Wednesday, February 20, 2008

Hawa + Wanita + Perempuan


Wahai hawa...
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam,
kita dizalimi,
hak kita dicerobohi,
kita ditanam hidup-hidup,
tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,
tiada nilaian dimata adam,
kita hanya sebagai alat
untuk memuaskan hawa nafsu mereka.


Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam
bila sinar Islam berkembang,
darjat kita diangkat,
maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan dipandang mulia,
dan mendapat tempat di sisi Allah
sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.


Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman danIslam itu?
Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya,
kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya
dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?


Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian
bisa mengoncang dunia,
sedarlah hawa
kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat
yakni yang soleh solehah,
kau bisa mengegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan
pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.


Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu unt uk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam
yang bukan suamimu.
Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu,
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan
kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat keduaibubapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yangbaik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya
tapi merangsang nafsunya.


Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turunke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan.
Takut lahirnya nafsu kejahatan
yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelakiyang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yangwarak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
lelakiyang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya,
dan ad-dinnya.
Lelaki yangbaik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan
untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tak mahu
bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang mengoncang buaian ini
bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
keranaaku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.



~nur el-huda, cheras~ taken from blog sohabah

0 comments: