Tuesday, December 23, 2008

Walimatul ‘Urus dan reunion


Bulan ini saya mendapat agak banyak undangan majlis perkahwinan dari sahabat handai. Setiap hujung minggu pun keluar makan ke kenduri. Tak sabtu...ahad. Tahniah kawan-kawan yang berjaya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin. Selamat pengantin baru, semoga bahagia kekal ke akhir hayat. Pastinya penantian kalian untuk bersama selama ini termakbul sudah.

Ambil kesempatan berkenduri ini, reunion kawan-kawan sekolah setelah 8 tahun tidak bertemu. SMKC batch 1998-2000. Rindu banget. Walaupun ada yang tak dapat datang, tapi majoritinya mereka hadir walaupun datang agak lambat dan tiada dalam gambar. Ada yang terkejut melihat perkembangan masing-masing. Makin gemuk, makin slim, makin tinggi, makin cun, makin kacak... hahaha, macam-macam. Ada yang dah datang berdua, ada yang masih single, ada yang dah bekerja, ada yang still belajar... gembira dan seronok. Oh ya, buat korang yang akan bertunang dan dalam pertunangan, semoga selamat semuanya, tahun depan makin banyak la dapat makan nasi minyak.

Sampai sahaja di rumah sahabat saya, dia sudah siap berpakaian pengantin menunggu di dalam bilik. Ceria, wajahnya berseri-seri. “Gembira, nervous pun ada...” jawab sahabat saya sambil tersenyum ketika saya menyerahkan hadiah dan menanyakan perasaannya bergelar raja sehari. Katanya lagi, hari itu bagai dia yang punya.

Bagaimana agaknya perasaan menjadi seorang pengantin di hari perkahwinan? Melihatkan wajah sahabat yang sentiasa tersenyum di hari perkahwinan mereka, saya pasti gerbang kebahagiaan sedang menunggu di hadapan. InsyaAllah. Barakallahu Lak FilMauhubi Lak Wa Syakartal Waahib wa Balagha Assyuddah wa Ruziqta Birruh.







Buat rose, aku letak gambar kau kat sini. Ko ambik je dari sini. Best, WQQ 7676! credit untuk Amin..