Situasi :
“Eleh, hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya dibunuh dan dijerut dengan tudungnya, kanak-kanak juga tidak terkecuali. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat. Haa... macam mana nak jawab ni?“
Hujah balas yang selalu didengar bila isu ini ditimbulkan:
-
“Pernah atau tidak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda?. Apakah kaitannya dengan soalan ini?“.
-
“Biasanya apabila seseorang itu sedang marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya. Sebagai contoh; ada orang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang dikeluarkan oleh akhbar bar-baru ini), ditolak hingga jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika baru dia sedar, lalu cemas dan menyesal.“
-
Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di kemuncaknya, ia tidak lagi melihat kepada pakaian, umur mahupun status perkahwinan orang dihadapannya, sasarannya ialah memenuhi hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman web, akhbar, majalah dan novel lucah.
“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita daripada disakiti?“
-
“Jika kita melihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian yang dilarang agama, ketika itu faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita daripada disakiti secara umum akan tergugat daripada mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu hendak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing.“
-
“Maka bila ada seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenis anda yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki yang sedang tidur.“
-
Itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, WANITA dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT : “Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta...“ (Ali-Imran : 14). Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita.
-
Nabi SAW juga pernah bersabda: Ertinya: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita.“
(Riwayat Bukhari, 7/11, bab Zikir dan Doa)
Anda pula bagaimana? Setuju?