Thursday, April 10, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith I


Kedudukan hadith sebagai sumber kedua selepas al-Quran sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaubagaimanapun autoriti sesebuah hadith perlu dipastikan terlebih dahulu thabitnya dari Rasulullah SAW sebelum dijadikan hujah dan amalan.


Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi telah berlaku pendustaan terhadap Rasulullah SAW dengan tersebarnya hadith-hadith dhaif dan maudhu’. Bahkan di Malaysia khususnya, penggunaan hadith-hadith begini masih berleluasa sedangkan hukum mendustakan Rasulullah SAW adalah ditegah dan merupakan dosa besar.

Oleh itu, penyelesaian terhadap masalah dan kecelaruan ini perlu dicari agar umat Islam tidak terus hanyut. Malah usaha ini perlu dimulakan diperingkat akar umbi. Alternative terbaik adalah dengan menggunakan kaedah takhrij iaitu suatu bentuk perbahasan sumber pengambilan sesuatu hadith dan pengkajian martabat hadith tersebut.


Di sini ingin saya kongsi manfaat ilmu, bagaimana mentakhrij hadith. Ada 6 cara mentakhrij hadith. 5 daripadanya adalah menggunakan kaedah lama, dimana kita mentakhrij hadith melalui pencarian di dalam kitab-kitab asal, manakala satu kaedah mentakhrij hadith menggunakan kaedah moden iaitu melalui internet dan CD.

Huraian mengenai ilmu mentakhrij hadith ini akan lebih detail dijelaskan dalam entry berikutnya. Moga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam menggunakan dan beramal dengan hadith-hadith ini. Sekian, wassalam.

1 comments:

""Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi telah berlaku pendustaan terhadap Rasulullah SAW dengan tersebarnya hadith-hadith dhaif dan maudhu’. Bahkan di Malaysia khususnya, penggunaan hadith-hadith begini masih berleluasa sedangkan hukum mendustakan Rasulullah SAW adalah ditegah dan merupakan dosa besar.""

BERDASARKAN AYAT SAUDARI INI....HADITH DHAIF TU PUN SALAH KE??KALAU HADITH MAUDHUK TU BETULLAH PALSU...ADAKAH HADITH DHOIF PUN PALSU JUGA??

BERHATI HATI YE CIK..STATEMENT TU BAHAYA PADA SUDUT AKIDAH...