Sejak 2 bulan ni, saya sibuk berulang-alik ke hospital veterinar. Membawa kucing saya –Grey seekor kucing jantan berumur 5 bulan, dia kurang sihat. Air liur meleleh, tidak mahu makan dan minum hampir 2 hari, suhu badan yang panas, dan hanya terlepek tidur sahaja, membuatkan saya risau dan susah hati. Saya tak dapat tahan rasa kasihan dan jika dibiarkan Grey tanpa inisiatif untuk merawatnya, saya mungkin akan menangis. 10 November lepas, Grey saya bawa terus ke Veterinary Hospital yang terletak tidak jauh dari rumah. Grey sebagai patient kedua selepas seekor anjing dibawa masuk ke bilik rawatan untuk berjumpa doktor. Selepas hampir 45 minit berconsult dan merawat Grey, doktor memberitahu, dia mengalami bengkak gusi kerana hendak tumbuh gigi, selesema, demam, dan sedikit batuk. Darah Grey diambil untuk di-diagnosis
di bawah mikroskop. Doktor mendapati terdapat 2 bakteria dan 1 virus. Ah, saya terlupa nama virus dan bakteria tersebut. Grey dicucuk 2 jenis antibiotik dan diberi makan sebiji ubat pil pada masa itu juga. Doktor menasihatkan agar Grey dibawa semula untuk mendapatkan suntikan vaksin imunisasi selepas dia sihat nanti. Balik rumah, barulah saya rotate ubat dia. Hampir seminggu, Grey kembali cergas dan ceria. Alhamdulillah, itulah yang menggembirakan hati saya. Syukur.
Then baru-baru ni 29 Disember, saya datang lagi ke Veterinary Hospital ini untuk rawatan anak kucing saya yang baru lahir 2 Disember lalu. Saya namakan dia Si Kecik kerana dia seekor sahaja yang lahir kecil berbanding 4 ekor lagi adik beradiknya. Dia seekor kucing jantan berbulu putih. Setelah beberapa hari pemerhatian, saya fikir dia mungkin mengalami sedikit komplikasi sejak dilahirkan. Susah hati menyebabkan saya tak senang duduk untuk melihat sahaja dia menangis. Selepas doktor melihat dan merawatnya, saya rotate antibiotik yang diberikan. Semoga Si Kecik cepat sembuh dan membesar dengan sihat. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment