Wednesday, August 16, 2006

Palestin, Lubnan.. dimana kita?

السلام عليكم ورحمة الله
BismillahirRahmanirRahim, alhamdulillah, syukurku rafa’kan ke hadrat Allah swt kerana hanya dengan izin-Nya sahaja dalam kesempatan yang terhad ini dapatku mencuri masa sebagai pengantar wadah bicara antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain. Perkongsian yang tidak dapat kutahankan ini, semoga ia menjadi pembakar semangat, dan pembuka fikiran buat kalian semua.

Firman Allah swt :

“ Maha Suci ( Allah ), yang telah memperjalankan hamba-Nya ( Muhammad ) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan keadaannya sebahagian daripada tanda-tanda ( kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat “.

Surah Isra’ : 1

Isu Palestin bukanlah sekadar isu kemanusiaan atau politik semata-mata tetapi Ianya mempunyai isu tersirat yang perlu kita sama-sama sedari dan renungi. ISU AQIDAH merupakan isu yang terpenting sekali dalam peristiwa ini kerana di samping kerakusan regim zionis menakluki Palestin mereka sebenarnya memerangi Islam dan meletakkannya sebagai agenda utama mereka. Oleh itu, usaha umat Islam Palestin bukan sekadar mempertahankan bumi mereka dan Masjidil Aqsa, malah mereka juga turut mempertahankan aqidah umat Islam seluruhnya.

Maksud hadis Rasulullah s.a.w : “ Barangsiapa yang tidur lena tanpa memikirkan tentang hal ehwal umat Islam, maka dia bukanlah dari golonganku “. Adakah kita ingin tergolong dalam golongan yang disisihkan oleh Rasulullah? Rasul kesayangan seluruh umat manusia…kekasih Allah.

Adakah kita kita cukup sekadar melihat kesengsaraan dan penderitaan umat Islam Palestin? Tidakkah kalian berasa marah melihat kezaliman regim Zionis terhadap saudara seAQIDAH kita dan qiblat pertama umat Islam.

Bumi Palestin adalah tanah suci yang perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam dunia kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam, tempat persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum dimikrajkan ke langit dan merupakan bumi yang diberkati oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Isra’ ayat 1.

Justeru itu sedarilah bahawa kalian juga perlu bertanggungjawab bagi mnangani penderitaan dan penindasan umat Islam Palestin. Hulurlah segala bentuk bantuan yang kalian mampu terhadap mereka Palestin yang kini berada dalam keadaan dhaif. Kembalikan hak mereka !!!

Sempena kempen memperingati Hari Al-Quds sedunia pada 21 Ogos ini, bangkitlah wahai mujahid dan mujahidah seaqidah sekelian, sedarlah dari mimpi duniawi yang mengasyikkan, jangan kita hanya mampu berpeluk tubuh, melihat kosong apa yang telah terjadi pada saudara kita di sana. Bangunlah dari keseronokkan semata-mata. Di mana kalian semua tatkala bantuanmu diperlukan. Sesungguhnya hanya keredhaan Allah Yang Esa yang kita dambakan dalam setiap apa yang kita lakukan.
~Dulu Palestin...Kini Lubnan....Akan datang ??? Hapuskan Israel Yahudi Laknatullah ! ~
nurulhuda, 13 Ogos 2006, 14.17pm, Bangi

0 comments: