Friday, January 09, 2009
Selamat datang Hijrah 1430h
“ Hijrah itu telah memisahkan antara hak dan batil. Maka buatlah takwim dengannya.” Saidina Umar di dalam atharnya.
Kalendar, takwim, tarikh, bulan, masa dan sebagainya tidak dapat dipisahkan. Umat Islam terutamanya mesti alert pada waktu-waktu sebegini. Katakanlah Januari hingga Disember yang begitu fasih di mulut, tetapi berapa ramai di kalangan kita yang betul-betul ingat bulan-bulan Islam dan tarikh-tarikh tertentunya. Kerana darinya kita mengambil ihktibar peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya Hijrah. Kita lihat dan kutip pengajaran, berita-berita gembira, tips kecemerlangan dari Baginda Rasulullah. Walaupun begitu, ilmu juga penting sebagai membantu menghayati perkara-perkara sebegini. Jika tidak, ia berlaku bagai angin lalu, seperti hari-hari biasa, cuti umum dan sebagainya.
Adapun kiraan Masihi ialah perjalanan matahari, manakala hijri ialah perjalanan bulan. Bulan hijri bermula dengan maghrib dan masihi selepas Isyak. Satu tahun Masihi sebanyak 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat. Manakala kiraan hijri ialah sebanyak 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Perbezaan kiraan tahun hijrah dan masihi ini ialah lebih kurang 11 hari atau lebih tepat dengan 10 hari, 21 jam dan 1 minit. Apabila menjangkau 50 tahun, bezanya ialah 1 tahun 12 hari, 5.5 jam dan 3 minit.
Bagi mereka yang confius samada hendak menggunakan kiraan kalendar masihi atau hijri untuk membayar zakat, dalam hal ini mereka haruslah menggunakan dengan haul kiraan hijri.
Jika diselak helaian sejarah, secara faktanya, Hijrah nabi berlaku pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kebangkitan Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w tiba ke pinggir bandar Madinah pada hari Isnin bulan Rabiul awal, tetapi Rasulullah s.a.w masuk ke dalam Kota Madinah adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul awal. Itu fakta sejarahnya. Tapi mengapa kita mengira 1 Muharam itu sebagai detik tahun baru, sedangkan hijrah Rasulullah bukannya pada bulan Muharam?
Selidik. Memang benar fakta sejarah ini. Ia berlaku pada tahun 622 masihi. Tetapi selepas 17 tahun daripada hijrah baginda s.a.w, saidina Umar dan para sahabat membincangkan tentang mewujudkan suatu takwim Islam dan salah satu dari pandangan Saidina Uthman ialah mengambil bulan Muharam itu sebagai detik awal takwim. Peristiwa yang diambil pula bukanlah Israk Mi’raj, bukan tarikh kelahiran Rasulullah, bukan perang Badar atau sebagainya, tetapi kerana kejayaan baginda Rasul s.a.w dan para sahabat berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Ringkasnya, bina keimanan dan ketaqwaan yang kukuh sebagai asas dan pokok kita di awal tahun ini. Nikmat waktu dan umur yang Allah berikan ini amat berharga, tanpanya kita tidak boleh hidup. Jadi, jika kita dapat menerima kedatangan tahun baru ini, bermakna Allah s.w.t masih sayang kepada kita iaitu nikmat yang Allah tidak minta untuk dibayar.
Selamat tahun baru 1430 hijriah. Saya ingatkan diri saya dan juga sahabat sekalian, hijrahkan niat di hati ke arah yang lebih baik. Berjihadlah bersungguh-sungguh melakukannya. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. InsyaAllah di depan sana kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat. Kullu ‘am wa antum bikhair.
Wallahu ‘alam.
Nur el-huda, 23.28pm
D-G-4
Posted by
nur el-huda
at
20:41
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment