Friday, May 09, 2008

Seks atau Cinta

Apabila persoalan cinta diajukan, “Apakah yang kamu cintai?” Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun mungkin jawapannya kepada alat permainan mereka. Seperti anak patung, robot dan sebagainya. Bagi kanak-kanak berumur 10 tahun juga jawapannya masih berkisar kepada kebendaan seperti computer game, berbasikal, komik atau sebagainya. Tapi, jawapannya pasti berbeza jika ditanya soalan yang sama pada individu di peringkat umur ambang dewasa. Ini kerana mereka sudah melihat apa sebenarnya cinta dari pelbagai aspek.


Cinta itu ada di mana-mana. Nyata cinta itu satu perasaan, satu pemikiran, tindakan dan keinginan. Cinta juga lahir dari faktor biologi, persekitaran dan boleh jadi cinta terlibat atas dasar nafsu. Orang paling malang adalah orang yang tidak pernah bercinta. Dan orang yang beruntung adalah orang yang bercinta dan kemudian putus cinta. Betul ke? Fikir sendiri.


Rasa cinta jangan dipersalahkan. Cinta adalah satu perasaan yang halus, tumbuh dalam setiap hati dan sanubari. Cinta membesar dalam jiwa, merendang dalam hati dan terpukau dalam fikiran. Cinta juga menyebabkan seseorang itu mabuk, tak tentu hala, angau satu badan, buta dalam membezakan antara yang baik dan buruk. Itulah senario biasa yang dapat kita lihat jika seseorang itu tidak memiliki ilmu bercinta yang cukup. Persoalannya, adakah sesuai bercinta di kala ini? Tatkala tanggungjawab yang disandang adalah sebagai seorang pelajar?

sekadar gambar hiasan

Seseorang itu layak bercinta jika dia sudah menghormati dirinya terlebih dahulu, menyayangi dirinya, dan menghargai dirinya. Barulah dia dapat mengalihkan rasa hormat, sayang dan hargai kepada orang yang dia cintai. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan pula dalam masa itu terlalu mabuk dilayan cinta. Tidak salah bercinta asalkan tidak bercampur dengan dosa. Seseorang itu tidak akan menemui syurga jika cintanya bercampur dengan noda, dan segala macam maksiat dan mungkar.


Cinta seronok-seronok di kala belajar, efect-nya pada sijil yang bakal diperoleh. Tak berkat. Akan datang dia mungkin lama menganggur, hilang keberkatan dan tidak bernilai di mata Allah SWT.


Kemudian, apa pula antara simptom atau tanda-tanda di alam bercinta? Kadang-kadang situasi biasa ni kita dapat lihat jelas pada sesetengah sahabat kita yang mungkin sudah terkena penyakit ini. Individu ini mungkin teringat-ingat orang yang dicintainya, rasa diri diperhatikan, rasa ingin berjumpa dan bercakap meluahkan rasa hati. Mereka rasa tenteram bila masing-masing dapat menatap wajah. Mereka mula berhias lebih berpenampilan, berwangi-wangi, berwarna-warni, dan senyum memanjang. Tidak kurang juga rasa sakit hati, cemburu, merajuk, makan hati, sedih dan sebagainya. Tidakkah ini sesuatu yang membuang masa dan tidak berfaedah? Adakalanya cinta sebegini hanya pada dasar personaliti sahaja. Yang benarnya cinta memerlukan pengorbanan yang besar. Lihat cinta para sahabat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Para sahabat berkejar-kejar mencari keredhaan Allah SWT dengan bertahajjud di malam hari. Betapa para sahabat terlalu cintakan baginda lantas mendambakan cinta Tuhan Muhammad SAW. Berkorban semata-mata kerana Allah SWT. Cinta yang tidak akan membuatkan kita lupa pada tanggungjawab.


Panduan kepada mahasiswa untuk menangkis segala macam cinta psikatrik ini ialah, perlu diingat bahawa tiada pandangan halal sehingga hijab suci membenarkannya, tiada sentuhan halal walaupun dalam ikatan pertunangan. Cinta itukan cantik, agung, suci murni, maka… pekakkan telinga dengan segala pujuk rayu, butakan mata dengan maksiat, dan jadilah kaki tembok dengan menahan dari berjalan kepada penzinaan.


Hai cinta monyet, cinta yang tidak pasti pengakhirannya, sekadar hanya berkawan lainan jantina. Kita boleh bezakan antara orang yang bercinta dan putus, dengan orang yang tidak pernah bercinta. Lihat pada latar belakang pendidikannya, family background dan persekitarannya. First cinta dan kemudian putus. Dia mabuk dan kemudian bertaubat tidak akan bercinta lagi. Dia mengambil keputusan untuk tidak berkahwin jika yang memutuskan itu adalah bukan dia. Serik. Memang Allah salahkan tindakan ini supaya kita tahu dan belajar erti kecewa dan perpisahan. Kalau takut kecewa jangan berani bercinta.

sekadar gambar hiasan

Bezakan pula antara cinta, sayang dan rindu. Tak perlu pergi pada definisi yang jauh-jauh. Lafaz bismillahirRahmanirRahim (dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Peenyayang) sudah ada. Pengasihnya Dia pada seluruh makhlukNya dan Dia sayang pada hamba-hamba yang mentaatiNya. Akhir kalam….. keputusan di tangan anda. Buatlah tindakan yang bijak. Wassalam. (-o-“) (^o^)”

" belajarlah menyenangkan pasangan, jangan menyusahkan "

" belajarlah memuliakan pasangan, jangan memburukkannya "

" belajarlah menambah cinta, jangan mengurangkan cinta "




nur el-huda, 8 Ogos 2007, Rabu, 2100pm, Pusat Konvensyen KUIS
Ulasan semula dari : Program Pembangunan Mahasiswa
Cinta Psikatrik 2 : “Seks atau Cinta”
Anjuran : Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Unit Rundingcara dan Kerjaya
Penceramah : Dr Rubiah Kulop Hamzah (RKH Motivation and Service)

0 comments: