Tuesday, July 17, 2007

Antara Salib dan Sabit (I)

Yahudi, satu bangsa yg selama-lamanya akan memandang Islam dengan pandangan permusuhan, penuh kedengkian, kefanatikan. Mereka telah seiya sekata untuk menghancurkan Islam serta merosakkan umatnya. Sesungguhnya ini bertepatan sekali dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud :

“ orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan merasa rela dan senang, kecuali setelah engkau menurut cara hidup mereka ”

Persatuan dan kerjasama ini amatlah erat dan kuat, sebagaimana kita lihat di masa penaklukkan Belanda di Indonesia. Dapatkah diterima akal betapa bangsa Belanda yang miskin dan kecil itu mampu mengembara dari jarak yang begitu jauh untuk menjajah seratus million jiwa yang menempati ribuan kepulauan Indonesia itu? Dan mampukah Belana berbuat demikian tanpa bantuan dari kapal-kapal perang British dan bantuan persenjataan Amerika?

Dan kita dapat lihat dengan jelas, bila Belanda hampir lemah, tidak berdaya menundukkan Indonesia kerana tentangan hebat dari rakyat pribumi itu, maka tampillah British menolong!
Begitu juga tatkala Israel tidak bermaya lagi berhadapan dengan Negara-negara Arab, keluarkah pernyataan dari tiga buah negara Amerika, British dan Perancis untuk memberi perlindungan!
Seorang Menteri Luar Perancis – Masia Bido pernah memberi komentar berkenaan dengan peperangan di Moroko :

“ Itulah peperangan antara Hilal dan Salib.”
Di samping Kristian dan Yahudi, Komunis juga turut memerangi Islam. Dalam rencana pengarang sebuah akhbar Komunis ‘Kizil Urbakhistan’ bilangan 22 tahun 1952 mengatakan :
“ Adalah satu perkara yang mustahil untuk dapat teguhnya ajaran Komunis sebelum terhapusnya ajaran Islam hingga ke akar-akarnya.”
Berkata seorang Massionary Kristian :
“ Kekuatan yang tersembunyi di dalam ajaran Islam adalah satu-satunya yang menjadi penghalang yang kuat menyekat perkembangan Kristian… ”
Ini terbukti dengan ucapan dan pidato dari pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang memberi penegasan bahawa permusuhan Barat terhadap Islam. Sebagaimana Ketua Perancangan Kementerian Luar Negeri Amerika, Ayugen Rusto dalam pidatonya :
“ Wajib kita sedari bahawa pertikaian antara kita dan dunia Arab, bukan saja perselisihan antara orang dan negara. Akan tetapi adalah antara tamadun Islam dan Kristian. Pertikaian ini sudah lama, sejak dari abad pertengahan hingga sekarang, Cuma corak sahaja berlainan…
Tujuan penjajahan Barat di Timur Tengah ialah untuk menghancurkan Islam. Dan penubuhan negara Israel adalah sebahagian daripada rancangan ini. Jadi, kalaulah begitu keadaannya, maka tidak ada cara lain kecuali meneruskan Perang Salib.”
Seorang lagi iaitu Perdana Menteri British yang terkenal, Mr. Gladestone pernah berkata :
“ Menghapuskan Islam adalah suatu kewajipan.”
Perang Salib menyeronokkan mereka. Setiap tahun, paderi Perancis mengetuai perarakkan dengan semua penuntut sekolah Kristian memakai baju tunik putih berjahit dengan lambang palang merah empat segi di bahagian depan dan belakang. Mereka membawa ranting palma, berarak melalui jalan raya Beirut sambil menyanyi… “Aku Kristian. Inilah kebanggaanku, harapanku, sokongan…” Esoknya di sekolah,mereka mengimpikan agama Kristian dengan topi keledar dan but, menunggang kudanya merempuh lagaan senjata, menikam askar Islam yang berjalan kaki. Mereka bagaikan sekumpulan St. George dengan sekumpulan naga.
Perang Salib yang sebenarnya tidak mungkin terjadi telah berlaku. Peperangan yang kononnya bukan benar-benar kerana agama tetapi merupakan sebahagian daripada Perang Salib yang lebih besar yang disasarkan kepada golongan miskin. Mereka mengebom tempat tinggal orang kurang bernasib baik kerana mereka menganggap orang papa adalah binatang perosak dan mereka berfikir binatang itu akan membaham mereka. Mereka berjuang untuk menyekat kedatangan orang yang sudah hilang segala-galanya atau orang yang tidak memiliki apa-apa. Mereka melaga-lagakan orang miskin di kalangan mereka sendiri dengan orang miskin daripada golongan yang lain. Mereka memutarbelitkan belas ihsan sehingga ke akar umbinya.
Tetapi, setelah mereka mengalami kegagalan demi kegagalan dalam rangkaian Perang Salib, hampir dua abad lamanya, rancangan orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam, lalu mereka membuat penyelidikan yang lebih teliti bagaimana untuk menghancurkan Islam serta umatnya.
Berbagai-bagai pendapat yang dapat ditemui dari lembaran-lembaran sejarah tentang sebab-sebab permusuhan ini. Mengapakah mereka (orang-orang kafir) bersungguh-sungguh untuk memerangi umat Islam? Apakah ianya bermotifkan ketenteraan, di mana mereka sedang mendapatkan tempat-tempat yang strategik? Atau mereka mencari pasaran perdagangan?
Kebanyakan buku-buku sejarah yang ditulis oleh penjajah atau orientalis atau penulis anak jajahan sendiri yang telah menerima didikan barat menekankan faktor pasaran perdagangan yang menjadi motif utama penjajahan Barat. Dan buku-buku inilah disogokkan di sekolah-sekolah sebagai bahan pelajaran sejarah.
Sebenarnya faktor sejarah yang sengaja diketengahkan ini adalah palsu semata. Tujuannya hanyalah untuk mengelabui mata rakyat tanah jajahan, bahawa kedatangan mereka bukanlah sebagai musuh.
Setelah kajian secara teliti dibuat, ternyata teori tersebut tidak dapat menepati dengan kenyataan-kenyataan hasil penyelidikan ilmiah yang saksama dari sejarah.
Akhirnya, apa yang terserlah dari kajian-kajian ahli sejarah yang jujur menunjukkan segala permusuhan itu disebabkan dari faktor-faktor keagamaan. Bukan dari faktor politik atau ekonomi.
- nur el huda, 3 July 2007, 23.13 pm,
Sri Puta City, Mahkota Hill –

Tuesday, July 03, 2007

BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH...!


Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah :
“Selamat datang! Sungguh aku amat merindukanmu.”


Engkau harus bersungguh-sunggh dalam segala urusanmu, mulai dari mendidik anak-anak, mengikuti kegiatan yang bermanfaat, membaca buku-buku yang bermanfaat, berzikir dangan hati yang hadir, memberi sedeqah, membersihkan rumah dan mengemas perpustakaan. Demikian itu harus dilakukan dengan kesungguhan agar kita tidak memberikan kesempatan bagi kesedihan dan kegelisahan untuk berperanan menguasai diri kita.

Lihatlah para wanita yang tidak beriman. Lihat bagaimana mereka memiliki keistimewaan di dalam kehidupannya kerana kesungguhan mereka, walaupun mereka berada dalam kekufuran dan penyimpangan. Lihatlah bekas Perdana Menteri Israel yang telah meninggal dunia, Golda Mayer. Dalam catatan hariannya ia menggambarkan perihal kesungguhan dan kedisiplinannya dalam mengatur pasukannya dan merencanakan strateginya dalam memerangi bangsa Arab. Ternyata apa yang dilakukannya boleh dikatakan tiada seorang lelaki pun dari kalangan bangsanya yang dapat menirunya; kecuali hanya segelintir orang, padahal Golda Mayer adalah seorang yang ingkar kepada Allah s.w.t. lagi bermusuhan denganNya. Bagaimana halnya dengan orang yang beriman?

~ nur el-huda, 1 July 2007, 16.09 pm,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~
( taken from Al-Azhar Members )