Adakah kita berada dalam landasan cinta islamik yang
sebenarnya?
Seorang akhi menghantar SMS berisi Tazkirah of the Day kepada
seorang ukhti dan tersenyum-senyum mereka berdua dalam cinta jarak jauh yang dipisahkan
oleh syariat. Sesekali SMS atau miscall ditujukan padajam 4.30 pagi, memberikan
Friendly Reminder agar si ukhti bangun daripada tidur yang lena, membasahkan
wajah dengan wuduk dan membawa muka itu sujud pada ilahi ketika dunia sedang
alpa dalam mimpi dan tidur yang indah.
Mereka lupa bahawa mereka juga sedang bermimpi dan tidur
dalam jaga. Dalam pelukan ‘akhi syaitan’! Cinta adalah pada membuktikan bahawa
cinta merupakan terjemahan akidah, pandangan hidup dan sistem nilai seseorang. Tiga
komponen itu juga merupakan sisi manusia yang diserang oleh Dajjal (Sayyid
Qutb; Tafsir Surah alKahf) di dalam Fi Zilalil Quran. Justeru, proses
menterjemahkan akidah kepada cinta dan rumahtangga turut mengalami fitnah
Dajjal.
Kita sama seperti kisah Abdullah b. Abu Bakar
Anak kepada Abu Bakar al Siddiq iaitu Abdullah mengahwini
seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah bt.
Zaid. Namun, perkahwinan mereka teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai
Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan
kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar sebagai bapa. Beliau bertegas memberikan
nasihat yang telah menyebabkan Abdullah terpaksa menceraikan Atiqah kerana
cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Penceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos. Cinta
yang membingungkan. cintaAbdullah dan Atiqah hanya terjali semula dalam sebuah
perkahwinan selepas diislahkan oleh baginda Rasulullah s.a.w, umum harganya
sebuah penceraian. Kes ini amat terpencil.
Perkahwinan dan Minda Sedar.
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda
sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih
daripadasekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang wanita dan
sebaliknya.
Nikah datang dengan tuntutan supaya mengendalikan output perkahwinan,
bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga
dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya
dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga yang semua
itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Bagi saya, tidaklah menjadi suatu yang membanggakan jika SMS
atau kata-kata bunga yang hakikatnya di atas angin, malah tidak pula terpraktik
melalui perbuatannya. Sedang jika dia benar-benar mencintai dan meletakkan
Allah nombor satu di dalam dadanya.
Jika itu benar dengan meletakkan Allah betul-betul
dihadapannya, maka tidak mungkin unsure-unsur manusia dapat mengatasi rasa
cinta kepada Allah, malah jika sebaliknya mengundang pula kepada sebuah
kebencian.
Nasihat saya, tolong berpijak di bumi yang nyata, jangan
seronok terasa indah terapung dek berkhayal dan berangan.
Moga bermanfaat. Wasaalam.
0 comments:
Post a Comment