Wednesday, September 22, 2010

Lelaki vs Amanah = Tanggungjawab, bagaimana kita mengendalikannya.



Salam 1 Malaysia. Entry kali ni bukanlah disengajakan. Cumanya sejak akhir ini perasaan agak kuat untuk terus mencari jawapan kepada persoalan2 yg seringkali terjadi dalam kehidupan seharian.

Sebagai seorang anak baik lelaki mahupun perempuan, sudah pastinya mereka menggalas pelbagai tanggungjawab yang Allah swt amanahkan, dan tiap satu baginya ada disediakan bahagian kelebihan dan kekurangan masing2. Segala qada’ dan qadar atas bumi ini tidaklah dijadikan Allah dengan sia2.

Allah SWT berfirman di dalam Surat An-Nisa Ayat 32:

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebagian dari kamu melebihi sebagian yang lain. Untuk para lelaki ada bahagian atas yang mereka usahakan, (begitupun) untuk para perempuan ada pula bahagian atas yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Seorang anak lelaki wajib bertanggungjawab ke atas ibu dan bapanya yang telah tua dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dosa baginya terutama anak lelaki yang paling tua. Manakala anak perempuan tidak pula mempunyai tanggungjawab itu, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut sampailah mati.

Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”

Jawab Nabi “Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”

Jawab Nabi “Ayah kamu”


Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan, kebajikan, dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Kita yakin bahawa hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang mampu memikul amanah ini. Iman yang sempurna akan mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Oleh itu, seseorang yang tidak menyempurnakan tanggungjawabnya dalam memelihara hak, bererti tidak sempurna iman mereka.

Mengutamakan kepentingan duniawi berbanding perkara yang boleh dilakukan utk keutamaan di akhirat kelak. Material diakhirat bukan sekadar pahala sembahyang, puasa, zakat, bahkan lebih drp itu. Seringkali kita terlepas pandang dlm perkara2 kecil seperti membantu ibu sebagai contohnya. Tanggungjawab seorang lelaki terhadap ibunya tetap akan berterusan sampai dia mati walau apa alasan sekalipun.

Isteri pula perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.


Saya bukan hakim, dan saya tidak punya kuasa istimewa untuk mengetahui hati mereka. Reaksi terhadap apa yg sy tulis ini pun tidak akan saya gunakan untuk menghukum sesiapa. Allah jugalah sebaik-baik saksi, dan saya hanya manusia yang berusaha dan bermuhasabah diri setiap hari. Semoga Allah redha. Amiinnn.

Thursday, September 09, 2010

Kita sudah moden!! Ini yang kita mahukan!



Sekali imbas dengar cam best. Sekali imbas tengok pon cam best. WowW!! Perempuan seksi! Tapi dengar betul2 lirik dia memang suck!! Inilah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja/belia/ generasi kini. Hebat bukan?

Ini bukanlah masalah org2 di Malaysia dan juga bukanlah masyarakat islam di Malaysia ni suke2 je nak jatuhkan penyanyi2 baru, tapi kita bercakap tentang Islam dan melayu. Kita hidup dlm negara Islam sekular dan rakyatnya majoriti melayu. Adakah kita patut ketepikan Islam atau sekurang-kurangnya kemelayuan untuk bergelar hebat?

Dlm islam ade digariskan syarat2 dlm bermuzik dan menyanyi. Untuk waktu sekarang, contohi Kelantan dalam soal berhibur. Program Jom Heboh mereka asingkan antara lelaki dan perempuan. Cara ini boleh dijadikan contoh dan mengelakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Dalam video klip ini, huh! YES ini haram pastinya. Yes the song is hot, the singer.. but yes the neraka juga panas..dan ianya lagi Maha panas. Kalaulah sudi pilihlah antara dua tu.

Dunia mengatakan sesuatu perlukan perubahan untuk menjadi yang lebih baik tetapi harus diingat, tidak semua bende perlukan perubahan dan sebagai org islam bukan begini gayanye untuk menunjukkan bahawa kita sudah moden. Itu kenyataan.

Dan apalah nak dikatakan moden itu jika agama dan identiti maruah itu sendiri tergadai?

Artis pulak bukan ikon. Bukanlah ikon yang wajar untuk kita contohi. Hiburan sekarang ini memang agak membimbangkan, kerana dunia artis itu sendiri penuh dengan keburukan dari kebaikan dan lebih kepada keseronokan dan kelalaian. Tidak perlulah saya nyatakan di sini. Kalian dapat lihatnya di mana2 sahaja media.

Saya sebenarnya sangat kecewa dengan apa yang dikatakan dengan“ standardization” dan seriusly kita sebenarnya kehilangan identiti kita sendiri. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan, apetah lagi sebagai seorg melayu yang Islam.

Dalam hadis ke 5 dari 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.

Dalam hal lain, cantik sahaja tidak mencukupi jika agama ditapak-kaki-kan. Dan untuk pengetahuan kalian, apalah yang ada pada bangsa, atau nama sesuatu negara itu jika kelak murka Allah yang datang bertandang.


Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka. Amiinnn..