Friday, February 08, 2008

Bacakan Ini sebentar wahai adikku


Adikku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza.
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan.
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya.
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau juga yang akan tanggng natijahnya.
“At-Tin 4: Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”

Sedarlah adikku,
Kita musafir di dunia ini,
Kita kan pulang pada-Nya,
Hidup di dunia ini akan ditanya,
Adakah akan diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokkan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya.
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Al-Mujadilah 11: Allah akan mengangkat orang-orang beriman di antaramu dan orang-orang berilmu beberapa darjat”

Adikku,
Renungkan sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya.
Begitu jua diri kita.
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela.
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama.
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah adikku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan.
Oleh itu tekadkan keyakinan.
Kau umat pilihan.
:Ali Imran 110 : You are the best ummah”
“Al-Hujurat 13 : Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa”

Jelaskan visi perjalanan
“Al-Baqarah 201 : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”

Jadikan ilmu sebagai bekalan
“Al-Alaq ; Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Thanmu yang menciptakan. Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan.”
“Al-Ahzab 72 : Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tapi tidak melaksanakan)”

Ketinggian seseorang kerana iman.
“Ali-Imran 139 : Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

Lantaran itu carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.
Usaha x Istiqomah – malas / masa + yakin
Asas kejayaan.
“Ar-Ra’d 11 : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri”
“At-Taubah 59 : Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata; cukuplah Allah bagi kami, Alah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnian-Nya dan demikian pula Rasul-Nya. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)”

Adikku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya.
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Tapi kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha.
Kerana PASTI kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya.
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Adikku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan.
Sekali kau jatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya.
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah adikku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu.
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.



Taken from fs_loveislam@yahoo.com

0 comments: