Mentakhrij hadith melalui internet dan CD. Perkembangan teknologi dalam penyebaran maklumat tidak pernah berhenti dari masa ke semasa. Kemunculan internet (International Network) dan CD (Compact Disc) memudahkan penyebaran ilmu dengan lebih luas. Khususnya dalam bidang hadith, hamper kesemua (masih ade lagi hadith yang tidak dimasukkan dalam kaedah ini) kitab hadith telah disimpan di dalam ‘perpustakaan maya’ ini. Ia juga merupakan salah satu lagi alternative masa kini dalam pertambahan kaedah dalam kaedah-kaedah mentakhrij hadith.
Ia merupakan kaedah takhrij yang masih baru diperkenalkan. Ia disebut sebagai ‘Hafiz al-‘Asr’ kerana menyimpan ratusan ribu hadith, jarang berlaku silap dalam penyampaian dan menyampai dengan penuh amanah dan jujur (kecuali kesilapan si pembuat perisian dan si pengguna). Juga merpakan satu cara yang efektif dan efisien. Dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang dapat diperolehi melalui praktif yang berterusan.
Takhrij hadith melalui internet pula dapat mengetahui nama-nama laman web yang khusus untuk hadith, atau yang ada menawarkan perkhidmatan hadith. Kita juga dapat tahu laman-laman web yang menjadi direktori kepada laman-laman web lain seperti; sultan.org, islamiyyat.com, raddadi.com, nourallah.com dan lain-lain lagi. Adapun contoh laman web ini adalah secara umum tentang hadith, tidak spesifik dalam bidang hadith.

Faedah menggunakan kemudahan ICT ini :
- mempercepatkan carian sesatu hadith
- meminimakan ruang yang digunakan
- mengandungi kitab-kitab yang mungkin sukar dicari di perpustakaan
- mengumpulkan sumber-sumber sesuatu hadith dalam masa yang singkat
- menjimatkan kos dan masa
ada juga beberapa kelemahan. Antaranya :
- terdapat beberapa kesalahan / kesilapan pada matan dan sanad hadith, maka perlu merujuk kepada pakar hadith, atau bahan yang bercetak (yang asal) bagi memastikan ketepatannya dan ketulenannya.
- tanpa kemahiran dan praktis berterusan dapat membuat si pencari / pentakhrij hadith beras putus asa dan bosan.
- terdedah kepada gangguan virus dan bekalan elektrik atau kerosakan alatan yang digunakan.
Wallahu'alam.
0 comments:
Post a Comment