Thursday, October 30, 2008

lapang sebelum sibuk -satu persediaan

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarokaatuh, khassun ila hadhratil ikhwah wa akhowatil mukhtar, didoakan kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan senantiasa beroleh kemudahan dalam segala urusan penghidupan, insyaAllah. Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta’ala, saya telah selamat menyiapkan mem-posting entry sehingga bulan 10 ini.

Haha… ini sebenarnya bukan apa, memandangkan saya mungkin akan lebih sibuk menjelang awal bulan 6 sehinggalah awal bulan 10. Ini kerana ia merupakan fatrah paling kritikal dan saya fikir mungkin tiada masa untuk menjenguk blog atau bermain internet dengan senang hati. Jadi dengan peluang cuti 2 bulan sebelum memasuki semester baru ini, saya manfaatkan sebelum saya jadi sibuk pada masa akan datang. Doakan saya lebih tabah untuk menghadapi semester terakhir pengajian saya. InsyaAllah jika tiada aral melintang atau terdapat sedikit keluangan masa, saya akan men-top-up mana2 entry bulanan yang sesuai. Semoga menjadi manafa'ah buat kalian semua.

Dalam masa 4 bulan itu akan berlaku pelbagai peristiwa sejarah, seperti pada 21 Ogos setiap tahun merupakan Hari al-Quds sedunia, sambutan Merdeka 31 Ogos, dan tepat 1 September merupakan tarikh bermulanya Ramadhan. Dalam masa yang sama bermula juga tarikh final exam saya. Banyak sungguh.

Kata Hassan Al Banna; Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Wah! Alangkah rugi kalau menambah tanggungjawab yang tidak perlu! Asifi ‘ala kulli hal wa jazakumullahu khairan katiron. Wassalamu bilkhair ajma’in.





*~nur el-huda, 6 April 2008, Sunday, cheras, Kuala Lumpur ~*

Tuesday, October 21, 2008

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Perbincangan saya bersama sahabat-sahabat dalam pelbagai perkara banyak memberikan impak dan input yang berbeza dan berlainan cara. Tidak kurang juga bantuan dan tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah juga menyumbang kepada idea-idea baru yang terlintas dan boleh dibuat sebagai satu kajian. Selain rujukan dari kitab-kitab juga tidak ketinggalan sungguh memberi manfaat yang banyak. Kadang-kadang kelihatan tidak seperti berada di dalam Islamic class, tapi kadang-kadang rasa macam dalam kelas sains, kelas medik, kelas geografi, sejarah, kajian ilmu falak dan macam-macam lagi. Maha Kaya ilmu Allah itu juga Maha Luas. Apa-apa sahaja yang dibincangkan pasti menemui pengakhiran kembali pada Allah s.w.t. Suka saya berkongsi tentang suatu ilmu ini yang mana mungkin jarang atau tidak terlintas di fikiran untuk kita sama-sama fikirkan.

Ubun-ubun Manusia Sebagai Tapak Pendustaan

Imbasan yang dilakukan ke atas otak manusia menunjukkan bahawa aktiviti otak yang sedang berdusta kelihatan berbeza dengan aktiviti otak yang sedang bercakap benar. Kajian yang dibuat dengan menggunakan peng-imejan menggunakan getaran magnetic atau fMRI bukan sahaja menunjukkan apa yang berlaku kepada otak ketika seseorang sedang berdusta, ia juga membolehkan penciptaan alat mengesan pembohongan. Terdapat banyak kawasan yang unik dalam otak yang terlibat dalam pendustaan dan percakapan benar yang boleh diukur dengan kaedah fMRI.


Ujikaji ke atas Ubun-ubun Otak Manusia.

Satu kajian telah dilakukan ke atas 10 orang secara sukarela. Enam orang daripada mereka diarahkan untuk menembak dengan menggunakan pistol mainan dan diminta untuk berdusta bahawa mereka tidak melakukannya. Tiga orang yang lain diminta untuk melihat perbuatan menembak oleh keenam-enam orang tersebut dan diminta untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Aktiviti otak mereka dikesan dengan menggunakan fMRI. Terdapat perbezaan aktiviti otak yang jelas antara otak orang yang berdusta dengan otak orang yang bercakap benar.

Dalam otak seseorang yang sedang berdusta terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang sedang bercakap benar pula hanya empat. Secara umumnya, otak akan berusaha lebih keras lagi untuk berdusta berbanding dengan bercakap benar. Berdusta menyebabkan berlakunya aktiviti di bahagian hadapan otak merangkumi bahagian medial inferior dan pre-central area dan hippocampus dan juga kawasan temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga semasa bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan, temporal lobe dan cigulate gyrus.



Ubun-ubun Yang Menipu Menurut al-Quran

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Alaq ayat 15 dan 16. Yang bermaksud :

Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka). Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

Perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Dalam tafsir Ibn Kathir (Ubun-ubun orang yang berdusta) bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontal lobe terletak di bawah ubun-ubun.

Jadi selepas ini, silalah membelek ubun-ubun anda. Bagaimana bentuknya. Atau anda boleh menjalani sendiri ujian fMRI di hospital-hospital terdekat. Muhasabah diri dari dalaman. “Adakah aku pernah menipu seseorang tanpa disedari atau sengaja?".

Thursday, October 16, 2008

STRATEGI


Pandangan keseluruhan secara sekali imbas strategi Yahudi dan sekongkol Amerika. Penelitian ini perlu lagi kepada pengkajian yang mendalam. Harap kalian dapat berfikir lebih kritis. Waallahu 'alam.



-huda, 6 April 2008, Sunday, cheras, Kuala Lumpur-