malam hari. Betapa para sahabat terlalu cintakan baginda lantas mendambakan cinta Tuhan Muhammad SAW. Berkorban semata-mata kerana Allah SWT. Cinta yang tidak akan membuatkan kita lupa pada tanggungjawab.


Panduan kepada mahasiswa untuk menangkis segala macam cinta psikatrik ini ialah, perlu diingat bahawa tiada pandangan halal sehingga hijab suci membenarkannya, tiada sentuhan halal walaupun dalam ikatan pertunangan. Cinta itukan cantik, agung, suci murni, maka… pekakkan telinga dengan segala pujuk rayu, butakan mata dengan maksiat, dan jadilah kaki tembok dengan menahan dari berjalan kepada penzinaan.


Hai cinta monyet, cinta yang tidak pasti pengakhirannya, sekadar hanya berkawan lainan jantina. Kita boleh bezakan antara orang yang bercinta dan putus, dengan orang yang tidak pernah bercinta. Lihat pada latar belakang pendidikannya, family background dan persekitarannya. First cinta dan kemudian putus. Dia mabuk dan kemudian bertaubat tidak akan bercinta lagi. Dia mengambil keputusan untuk tidak berkahwin jika yang memutuskan itu adalah bukan dia. Serik. Memang Allah salahkan tindakan ini supaya kita tahu dan belajar erti kecewa dan perpisahan. Kalau takut kecewa jangan berani bercinta.

sekadar gambar hiasan

Bezakan pula antara cinta, sayang dan rindu. Tak perlu pergi pada definisi yang jauh-jauh. Lafaz bismillahirRahmanirRahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Peenyayang) sudah ada. Pengasihnya Dia pada seluruh makhlukNya dan Dia sayang pada hamba-hamba yang mentaatiNya. Akhir kalam….. keputusan di tangan anda. Buatlah tindakan yang bijak. Wassalam. (-o-“) (^o^)”

" belajarlah menyenangkan pasangan, jangan menyusahkan "

" belajarlah memuliakan pasangan, jangan memburukkannya "

" belajarlah menambah cinta, jangan mengurangkan cinta "




nur el-huda, 8 Ogos 2007, Rabu, 2100pm, Pusat Konvensyen KUIS
Ulasan semula dari : Program Pembangunan Mahasiswa
Cinta Psikatrik 2 : “Seks atau Cinta”
Anjuran : Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Unit Rundingcara dan Kerjaya
Penceramah : Dr Rubiah Kulop Hamzah (RKH Motivation and Service)

Saturday, April 26, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith II


Mentakhrij hadith melalui internet dan CD. Perkembangan teknologi dalam penyebaran maklumat tidak pernah berhenti dari masa ke semasa. Kemunculan internet (International Network) dan CD (Compact Disc) memudahkan penyebaran ilmu dengan lebih luas. Khususnya dalam bidang hadith, hamper kesemua (masih ade lagi hadith yang tidak dimasukkan dalam kaedah ini) kitab hadith telah disimpan di dalam ‘perpustakaan maya’ ini. Ia juga merupakan salah satu lagi alternative masa kini dalam pertambahan kaedah dalam kaedah-kaedah mentakhrij hadith.


Ia merupakan kaedah takhrij yang masih baru diperkenalkan. Ia disebut sebagai ‘Hafiz al-‘Asr’ kerana menyimpan ratusan ribu hadith, jarang berlaku silap dalam penyampaian dan menyampai dengan penuh amanah dan jujur (kecuali kesilapan si pembuat perisian dan si pengguna). Juga merpakan satu cara yang efektif dan efisien. Dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang dapat diperolehi melalui praktif yang berterusan.


Takhrij hadith melalui internet pula dapat mengetahui nama-nama laman web yang khusus untuk hadith, atau yang ada menawarkan perkhidmatan hadith. Kita juga dapat tahu laman-laman web yang menjadi direktori kepada laman-laman web lain seperti; sultan.org, islamiyyat.com, raddadi.com, nourallah.com dan lain-lain lagi. Adapun contoh laman web ini adalah secara umum tentang hadith, tidak spesifik dalam bidang hadith.


Faedah menggunakan kemudahan ICT ini :
  1. mempercepatkan carian sesatu hadith
  2. meminimakan ruang yang digunakan
  3. mengandungi kitab-kitab yang mungkin sukar dicari di perpustakaan
  4. mengumpulkan sumber-sumber sesuatu hadith dalam masa yang singkat
  5. menjimatkan kos dan masa


ada juga beberapa kelemahan. Antaranya :

  1. terdapat beberapa kesalahan / kesilapan pada matan dan sanad hadith, maka perlu merujuk kepada pakar hadith, atau bahan yang bercetak (yang asal) bagi memastikan ketepatannya dan ketulenannya.
  2. tanpa kemahiran dan praktis berterusan dapat membuat si pencari / pentakhrij hadith beras putus asa dan bosan.
  3. terdedah kepada gangguan virus dan bekalan elektrik atau kerosakan alatan yang digunakan.


Wallahu'alam.

Wednesday, April 16, 2008

Kenapa?


Bismillahirrahmanirrahim. Aikk?? Kenapa pulak tajuk entry ni is kenapa? Well, sebelum tu sila lihat 2 entry sebelum entry ni. Ia berkenaan dengan al-Azhar university nak wujudkan cawangannya di sini bukan? Di Malaysia cawangan Negeri Sembilan. Hahaha, aku saje copy & paste-kan antara keratan berita tu kat sini. Bukan ape, sebab aku terlalu teruja bile satu malam tu aku tengok berita yang menyatakan perkara ni. Ape lagi, terus beri concentrate, tengok dengan bersungguh-sungguh. Dalam hati berkata; "biar betul al-Azhar nak bukak cawangan kat Malaysia? Mimpi ke aku ni?" So, habis je berita tu, aku terus bagitau mak. Mak pun agak terkejut bile tahu. Ermm, hehee... (angkat kening 2 kali) macam ade peluang je nak masuk sane.


Ops opss.... aku cakap gitu bukan menandakan aku tak mampu nak sambung pengajian kat al-Azhar Mesir tu baik dari segi kewangan mahupun result CGPA, tapi... entahlah. Malas pun ade. Aku pikir lebih baik aku pegi tempat lain macam Morocco ke, Jordan ke, Syiria ke, Sudan ke... alang2 ke luar negara, lebih baik terus gi jauh-jauh. Saje nak rase kelainannya. Adik aku dah ade kat Mesir, ape kata aku pegi tempat lain plak. (heheee... memandai je beri keputusan)


Ok ok balik pada citer tadi, klau memang al-Azhar cawangan N9 tu dah bukak pengambilan utk tahun depan (2009), straight aku nak masuk. Peluang dah ade depan bijik mata, ape lagi ambiklah. Tapi..... klau sampai tahun depan tak siap2 gak, nampaknya aku kene menghala ke tempat lain. Nak tunggu dia siap, berjanggut la aku kat sini. Al-Azhar cawangan N9, Malaysia selain jimat budget (duit), dekat pun ye. Setakat ulang alik KL-N9 tu aku tak de masalah. Tiap minggu aku boleh balik. Bahan rujukan utk buat asgmnt atau tesis dalam bhs arab pun senang nak dapatkan sekarang kat Malaysia. Lain2 kemudahan korang pikir la sendiri.


Tapi aku tak nafikan belajar kat sana (mesir) is lagi bagus, pior bhs arab. Nak tak nak kene speaking arab jugak. Itu lagi baik utk vocab bhs arab dan kefasihan bercakap nanti. Lagi lama duduk kat sane, lagi berhabuk la cakap arab dengan pak pak arab tu. Lagi pun sanakan bumi anbiya. Ramai nabi dan rasul yg dilahirkan di sana. Ramai gak tokoh2 terulung dan sheikh2 Islam yg masyhur. Banyak kontra-nya benda2 mcm ni. Aku tengok dalam dalam byk2 forum dan blog2 yang membincangkan perkara ni, ramai gak yang menyokong, tak ketinggalan ade yang sebaliknya. So... pilihan di tangan korang. Pilih mane yg rasa terbaik utk diri. Aku? Hurmmm.... aku entah la. Kene buat solat istikharah dulu. Fikiran berkecamuk!

Monday, April 14, 2008

UNIVERSITI AL- AZHAR KAMPUS MALAYSIA -cawangan Negeri Sembilan II

MAJLIS PECAH TANAH
UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA
Oleh
DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri sembilan


PENDAHULUAN :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.


Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS. Warga YSNS mengalu-alukan kedatangan Dato/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan ke majlis yang bersejarah ini.


Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.


Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.


Universiti Al-Azhar Mesir :


Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari - Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.



Rasional Penubuhan Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :

  • Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

  • Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

  • Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

  • Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

  • Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

  • Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

  • Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

  • Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global


HARAPAN :


Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi. Semoga sokongan dan dokongan serta sumbangan daripada Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membantu kepada perkembangan Islam di Nusantara khasnya dan di dunia amnya.

copy from : http://yayasansofa.blogsome.com/2008/04/01/universiti-al-azhar-kampus-malaysia/

Sunday, April 13, 2008

UNIVERSITI AL- AZHAR KAMPUS MALAYSIA -cawangan Negeri Sembilan

REMBAU, 13 April (Bernama) -- Selepas ribuan tahun penubuhannya, Universiti Al Azhar di Mesir akhirnya membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Majlis pecah tanah bagi kampus cawangan itu diadakan di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan berhampiran Kampung Bukit Sembilan di sini, Ahad.

"Kami telah bekerja keras untuk mencapai usaha ini dan Alhamdulillah akhirnya kami berjaya," kata wakil universiti tersebut, Dr Umar Abdullah Kamil kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau berkata Malaysia dipilih untuk ditubuhkan cawangan universiti berkenaan kerana negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan bangsa Melayu dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai bangsa yang kuat pegangan agama dan menganuti fahaman Sunah.

Umar Abdullah yakin pelajar dari Indonesia, Thailand dan India akan datang belajar di kampus di sini.

Katanya satu lagi kampus cawangan dicadang untuk ditubuhkan di Thailand di masa depan.

Universiti Al Azhar kini mempunyai kira-kira 28,000 pelajar dan kira-kira 7,000 orang dari mereka datang dari rantau ini.

Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Mohd Shukor Sabudin berkata dengan adanya kampus Al Azhar itu, ia diharap menjadi pusat pengajian Islam dan tempat rujukan masyarakat Islam.



REMBAU: Penubuhan cawangan Universiti Al-Azhar kampus Malaysia di Negeri Sembilan mampu melonjakkan negeri dan negara ini sebagai hab serta destinasi pengajian tinggi terunggul di persada antarabangsa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, penubuhan cawangan universiti tertua
dunia itu di luar Mesir satu sejarah kerana ia pertama kali ditubuhkan dalam tempoh 1,000 tahun pusat pengajian terunggul itu beroperasi.


Katanya, ia bukan saja memberi impak besar, terutama mewujudkan peluang pendidikan sempurna kepada umat Islam, malah menjadi benteng kepada mereka berhadapan pelbagai ancaman anti-Islam. "Kelulusan Majlis Senat universiti itu menubuhkan kampus cawangan pertamanya di luar Mesir di negeri ini membuktikan pengiktirafan mereka terhadap negara kita yang banyak berjasa dalam memartabatkan agama Islam," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah universiti itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi negeri, Shamsulkahar Mohd Deli; Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), Mohd Shukor Sabudin dan wakil Universiti Al-Azhar, Prof Dr Umar Abdullah Kamil.

Pembinaan kampus di kawasan kira-kira tujuh hektar di Kilometer 35 Jalan Seremban-Tampin itu dibiayai sepenuhnya oleh YSNS dan untuk permulaan akan menawarkan bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Tahfiz al-Quran dan Qiraat. Menteri Besar berkata, penubuhan kampus cawangan ini bakal menjadi rujukan kepada permasalahan umat Islam di rantau ini selain melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam pada masa depan, ulama dan pemimpin ketrampilan ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia.


Katanya, kelulusan penubuhan kampus cawangan universiti itu juga menunjukkan universiti berkenaan menyahut cabaran beliau supaya membuat perubahan dengan mengambil kira perkembangan pendidikan global ketika melakukan lawatan di universiti itu tiga tahun lalu.


"Kerajaan negeri yakin walaupun kampus ini dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia akan membolehkan lebih ramai pelajar negara ini mengikuti pengajian di universiti terkenal dunia itu tanpa perlu ke Mesir, sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara dan pada masa sama membawa masuk wang asing dalam konteks pendidikan global.


"Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan kawasan barat negeri ini sebagai lembah ilmu melalui penubuhan lebih banyak pusat pengajian tinggi tempatan dan bertaraf antarabangsa," katanya.

copy from : http://yayasansofa.blogsome.com/2008/04/14/101/

Thursday, April 10, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith I


Kedudukan hadith sebagai sumber kedua selepas al-Quran sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaubagaimanapun autoriti sesebuah hadith perlu dipastikan terlebih dahulu thabitnya dari Rasulullah SAW sebelum dijadikan hujah dan amalan.


Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi telah berlaku pendustaan terhadap Rasulullah SAW dengan tersebarnya hadith-hadith dhaif dan maudhu’. Bahkan di Malaysia khususnya, penggunaan hadith-hadith begini masih berleluasa sedangkan hukum mendustakan Rasulullah SAW adalah ditegah dan merupakan dosa besar.

Oleh itu, penyelesaian terhadap masalah dan kecelaruan ini perlu dicari agar umat Islam tidak terus hanyut. Malah usaha ini perlu dimulakan diperingkat akar umbi. Alternative terbaik adalah dengan menggunakan kaedah takhrij iaitu suatu bentuk perbahasan sumber pengambilan sesuatu hadith dan pengkajian martabat hadith tersebut.


Di sini ingin saya kongsi manfaat ilmu, bagaimana mentakhrij hadith. Ada 6 cara mentakhrij hadith. 5 daripadanya adalah menggunakan kaedah lama, dimana kita mentakhrij hadith melalui pencarian di dalam kitab-kitab asal, manakala satu kaedah mentakhrij hadith menggunakan kaedah moden iaitu melalui internet dan CD.

Huraian mengenai ilmu mentakhrij hadith ini akan lebih detail dijelaskan dalam entry berikutnya. Moga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam menggunakan dan beramal dengan hadith-hadith ini. Sekian, wassalam.