Sunday, November 04, 2007

Mencerap bumi al-Quds


Kezaliman ke atas umat Palestin tidak pernah melemahkan jiwa dan hati mereka untuk terus bangkit berjuang mempertahankan tanah suci umat Islam. Walaupun ribuan dari anak-anak mereka dibunuh kejam, segala harta dirampas dan dimusnahkan dan menderita dalam tanah air sendiri, semangat juang mereka tidak sesekali luntur. Rakyat dan kerajaan Palestin tetap berdiri tegap mewakili seluruh umat Islam mempertahankan bumi al-Aqsa. Pertarungan sengit ini dihadapi mereka keseorangan tanpa bantuan dan ihsan sesiapa. Amat malang seandainya umat Islam yang mengaku saudara dan sejasad dengan mereka, hanya mampu berpeluk tubuh dan memangku tangan. Sungguh, mereka menunggu bantuan kewangan dan doa ikhlas kita untuk menguatkan mereka mempertahankan bumi Palestin yang tercinta.

Bukankah umat Islam itu seperti satu jasad? Apabila saudaranya ditimpa musibah dan ujian, maka dia juga akan merasa kesakitan dalam batang tubuhnya.

Masjid al-Aqsa, pada bila-bila masa sahaja akan runtuh akibat dari hakisan atas usaha Zionis Israel yang melemahkan struktur asas binaannya. Pada bila-bila masa sahaja, masjid ketiga paling suci dalam hati umat Islam itu bakal ranap dan bertukar identiti sebagai “Temple of Mount”. Bila-bila masa dari sekarang, Masjid al-Aqsa bakal tersungkur menyembah bumi, meninggalkan debu dan di masa itu tiada guna lagi penyesalan. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.

Jika kita singkap lipatan sejarah, 21 Ogos 1969, Dennis Micheal, seorang Zionis warga Switzerland telah melakukan pembakaran terhadap Masjid al-Aqsa. Api yang menyala besar telah membakar barang-barang di dalam masjid, tembok dan termasuk mimbar Salahuddin untuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan al-Quds dari tentera Salib. Tapi dengan kuasa Allah s.w.t, Dia menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan melindunginya, dan api dapat dipadamkan. Orang-orang Yahudi membuat pengadilan secara pura-pura terhadap Dennis. Mereka mengatakan bahawa beliau diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini ‘gila’ sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya. Perkara ini zahir dan wajarnya sahaja kita sudah tahu, langsung tidak boleh diterima akal. Memang bangsat mereka semua ini!

Lihat pula pada OIC atau “Persidangan Negara-Negara Islam”. Ia ditubuhkan sebagai respon terhadap kebiadapan Zionis “Israel” yang membakar masjid al-Aqsa. OIC dicipta untuk menyatukan Negara umat Islam dan menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama penubuhannya. Sayang sekali sehingga sekarang, bukan sahaja isu Palestin tidak dapat diselesaikan, malah isu masjid al-Aqsa yang menjadi tanggungjawab setiap umat Islam telah dipinggirkan dari agenda OIC. Persoalannya ; Di manakah pemimpin Islam? Tidur? Atau butakah? Tidakkah mereka melihat? Mengapakah hanya membisu?


Selak lagi lipatan sejarah dunia, tahun 1948, tanah haram Israel telah ditubuhkan. Kerajaan haram ini diisytiharkan secara rasmi oleh David Ben-Gurion, perdana Menteri pertama Israel dalam sebuah persidangan di Tel Aviv, manandakan bermulanya era pembantaian terhadap umat Palestin. Penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi laknatullah dari seluruh pelusuk dunia umpama mimpi ngeri buat umat Palestin.

Akibatnya, mereka dihalau, dipukul, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh serta rumah mereka dibuldozerkan. Kezaliman demi kezaliman yang ditelan umat Palestin saban hari semakin memuncak. Keganasan rejim Zionis kian merebak dan makin menggila selepas membedil Lubnan dan memerangi Hizbullah, kononnya atas alasan ‘penculikan’ dua tentera mereka. Ini semua propaganda-propaganda mereka dan wayang yang dimainkan oleh boneka-boneka yahudi laknatullah dek kepala otak putar-belit mereka.

Hakikatnya, setiap inci tanah Palestin telah menjadi saksi kezaliman rejim Zionis yang bengis dan angkuh menguasai tanah umat Islam. Namun, buat pejuang kemerdekaan Palestin, segala ujian ini menyebabkan mereka bangkit menentang segala bentuk penjajahan ke atas tanah air dan aqidah mereka. Berjuang keseorangan menentang musuh nombor satu dunia dan musuh yang kuat serta serba canggih.

“ Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad s.a.w) dri masjid al-Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya kami dapat memperlihatkan kekuasaan kami.”
(al-Isra’ : 1)

Ya, sesungguhnya Masjid al-Aqsa patut berada di dalam hati umat Islam. Ini kerana bumi Palestin amat istimewa kepada kita. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa ia :

- Kiblat pertama umat Islam
- Masjid ketiga paling suci
- Tanah para nabi
- Pusat pemerintahan umat Islam
- Pusat perhimpunan umat
- Pusat kebangkitan Islam
- Tempat nabi Isa bakal diturunkan pada hari kiamat
- Negeri perjuangan bagi mereka yang menegakkan kebenaran
- Tanah wakaf milik mat Islam yang telah diusahakan oleh saidina Umar al-Khattab, khalifah Islam kedua dari tangan kerajaan Rom ketika pemerintahannya.

Isu Palestin sememangnya menjadi jantung permasalahan bagi umat Islam. Jawapan kepada isu ini akan menjawab banyak isu besar umat Islam seluruh dunia. Jika dalam banyak-banyak isu, umat Islam gagal bersatu, isu Palestin mampu menyatukan mereka. Isu Palestin juga merupakan persoalan kezaliman hak peribadi dan Negara umat Palestin. Isu Palestin memaparkan kisah pejuangan kaum yang teraniaya. Isu Palestin adalah persoalan kemanusiaan yang telah dizalimi bangsa Israel. Palestin umpama Universiti Jihad buat sekian para pencinta kebenaran dan keamanan dunia.

Negara-negara Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tanah suci mereka. Mengecam perbuatan keji terhadap al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 Ogos menjadi tarikh Hari al-Quds sedunia. Hari itu juga dinobatkan sebagai hari menghentikan sekatan terhadap Palestin yang telah diisytiharkan oleh Dr. Yusuf Qardhawi.

Sempena Hari Memperingati al-Quds Sedunia atau Remembrance of al-Quds (ROQ) yang jatuh pada tanggal 21 Ogos setiap tahun, tanyalah iman dan diri kita; apakah sumbangan yang telah dapat kita buat selama ini? Janganlah dikatakan bumi al-Quds itu bumi milik tanah umat Islam sedunia, atau hanya bermegah-megah dan berbangga-bangga dengannya, jika umat Islam di dunia ini tidak bangun dari dengkur mimpi yang fana tetapi hanya rakyatnya sendiri umat Palestin sahaja yang bertungkus-lumus menggadai nyawa dan darah demi sebuah bumi tercinta.


~ nur el-huda, 27 Ogos 2007, 23.47pm,
Sri Putra City, Mahkota Hill ~


Perpaduan yang diikat oleh agama
Lebih kuat daripada yang diikat dengan idiologi,
Oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi,
Oleh ikatan senasib,
Oleh itu umat Islam kalau mahu perpaduan kuat
jadikanlah Islam sebagai pengikatnya.

0 comments: