Alhamdulillah, akhirnya Allah mengizinkan aku dan memberi sedikit waktu untuk aku terus ‘berbicara’ atas kalam maya ini, walaupun pada hakikatnya aku mencuri di antara celahan waktu yang sangat terbatas dan sentiasa mencemburui. Sepanjang minggu ini, aku agak serabut dengan pelbagai tugasan yang aku rasa pada semester ini adalah lebih sibuk daripada semester-semester lepas. Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya. Tanggungjawab semakin banyak dan adalah sesuatu yang merugikan jika kita menambah tanggungjawab yang tidak memberi apa-apa faedah dan kebaikan pada diri dan masa akan datang.
Wadah pada kali ini adalah khusus buat sahabat akhawat se-aqidah yang dikasihi dalam menjaga batas pergaulan, kesucian hati sekaligus nilai dan harga kita di hadapan Allah s.w.t.
TIP BERURUSAN DENGAN LELAKI
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati =)
“ Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.”
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri-isteri nabi je, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan?
3. Tundukkan hati : apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini akan tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelaki-lelaki itu, banyak-banyaklah berdoa, “Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yang kita belajar di universiti ; “make eye contact with the person you’re talking to.” Bende tu applicable kalau kita bercakap dengan orang yang sama jantina je. =) Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi. Cuba rujuk surah Al-Ahzab ayat 53 :
“ ...apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), Maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih Suci bagi hatimu dan hati mereka…”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, dengan fail ke. Kita lihat betapa Allah s.w.t sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas di dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenelah buat apa yang diorang buat. Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Quran baru nk buat kot. Contoh : “Wahai Cik Huda... taatilah suamimu…” isk, isk, isk.. tak layaknye…
5. Cepatkan urusan. Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang dah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team-mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team-mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la kerja tu, tak payah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan pada hari pembalasan. Jaga diri, hiasi peribadi (. “) (“ ,)
Sekian, wassalam.
~ nur el-huda, 7 Jun 07, 18.53pm,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~
0 comments:
Post a Comment