Saturday, April 26, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith II


Mentakhrij hadith melalui internet dan CD. Perkembangan teknologi dalam penyebaran maklumat tidak pernah berhenti dari masa ke semasa. Kemunculan internet (International Network) dan CD (Compact Disc) memudahkan penyebaran ilmu dengan lebih luas. Khususnya dalam bidang hadith, hamper kesemua (masih ade lagi hadith yang tidak dimasukkan dalam kaedah ini) kitab hadith telah disimpan di dalam ‘perpustakaan maya’ ini. Ia juga merupakan salah satu lagi alternative masa kini dalam pertambahan kaedah dalam kaedah-kaedah mentakhrij hadith.


Ia merupakan kaedah takhrij yang masih baru diperkenalkan. Ia disebut sebagai ‘Hafiz al-‘Asr’ kerana menyimpan ratusan ribu hadith, jarang berlaku silap dalam penyampaian dan menyampai dengan penuh amanah dan jujur (kecuali kesilapan si pembuat perisian dan si pengguna). Juga merpakan satu cara yang efektif dan efisien. Dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang dapat diperolehi melalui praktif yang berterusan.


Takhrij hadith melalui internet pula dapat mengetahui nama-nama laman web yang khusus untuk hadith, atau yang ada menawarkan perkhidmatan hadith. Kita juga dapat tahu laman-laman web yang menjadi direktori kepada laman-laman web lain seperti; sultan.org, islamiyyat.com, raddadi.com, nourallah.com dan lain-lain lagi. Adapun contoh laman web ini adalah secara umum tentang hadith, tidak spesifik dalam bidang hadith.


Faedah menggunakan kemudahan ICT ini :
  1. mempercepatkan carian sesatu hadith
  2. meminimakan ruang yang digunakan
  3. mengandungi kitab-kitab yang mungkin sukar dicari di perpustakaan
  4. mengumpulkan sumber-sumber sesuatu hadith dalam masa yang singkat
  5. menjimatkan kos dan masa


ada juga beberapa kelemahan. Antaranya :

  1. terdapat beberapa kesalahan / kesilapan pada matan dan sanad hadith, maka perlu merujuk kepada pakar hadith, atau bahan yang bercetak (yang asal) bagi memastikan ketepatannya dan ketulenannya.
  2. tanpa kemahiran dan praktis berterusan dapat membuat si pencari / pentakhrij hadith beras putus asa dan bosan.
  3. terdedah kepada gangguan virus dan bekalan elektrik atau kerosakan alatan yang digunakan.


Wallahu'alam.

Wednesday, April 16, 2008

Kenapa?


Bismillahirrahmanirrahim. Aikk?? Kenapa pulak tajuk entry ni is kenapa? Well, sebelum tu sila lihat 2 entry sebelum entry ni. Ia berkenaan dengan al-Azhar university nak wujudkan cawangannya di sini bukan? Di Malaysia cawangan Negeri Sembilan. Hahaha, aku saje copy & paste-kan antara keratan berita tu kat sini. Bukan ape, sebab aku terlalu teruja bile satu malam tu aku tengok berita yang menyatakan perkara ni. Ape lagi, terus beri concentrate, tengok dengan bersungguh-sungguh. Dalam hati berkata; "biar betul al-Azhar nak bukak cawangan kat Malaysia? Mimpi ke aku ni?" So, habis je berita tu, aku terus bagitau mak. Mak pun agak terkejut bile tahu. Ermm, hehee... (angkat kening 2 kali) macam ade peluang je nak masuk sane.


Ops opss.... aku cakap gitu bukan menandakan aku tak mampu nak sambung pengajian kat al-Azhar Mesir tu baik dari segi kewangan mahupun result CGPA, tapi... entahlah. Malas pun ade. Aku pikir lebih baik aku pegi tempat lain macam Morocco ke, Jordan ke, Syiria ke, Sudan ke... alang2 ke luar negara, lebih baik terus gi jauh-jauh. Saje nak rase kelainannya. Adik aku dah ade kat Mesir, ape kata aku pegi tempat lain plak. (heheee... memandai je beri keputusan)


Ok ok balik pada citer tadi, klau memang al-Azhar cawangan N9 tu dah bukak pengambilan utk tahun depan (2009), straight aku nak masuk. Peluang dah ade depan bijik mata, ape lagi ambiklah. Tapi..... klau sampai tahun depan tak siap2 gak, nampaknya aku kene menghala ke tempat lain. Nak tunggu dia siap, berjanggut la aku kat sini. Al-Azhar cawangan N9, Malaysia selain jimat budget (duit), dekat pun ye. Setakat ulang alik KL-N9 tu aku tak de masalah. Tiap minggu aku boleh balik. Bahan rujukan utk buat asgmnt atau tesis dalam bhs arab pun senang nak dapatkan sekarang kat Malaysia. Lain2 kemudahan korang pikir la sendiri.


Tapi aku tak nafikan belajar kat sana (mesir) is lagi bagus, pior bhs arab. Nak tak nak kene speaking arab jugak. Itu lagi baik utk vocab bhs arab dan kefasihan bercakap nanti. Lagi lama duduk kat sane, lagi berhabuk la cakap arab dengan pak pak arab tu. Lagi pun sanakan bumi anbiya. Ramai nabi dan rasul yg dilahirkan di sana. Ramai gak tokoh2 terulung dan sheikh2 Islam yg masyhur. Banyak kontra-nya benda2 mcm ni. Aku tengok dalam dalam byk2 forum dan blog2 yang membincangkan perkara ni, ramai gak yang menyokong, tak ketinggalan ade yang sebaliknya. So... pilihan di tangan korang. Pilih mane yg rasa terbaik utk diri. Aku? Hurmmm.... aku entah la. Kene buat solat istikharah dulu. Fikiran berkecamuk!

Monday, April 14, 2008

UNIVERSITI AL- AZHAR KAMPUS MALAYSIA -cawangan Negeri Sembilan II

MAJLIS PECAH TANAH
UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA
Oleh
DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
Menteri Besar Negeri sembilan


PENDAHULUAN :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.


Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS. Warga YSNS mengalu-alukan kedatangan Dato/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan ke majlis yang bersejarah ini.


Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.


Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.


Universiti Al-Azhar Mesir :


Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari - Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.



Rasional Penubuhan Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :

  • Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

  • Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

  • Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

  • Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

  • Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

  • Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

  • Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

  • Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global


HARAPAN :


Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi. Semoga sokongan dan dokongan serta sumbangan daripada Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membantu kepada perkembangan Islam di Nusantara khasnya dan di dunia amnya.

copy from : http://yayasansofa.blogsome.com/2008/04/01/universiti-al-azhar-kampus-malaysia/

Sunday, April 13, 2008

UNIVERSITI AL- AZHAR KAMPUS MALAYSIA -cawangan Negeri Sembilan

REMBAU, 13 April (Bernama) -- Selepas ribuan tahun penubuhannya, Universiti Al Azhar di Mesir akhirnya membuka cawangan pertamanya di Malaysia.

Majlis pecah tanah bagi kampus cawangan itu diadakan di Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan berhampiran Kampung Bukit Sembilan di sini, Ahad.

"Kami telah bekerja keras untuk mencapai usaha ini dan Alhamdulillah akhirnya kami berjaya," kata wakil universiti tersebut, Dr Umar Abdullah Kamil kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau berkata Malaysia dipilih untuk ditubuhkan cawangan universiti berkenaan kerana negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan bangsa Melayu dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai bangsa yang kuat pegangan agama dan menganuti fahaman Sunah.

Umar Abdullah yakin pelajar dari Indonesia, Thailand dan India akan datang belajar di kampus di sini.

Katanya satu lagi kampus cawangan dicadang untuk ditubuhkan di Thailand di masa depan.

Universiti Al Azhar kini mempunyai kira-kira 28,000 pelajar dan kira-kira 7,000 orang dari mereka datang dari rantau ini.

Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, Mohd Shukor Sabudin berkata dengan adanya kampus Al Azhar itu, ia diharap menjadi pusat pengajian Islam dan tempat rujukan masyarakat Islam.



REMBAU: Penubuhan cawangan Universiti Al-Azhar kampus Malaysia di Negeri Sembilan mampu melonjakkan negeri dan negara ini sebagai hab serta destinasi pengajian tinggi terunggul di persada antarabangsa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata, penubuhan cawangan universiti tertua
dunia itu di luar Mesir satu sejarah kerana ia pertama kali ditubuhkan dalam tempoh 1,000 tahun pusat pengajian terunggul itu beroperasi.


Katanya, ia bukan saja memberi impak besar, terutama mewujudkan peluang pendidikan sempurna kepada umat Islam, malah menjadi benteng kepada mereka berhadapan pelbagai ancaman anti-Islam. "Kelulusan Majlis Senat universiti itu menubuhkan kampus cawangan pertamanya di luar Mesir di negeri ini membuktikan pengiktirafan mereka terhadap negara kita yang banyak berjasa dalam memartabatkan agama Islam," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah universiti itu yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi negeri, Shamsulkahar Mohd Deli; Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), Mohd Shukor Sabudin dan wakil Universiti Al-Azhar, Prof Dr Umar Abdullah Kamil.

Pembinaan kampus di kawasan kira-kira tujuh hektar di Kilometer 35 Jalan Seremban-Tampin itu dibiayai sepenuhnya oleh YSNS dan untuk permulaan akan menawarkan bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Syariah, Tahfiz al-Quran dan Qiraat. Menteri Besar berkata, penubuhan kampus cawangan ini bakal menjadi rujukan kepada permasalahan umat Islam di rantau ini selain melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam pada masa depan, ulama dan pemimpin ketrampilan ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia.


Katanya, kelulusan penubuhan kampus cawangan universiti itu juga menunjukkan universiti berkenaan menyahut cabaran beliau supaya membuat perubahan dengan mengambil kira perkembangan pendidikan global ketika melakukan lawatan di universiti itu tiga tahun lalu.


"Kerajaan negeri yakin walaupun kampus ini dikendalikan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), ia akan membolehkan lebih ramai pelajar negara ini mengikuti pengajian di universiti terkenal dunia itu tanpa perlu ke Mesir, sekali gus mengurangkan pengaliran keluar wang negara dan pada masa sama membawa masuk wang asing dalam konteks pendidikan global.


"Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan menjadikan kawasan barat negeri ini sebagai lembah ilmu melalui penubuhan lebih banyak pusat pengajian tinggi tempatan dan bertaraf antarabangsa," katanya.

copy from : http://yayasansofa.blogsome.com/2008/04/14/101/

Thursday, April 10, 2008

Ringkasan Ulum Hadith : Kaedah Mentakhrij Hadith I


Kedudukan hadith sebagai sumber kedua selepas al-Quran sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Walaubagaimanapun autoriti sesebuah hadith perlu dipastikan terlebih dahulu thabitnya dari Rasulullah SAW sebelum dijadikan hujah dan amalan.


Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi telah berlaku pendustaan terhadap Rasulullah SAW dengan tersebarnya hadith-hadith dhaif dan maudhu’. Bahkan di Malaysia khususnya, penggunaan hadith-hadith begini masih berleluasa sedangkan hukum mendustakan Rasulullah SAW adalah ditegah dan merupakan dosa besar.

Oleh itu, penyelesaian terhadap masalah dan kecelaruan ini perlu dicari agar umat Islam tidak terus hanyut. Malah usaha ini perlu dimulakan diperingkat akar umbi. Alternative terbaik adalah dengan menggunakan kaedah takhrij iaitu suatu bentuk perbahasan sumber pengambilan sesuatu hadith dan pengkajian martabat hadith tersebut.


Di sini ingin saya kongsi manfaat ilmu, bagaimana mentakhrij hadith. Ada 6 cara mentakhrij hadith. 5 daripadanya adalah menggunakan kaedah lama, dimana kita mentakhrij hadith melalui pencarian di dalam kitab-kitab asal, manakala satu kaedah mentakhrij hadith menggunakan kaedah moden iaitu melalui internet dan CD.

Huraian mengenai ilmu mentakhrij hadith ini akan lebih detail dijelaskan dalam entry berikutnya. Moga perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam menggunakan dan beramal dengan hadith-hadith ini. Sekian, wassalam.