Selamat pagi ! Celikkan mata dengan penuh syukur kerana kita masih diberikan peluang untuk sehari lagi. Sebaik-baik sahaja membuka mata, kita masih di atas katil dan tilam empuk, masih berselimut mewah dan masih ada segala-galanya. Syukurlah, kita masih hidup !
Sebaik-baik membuka mata daripada tidur, Rasulullah mengajar umatnya supaya berdoa :
" Pujian bagi Allah, yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan dan padaNyalah tempat kembali "
Atau bacalah doa ini, maksudnya :
" Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan rohku dan telah menyelamatkan jasadku dan telah mengizinkan daku untuk mengingati-Nya. "
Begitu juga doa ini yang bermaksud :" Tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa Dia tiada sekutu bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
"Sayidatina Aisyah berkata, sesiapa yang bangun tidur dengan membaca doa ini, maka Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.
Doa lain yang juga diamalkan Rasulullah, yang bermaksud :" Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan tidur dan bangun. Segala puji bagi Allah yang telah membangunkan diriku selamat sejahtera. Aku bersaksi bahawa Allah telah menghidupkan orang yang mati dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu "
Abu Hurairah menjelaskan, Rasulullah pernah berkata, sesiapa yang membaca doa ini ketika tidur, tatkala selesai doanya, Allah berfirman, " Benarlah hamba-Ku
Friday, May 05, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment