Begitulah juga kalau berlawan dengan hasutan dan godaan syaitan. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang diperangi oleh syaitan. Kita tidak dapat melihat syaitan, tapi syaitan dapat melihat kita. Sewaktu nabi Adam dan Hawa dijadikan, musuh yang paling bahaya yang Allah peringatkan ialah godaan syaitan :
“ Maka syaitan telah dapat menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) darinya, sehingga keduanya keluar dari syurga, dan Kami perintahkan : Turunlah kamu (Adam, Hawa dan syaitan) satu sama lain bermusuh-musuhan dan bagimu di bumilah tempat tetap dan kesenangan sampai satu masa tertentu. “
Bagaimana untuk kita capai kemenangan berlawan dengan syaitan ? Allah telah memberikan kekuatan atau senjata untuk kita membuat pukulan balas. Kekuatan itu ialah dari gabungan ilmu, mujahadah dan hidayat Allah. Walaupun kita tidak dapat melihat syaitan tetapi dengan akal, kita diberi kekuatan untuk melihat syaitan. Segala perbuatan yang keji membawa kerosakan, permusuhan, kesengsaraan dan kerugian adlah kerana dari pengaruh syaitan.
Namun sejarah membuktikan bahawa dengan kekuatan ilmu semata-mata, manusia senang ditewaskan oleh syaitan. Bukan orang bodoh dengan mudah dapat dikalahkan malah orang yang pintar juga ditewaskan. Lihatlah kerosakan dan kemungkaran yang berlaku. Bahkan semakin tinggi kemampuan ilmu manusia, kemungkaran bukan berkurang malah berleluasa ! Justeru itulah kekuatan akal (ilmu) mesti bergabung dan dipadu dengan hidayah Allah. Manusia yang berjalan seiring antara akal dengan hidayah adalah sebaik-baik makhluk (Ashanu Taqwim), tidak mungkin ia menjadi manusia yang hina (Asfalas Safilin).
Tetapi sayang manusia yang berakal itu telah tidak menggunakan akalnya untuk memburu hidayah Allah. Tipu daya iblis membuatkan manusia berpaling dari petunjuk Allah. Ramai manusia yang tidak mahu bersyukur, fasik, benci kebenaran, tidak beriman, tidak benar jalan fikirannya dan lain-lain. Syaitan bersumpah :
“ Aku (Iblis) akan goda mereka (manusia) dari segala jurusan : dari depan, belakang, kanan, dan kiri mereka, sehinggalah kebanyak manusia tidak pandai bersyukur."
Al-Araf : 17
-nurulhuda,15 April 2006, 17.12pm, Bangi-
0 comments:
Post a Comment