Wednesday, March 21, 2007

Ringkasan Ilmu Ulum Hadith : satu pengajaran


Persoalan :
  1. ahad boleh jadi shahih atau tak, atau hanya mutawattir saje dikira shahih?
  2. apa beza hadith qudsi, marfu' mauquf dengan maqtu'?
  3. boleh tak hadith daif jadi hassan, dan hassan jadi shahih?

--------------------------------------------

Jawapan :
  1. Hadith Ahad boleh jd sahih tp mesti mmnuhi syarat sah periwayatan.
  2. Hadith mutawatir juga boleh menjadi hadith sahih jika mmnuhi syarat2 sah hadith sahih.

*******

Syarat Mutawatir ialah:

  • seseorg bertemu dan dengar dari guru dengan telinganya sendiri
  • diriwayatkn oleh rmai
  • seimbang juml. perawi antara tabaqat iaitu (sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in)

Hadith Ahad :

  • hadith yg tak capai juml. perawi spt. perawi hadith mutawatir
  • tak seimbang juml. perawi antara tabaqat.
  • Ahad : Masyhur (3), Aziz (2), Gharib (1)

Syarat sahih :

  • perawi yang meriwayatkan itu adil
  • perawi itu punya sifat dhabit (tepat dlm meriwayat)
  • sanadnya sampai kpd Rasulullah
  • tak punya kecacatan yg diketahui
  • tak janggal dari segi sanad dan matan

1. Hadith dhaif boleh jd hasan, itu pun hadith hasan lighairih shj. Sekiranya ia mempunyai
pembantu atau kecacatan yang tak keterlaluan.

Contoh hadith dhaif yg diangkat darjat ke hadith hasan :

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :
“adalah menjadi hak (tgjwb) bg org2 Islam utk mandi pd hari Jumaat dan hndaklah salah seorg drp keluarga mrk menyapu wangi2an. Jika tak ada, maka air pun cukup utk dibuat wangian.”

  • hadith ini dh dinaiktaraf disbbkan ada pengikut atau sanad lain yg mengikut hadith tersebut iaitu yg dikeluarkn oleh al-tirmizi tp dari jalan Ahmad bin Mani’ drp Hisyam drp Yazid bin Abi Ziyad dari Abd Rahman bin Abi Laila dan drp al-Barra’ bin Azib.
  • Dhaif boleh naik taraf w/pun lemah tp tak boleh naik jika lemah + cacat + mungkar + fasik + dusta
  • Hadith dhaif lighairih adalah : lemah + cacat + mungkar + fasik + dusta
  • Pendek kata : hadith dhaif boleh jd hasan (hasan lighairih) krn ada ciri2 hadith hasan lighairih.

Ciri2 hadith hasan lighairih :

  • perawi bersifat dhabit
  • tak fasik
  • ada pengikut
  • ada saksi yg kuatkan hadith tersebut

Dhaif lazatih ialah :

  • hadith yg tak miliki satu atau lebih syarat hadith sahih atau hasan
  • miliki syarat yg hmpir sama dengan sahih atau hasan dan ada kkurangan dlm syarat perawinya (syarat perawi tu samada dia tak adil, hafalannya tak bagus dan tak tepat riwayatnya)

2. Hadith hasan boleh jd sahih jika mempunyai pembantu atau penyokongnya.

Contoh yg bermaksud : “Rasulullah s.a.w memiliki seekor kuda yg ditambatkan di kandang kami dan diberi nama Luhaif.”

  • hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari dari Ubai bin al-Abbas bin Sahl drp bapanya Abbas bin sahl drp bapanya iaitu Sahl. Disbbkan Ubai seorg yg kurang dari segi ketepatan riwayatnya (dhabit) iaitu tak begitu kuat hafalannya. Tp menjadi sahih (sahih lighairih) disbbkan ada riwayat lain yg meriwayatkan hal yg sama dgn riwayat Abd Muhaimin yg kuat dhabitnya.
  • Hasan lazatih ialah yg mmnuhi semua yg boleh menyebabkan hadith ini diterima, tp agak susah sikit sbb ade pelbagai peringkat, sdgkan yg tertinggi adalah hadith sahih.

3. Sahih lazatih ialah yg melengkapi syarat sahih.


Beza hadith qudsi, marfu’, mauquf dan maqtu’

Hadith Qudsi ialah :

  • lafaz yg disampaikan oleh Nabi s.a.w menggunkan bahasa dan susunannya sendiri tetapi
    makna atau maksud drp Allah S.W.T
  • apa2 khabar atau berita yg disebut oleh Nabi s.a.w bersandarkn kpd Allah shj melalui ilham yg tersembunyi
  • merupakan ilham atau jg wahyu tnpa perantara kpd Nabi s.a.w
  • byk bicarakan tntang hal2 ketuhanan, kesucian-Nya, sifat2 Allah dgn makhluk-Nya dan kkuasaan-Nya.

Hadith marfu’ ialah :

  • hadith yg disandarkn kpd Rasulullah samada kata2, perbuatan, pengakuan atau sifat2nya atau pn samada sanadnya bersambung terus pd nabi atau sebaliknya samada yg menyandarkan itu seorg sahabat atau seorg tabi’in.
  • hukumnya : boleh dijadikan hujah sekiranya disepakati dan smpai pd mrtabat sahih dan hasan

Hadith mauquf :

  • hadith yg dsandarkn pd sahabat, samada dlm bntuk kata2 atau perbuatan atau pengakuan dan samada sanadnya muttasil atau tak.
  • hukumnya : boleh beramal dan di jdkn hujah hujah sekiranya disepakati dan smpai pd mrtabat sahih dan hasan krn para sahabat tak mungkin mndustakan Nabi dan mrk adalah adil.

Hadith maqtu’ :

  • hadith yg terpotong, lwnnya mausul
  • segala apa yg disandarkn kpd tabi’in dan tabi’ tabi’in samada dlm bntuk perkataan, pekerjaan, perbuatan etc.
  • Juga hadith yg dsandarkn pd tabi’in samada dr segi kata2 atau perbuatan atau pengakuan samada ia muttasil atau munqati’
  • Hukumnya : tak boleh dibuat hujah w/pun sanadnya bersmbung sbb tabi’in tak satu zmn ngan Rasulullah s.a.w.


~ huda, 23 Febuari 2007, 3.43 am, Cheras, Kuala Lumpur ~

Friday, March 16, 2007

Sakit

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuhan,
hari ini aku demam.
Terima kasih Tuhan,
kerana masih menyayangi aku.

Semoga aku cepat sembuh
Penat.
Penat aku dengan berfikir.
Terlalu banyak untuk difikirkan.
Aku mau tidur.
Biarkan aku
berehat seketika.