Tuesday, August 14, 2007

Sebuah Doa


“ pada mereka terdapat hati hati yang mencintai Allah, mereka datang dengan panduan Allah, mereka bercakap dengan percakapan Allah, mereka beramal dengan suruhan Allah, mereka melihat dengan pandangan mata Allah, dan mereka dengar dengan perbatasan mendengar.. ”

Mereka itulah yang di dalam hatinya, seluruh perlakuannya, dan seluruh pancainderanya adalah bersandarkan kepada Allah, semata-mata kerana Allah. Tuhan Robbul ‘Izzati.. penguasa alam ini dan segala-galanya adalah di bawah kekuasaanNya.

“..Ya Allah, sesungguhnya aku hidup ini adalah kerana kasih-sayang dariMu, tiap pernafasanku ini adalah kerana sifat ar-Rahman-Mu dan segala yang kukecapi ini adalah kerana ar-Rahim-Mu.. ”

“ Tuhan, aku ingin benar mencintaiMu setulus hati, kuatkan ketaqwaan imanku terhadapMu, petunjukMu dalam setiap gerak-geriku dan pengakhiran hidupku, hidup dan matiku hanya keranaMu.. amiin”



~ Nur el-huda, 1 Jul 07, 11.57 am,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~

Sunday, August 05, 2007

Antara Salib dan Sabit (II)

Ibuku!...
Berdoalah jangan menangis..
Tetapi ketawalah dan pandanglah
Tidak tahukah ibu bahawa Italy memanggilku?

Aku berangkat ke Tripoly
Dengan riang dan gembira,
Agar aku dapat mempersembahkan darahku
Untuk menghancurkan Islam
Umat yang terkutuk,
Dan untuk memerangi Agama Islam.

Akukan berjuang dengan sekuat tenaga mengikis al-Quran…
Kalau orang bertanya padamu ibu,
Mengapa ibu tidak berkabung atas kematianku?
Jawablah wahai ibu ;
Dia mati dalam memerangi Agama Islam

Ibu!
Gendang telah dipukul…
Tidakkah ibu mendengar hiruk-pikuk peperangan?
Ibu!
Biarlah aku memelukmu..
Dan biarlah aku berangkat!!!...


Satu lagi daripada bukti yang nyata dari dokumen sejarah, iaitu sebuah lagu perang bangsa Italy. Lagu inilah yang dikumandangkan dengan suara yang tinggi untuk membakar semangat tentera yang sudah bersiap untuk ke medan Perang Salib.

Apa yang dikatakan oleh Amon Kapeliouk (wartawan Israel) yang telah menarik perhatian umum kepada fenomena yang mencemaskan di Israel iaitu tulisan dan ajaran rabai bekas paderi tentera, yang berkeras mengatakan bahawa Kitab Bible mengarahkan pengusiran orang Arab dan dalam masa perang, pembunuhan serta penghapusan orang bukan Yahudi, termasuk bayi dan ibu mereka. Tiada pihak berkuasa agama, tiada rabai pernah menyuarakan penentangan percakapan yang bersifat perkauman ini.

Tetapi bagaimana sekalipun barat dan orang-orang kafir cuba memenangi Perang Salib ketika itu, raja mereka ; Raja Baliyan bin Birzan telah sanggup berjumpa sendiri dengan tokoh Islam dalam Perang Salib ini iaitu Sultan Salahuddin kerana sedarnya mereka akan kekalahan yang bakal mereka rasai.
Pelbagai rancangan dan agenda yang sebelum ini mereka aturkan di hadapan Sultan Salahuddin, tidak satupun darinya yang dilayan, maka dengan begitu kecewa, raja Eropah berkata :

“ Tuan sultan yang terhormat…! Ketahuilah, kami ini adalah masyarakat yang besar. Tak seorang pun tahu kecuali Tuhan. Sebenarnya kami ini mengadakan perlawanan bukan dengan maksud sungguh-sungguh. Perlawanan ini dilakukan dengan harapan untuk mendapatkan keamanan bagi kami. Sebagaimana restu dan jaminan sultan kepada wilayah-wilayah lain. Kami masih ingin hidup, kami masih takut mati...

“ Namun apabila memang kematian itsudah membayangi kami, pastilah kami akan membunuh anak dan isteri kami lebih dahulu. Kami juga akan membakar seluruh harta benda agar kalian tak mendapatkan sedikit pun. Kami juga tidak membolehkan warga kami, baik lelaki mahupun perempuan untuk menjadi tawanan. Kemudian kami juga akan menghancurkan seluruh bangunan yang ada. Termasuk juga Masjid Agung al-Aqsa. Kami juga akan membunuh semua tawanan kami yang berjumlah 5000 orang. Pendek kata, kami akan menghancurkan segala-galanya. Tidak satupun tertinggal, walaupun seekor binatang. Barulah kami kaum lelaki keluar untuk bertempur mati-matian menghadapi kalian. Tidak boleh ada yang terbunuh. Tetapi sebaliknya. Kami akan membunuh kalian...! Kami mati secara terhormat atau berhasil mencapai kejayaan kami lagi...!

Jelas nampak pada akhir kata-kata ini, mereka punya hati perut yang busuk! Sifat dengki yang ada pada mereka ini sungguh menjijikkan, keji dan penuh hasad yang seperti sudah sebati dalam diri keturunan mereka.

Kata-kata : “Kami masih ingin hidup, kami masih takut mati...” membenarkan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Jumuah ayat 6 yang bermaksud :

“….. maka harapkanlah kematianmu jika kamu adalah orang-orang yang benar"

Allah s.w.t berfirman lagi dalam surah yang sama ayat ke-7 yang bermaksud :

"Mereka tidak akan mengharapkan kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka lakukan dengan tangan mereka sendiri.” Yakni kekufuran, kezaliman, dan kejahatan yang telah mereka kerjakan."

Perkara yang sama diterangkan dalam surah al-Baqarah mengenai mubahalah dengan orang-orang Yahudi. Allah s.w.t berfirman dalam ayat ke-94 yang bermaksud :

“ Katakanlah jika kamu menganggap bahawa kampung akhirat (syurga) itu khusus untukmu di sisiAllah, bukan untuk orang lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu memang benar.”

Hal yang sama tentang mubahalah dengan orang-orang Nasrani disebutkan dalam surah Ali ‘Imran ayat 61 dan mubahalah dengan orang-orang musyrik dalam surah Maryam ayat 75.

Semua ini menunjukkan kelemahan kaum kafir. Mereka boleh mengatakan apa sahaja dan berbuat apa sahaja, tetapi mereka tidak boleh terlepas dari menghadapi saat kenyataan kebenaran agama Allah s.w.t. Padanya mereka sedar tentang hal itu, tetapi tetap cuba menafikannya dan masih mempertahankan agama bapa-bapa mereka. Syukur pada mereka yang telah mendapat hidayah dan petunjuk dariNya serta pemeliharaan iman dan taqwa terhadap agama Allah ini. Amiin.


- nur el huda, 6 July 2007, 22.15 pm,
Sri Puta City, Mahkota Hill –