Thursday, October 04, 2007

catatan : 14 Sept 2007


Selamat menunaikan ibadah puasa. Moga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini dapat menghadiahkan pahala yang besar kepada kita semua. InsyaAllah.

Apakah gambar di atas? Rajah di atas adalah ibarat perut kita. Dibahagikan kepada 3 bahagian. ⅓ untuk makanan, ⅓ untuk minuman dan ⅓ lagi untuk udara. Jika terjadi overload bagi salah satu daripada setiap pembahagian, maka simptom2 pelik akan berlaku. Contohnya sukar bangun daripada duduk yang lama kerana punggung terasa berat, postur badan dan berjalan yang tidak normal (membongkok kerana perut berat terlalu banyak isi air dan makanan), sukar bernafas, cepat berasa letih, ngantuk dan lesu, ketidakselesaan dalam melakukan ibadah seperti rukuk dan sujud di dalam solat, apatah lagi untuk bersolat tarawih di masjid berdekatan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyarankan perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Ia amat bertepatan dengan ilmu sains dan kesihatan yang perlu diamalkan manusia.

Selain adab makan dan memilih makanan, dari segi penjagaan kesihatan, Islam melarang mengambil makanan dan minuman secara berlebihan.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.”

Kenapa saya bicarakan hal ini? Saje. Lagipun inilah keadaan2 yang biasa dapat kita lihat samada kita sendiri yang melakukannya atau sahabat2 kita yang lakukan apabila usai berbuka puasa. Nasihat; berpada-padalah apabila berbuka, kawal hawa nafsu makan, dan ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak suka kepada sebarang bentuk pembaziran. Hendakkah kita jadi sahabat kepada syaitan?

p/s : maaf, yang benarnya saya tak reti lukis perut manusia. Jadi ia berbentuk bulat sahaja dan simptom2 yang disebutkan di atas bukanlah rajih saya ambil dan baca dari buku2 sains. Sebut ikut sedap mulut je. =)


- 2nd Ramadhan ba’da iftar,
Sri Putra City, Mahkota Hill -

0 comments: