Syahdu sungguh bila mendengar lagu ni. Betul2 menyentuh hati dan perasaan. Pertama kali mendengar lagu ni, fikiran tertanya2; "apakah yg ingin disampaikan sebenarnya? Mengapa tajuk ia Menjemput Bidadari?" Lagi sekali lagu tu saya mainkan, menangkap segala perkataan dan makna yg dilafazkan. Sungguh, lagu ini betul2 terkesankan. Menerawang segala memori, menjentik-jera neuron2 di otak dan menyuntik-getar hormon dopamine.
Lagu ni diperkenalkan kepada saya oleh seorang sahabat. Sikap dan sifatnya yg tersendiri membuatkan saya terpukau sekejap. Punya karisma dan cita2 yg tinggi. Walaupun dia duduk jauh dari mata, tapi kata2nya begitu dekat di hati. Sungguh saya rindukan dia sehingga saat ini. Betul, saya sayangkan dia dan cintakan dia kerana Allah Ta'ala. Lillahi Ta'ala. Ukhwah yang tak tersangka terbina ini mengikat-ketat kepada segala perkembangan saya dan dia. Dia menyuruh agar bait2 kata lirik lagu ini dihayati betul2. Lalu mengambil istifadah daripadanya. Kita hanya hamba mutlak milik Allah SWT, akhirnya nanti kita akan kembali jua kepada-Nya. Segala cita2 dan impian, doa dan tawakal kita sandarkan kepada Allah SWT. Selepas itu, hikmah disebaliknya pasti benar2 indah, harum semerbak atas segala izin dari-Nya
Oh Tuhan, semoga dia sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayangMu. God, i'm already addicted wif dis song.

0 comments:
Post a Comment