Wednesday, December 26, 2007

Palestin... lambaianmu di dalam mimpiku


Mimpi tadi memang sungguh menakutkan. Aku sepertinya telah dihantar untuk satu program menyelamatkan mangsa-mangsa di Palestin. Masa itu aku lihat ramai tentera muslimin mati dibunuh dan ditembak ketika mereka sedang bersolat. Yahudi laknat itu dengan senang hatinya mengebom dan menceroboh rumah orang-orang Islam. Aku lihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri mereka mati dan berdarah-darah cedera. Sungguh aku ingin sekali membantu menyelamatkan mereka, tetapi belum sempat aku menghulurkan bantuan, kawanan kami telah dilemparkan dengan gas pemedih mata dan mungkin racun yang boleh terus membunuh apabila terhidunya. Aku lari bersama dengan anak-anak Palestin yang lain menyelamatkan diri masuk ke kubu bawah tanah. Kubu itu aku lihat kukuh binaannya dan mungkin tidak dapat dimasuki oleh gas tersebut.

Di hari yang lain pula, akhirnya kubu yang kami bersembunyi itu telah diketahui oleh tentera rejim zionis. Aku, sahabat aku (tak kenal siapa), beberapa orang lelaki, warga tua dan kanak-kanak Palestin lain menjadi sungguh takut. Gementar dan panik. Mereka masuk ke kubu kami, memaksa kami berdiri menghadap ke dinding sambil tangan diletakkan di belakang kepala. Ketika itu aku hanya meyerahkan segala apa yang bakal berlaku kepada Allah. Biarlah dia yang tentukan segala-galanya.

Aku berbisik kepada kawanku itu; (yang aku kira lebih awal dan lama dihantar ke sini untuk program seperti ini) “apakah yang selalu akan mereka lakukan terhadap orang-orang seperti kita?” Sahabatku itu menjawab bahawa; kaum perempuan akan dirogol, kaum lelaki akan diseksa atau dijadikan hamba, kanak-kanak dan warga tua pula akan ditawan dan dibiarkan mati kelaparan, kepanasan dan kesejukan. MasyaAllah, aku mengucap panjang dan fikiranku terus berpusing memikirkan apakah yang bakal berlaku terhadap diriku selepas ini.


Tentera yahudi zionis itu terus menerus memaki-hamun, merosakkan segala isi di dalam kubu ini. Mereka telah menawan sahabatku dan beberapa orang lelaki. Tentera yahudi zionis itu pergi setelah beberapa minit berbincang sesama sendiri dan seorang yang sentiasa bercakap dengan walkie-talkienya. Setelah lembaga mereka hilang dari pandangan kami, aku bertanyakan kepada seorang mak cik tua tentang kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. “Kenapa mereka hanya mengambil orang-orang tertentu sahaja? Seperti sahabatku itu?” Mak cik tua itu menjawab bahawa sahabatku itu memang telah lama dicari oleh tentera Yahudi laknat itu. Ini kerana sepanjang dia di sini, dia telah berjaya membunuh ramai tentera Yahudi secara berstrategi dan itu telah membuatkan tentera Yahudi merasa gerun dan takut kepadanya. Sungguh! Aku tak sangka dia punya semangat juang sebegitu tinggi untuk mempertahankan bumi kelahiran para anbiya ini. Allahu akbar!


Selepas itu aku terus terjaga. Melihat jam sudah pukul 5.44 pagi. 5 minit lagi akan masuk waktu subuh.



~mimpi subuh tadi, huda, 15 Disember 2007, 7.08am , SPC, Jabal at-Tajj ~

Thursday, December 06, 2007

Ilmu Qiraat


وتسهل أخرى فمزتين بكلمة * سما وبذات الفتح خلف لتجملا
وقل ألفا عن اهل مصر تبدلت * لورش وفي بغداد يروى مسهلا



Ini adalah 2 matan dari 19 matan dalam bab همزتين في كلمة ( 2 hamzah dalam satu kalimah) oleh Imam as-Syatibi. Ia juga dipanggil sebagai sye’er (syair) dalam qiraat atau matan as-Syatibiah.


Maksud matan pertama rangkap pertama ialah; apabila dihimpunkan dua hamzah dalam satu kalimah. Syarahnya adalah; hamzah yang pertama mesti (wajib) berbaris atas (fathah ﹷ) dan hamzah yang kedua boleh dibaca samada fathah (ﹷ), kasrah (ﹻ), atau dommah (ﹹ). Seperti di dalam kalimah ءَأنْزَرْتَهُمْ dalam surah al-Baqarah yang berbaris atas (fathah ). Jika berbaris bawah (kasrah ), contoh kalimah أئِذا dalam surah al-Mursalat dan kalimah أَؤُنبئكم yang berbaris depan (dommah ) di dalam surah ali-Imran.



Rangkap ke dua pula membicarakan bahawa Imam ibn-Kathir (ابن كثير), Imam Naafi’ (إمام نافع), dan Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو) sepakat membacanya dengan bacaan tashil (تسهيل) bagi 3 kalimah di atas yang disebutkan. i.e: Maksud tashil (تسهيل) ialah memudahkan seseorang pembaca membacanya apabila bertemu kalimah yang mempunyai dua hamzah, membacanya tanpa menghazafkan (حذف -buang) hamzah yang kedua. Tetapi Imam Hisyam berbeza khilaf (خلف -berbeza) pendapat pada hamzah yang kedua. Beliau mengatakan boleh membaca dengan bacaan tashil dan tahqiq (تحقيق) pada dua hamzah yang berbaris atas (fathah ). Maknanya pada kalimah ءَأنْزَرْتَهُمْ. Tetapi untuk dua kalimah yang selebihnya tetap dibaca dengan baaan tashil.


Bagi matan kedua rangkap pertama, Imam Warsh (إمام ورش) berpendapat bahawa dua hamzah yang berbaris atas itu, ditukarkan hamzah kedua kepada huruf mad (ا و ي) dan selepasnya huruf yang bertanda mati (sukun ْ ) dengan kadar 6 harkat. Tetapi jika selepas huruf hamzah yang kedua itu berbaris, Imam Warsh membacanya dengan kadar 2 harkat. Contoh bagi kalimah yang bertanda mati (sukun ْ ) berkadar 6 harkat ialah ءَأنْزَرْتَهُمْ dan ءَأَلِدُ dengan kadar 2 harkat. (dua hamzah selepasnya berbaris)


Bacaan tashil (تسهيل) mengikut Imam Warsh adalah sama seperti yang disebutkan oleh tiga Imam di atas. Yang berbezanya adalah dari segi apabila hamzah kedua selepasnya huruf bertanda mati (sukun ْ ) atau berbaris.


Baki dari Imam yang di atas adalah Imam Hamzah (إمام همزة) dan Imam ‘Asim (إمام عاصم). Mereka membaca tiga kalimah ini (أئِذا ,أَؤُنبئكم ,ءَأنْزَرْتَهُمْ) dengan bacaan tahqiq (تحقيق). i.e: Bacaan tahqiq ialah menghazafkan (حذف -buang) hamzah kedua dan membacanya dengan bacaan asal. Contoh; أَيِذَا, ءَنْذَرْتَهُم, أََوُنَبئكم dibaca dengan 2 harkat.


Senarai Imam yang dibincangkan :
- Imam ibn-Kathir (ابن كثير)
- Imam Naafi’ (إمام نافع)
- Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو)
- Imam Warsh (إمام ورش)
- Imam Hamzah (إمام همزة)
- Imam ‘Asim (إمام عاصم)

************

Sedikit tentang sejarah ilmu Qiraat ini. Adapun ilmu Qiraat ini bermula di Madinah selepas peristiwa hijrah. Pada masa itu telah ramai penduduk Madinah memeluk Islam. Ilmu Qiraat ini muncul kerana Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat dengan pelbagai jenis bacaan. Contoh; jika hari ini Rasulullah mengajarkan kepada si fulan bin si fulan dengan satu jenis bacaan, maka keesokan harinya, Rasulullah akan mengajarkan kepada si fulan bin si fulan yang lain dengan satu lagi bacaan yang lain.

Keadaan ini berlaku kerana terdapat perbezaan bahasa dan bangsa mengikut lidah masing-masing. Contoh; sesetengah orang yang menghadapi kesukaran untuk menyebut huruf ( shin ش) seperti Shah Alam kepada sebutan Sah Alam.


Yang benarnya di dunia ini hanya terdapat 14 Imam dalam ilmu Qiraat. Masing-masing mempunai gaya bacaan yang tersendiri. Di sini saya senaraikan 10 daripada mereka iaitu; Imam ibn-Kathir (ابن كثير), Imam Naafi’ (إمام نافع), Imam Abu ‘Amru (أبو عمرو), Imam Hamzah (إمام همزة), Imam ‘Asim (إمام عاصم), Imam ‘Amir (إمام عامر), Imam Kisa-ie (إمام كسائي), Imam Abu Ja’far (إمام جعفر), Imam Ya’qub (إمام يعقوب), Imam Khalaf (إمام خلف). Mereka masing-masing mempunyai anak murid tersendiri. Mereka inilah Imam-imam Qiraat.


Mempelajari ilmu Qiraat ini memerlukan kita belajar secara talaqqi. Iaitu belajar berhadapan dengan guru menggunakan quran Qiraat (iaitu yang terdapat cara bacaan di tepinya). Jika tidak, kita tidak akan dapat mengetahui secara amalinya bagaimana sebutan huruf atau sesuatu bacaan dan tidak secara teori sahaja.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberi manfa’ah kepada kita sema. InsyaAllah. Sekian.

_______________________
Rujukan dari kitab Taqriibul Ma’ani Fi Syarah Hirzul al-Amani Fil Qiraat as-Sabi’. Oleh Syed Lasyin Abu al-Farah dan Khalid Muhammad al-Hafiz al-‘Ilmi.
كتاب تقريب المعاني في شرح حرز الأماني في القراءات السبع. تأليف سيد لاشين أبو الفرح, وخالد بن محمد الحافظ العلمي.



*~ nur el-huda, 11 September 2007, 11.10pm,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~*

Wednesday, December 05, 2007

ما رأيكم؟

التدريبات في الفصل للطلبة الجديدة. هى المجادلة بينهم المعيد والمعارض تحت الموضوع : درس في داخل البلاد أفضل
في الخارج
ما رأيكم في هذه الموضوع؟ هى الجواب منهم
١) سهل في مدخل اللغة للمعاملة وسهل لفهم الثقافة والمدن
٢) يتضمن ويحفظ القتصادية الحكومة المليزيا
٣) نكفي بالشيوخ الماهرون والعلماء الأذكياء والأستاذ
٤) يتضمن السلامة والأمن لطلاب يطلب العلم
٥
) ترتيب في النظام التربية والحكومة في هذا البلاد, مثل يعود إلى الطالب ليحضر إلى الكلية
p/s : jawapan dari diorang ni ada betulnya, tetapi qawaid nahunya teruk..! lintang-pukang. Sebarang jawapan lain adalah dialu-alukan. Terima kasih.