Friday, April 28, 2006

Muhammad pembawa risalah saintifik

Photobucket - Video and Image Hosting

Penemuan I : Langit dan bumi pada asalnya bercantum

Di dalam surah Al- Anbiya ayat 30, Allah SWT berfirman dengan maksud,
“ Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…..”
Di dalam bukunya Al Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qurtubi meriwayatkan,
“ Berkata Ibn Abbas, Al-Hasan, ‘Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah : Ayat ini bermaksud kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara keduanya dan dijadikan di antara keduanya udara. “
Di dalam bukunya Al-Asas fil Tafsir, As-Syeikh Said bin Hawa mengemukakan riwayat daripada Ibn Kathir berhubung pandangan Imam Said bin Jubair tentang ayat ini,
“ Bahkan sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di anrata satu dengan yang lainnya. Ketika Allah meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud AllahSWT memisahkan di antara keduanya. “

Syeikh Tontowi Jauhari di dalam kitabnya Al-Jamihir yang ditulisnya pada sekitar tahun 1920-1930, menulis, “ Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran ialah, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semua bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah pisahkan kesemuanya. Ayat ini ialah mukjizat, kerana ilmu tentang perkara ini belum diketahui pada waktu itu, kecuali pada hari ini “


Penemuan II : Embriologi di dalam Al-Quran

Embriologi adalah ilmu yang membincangkan tentang proses kejadian embrio di dalam rahim. Di dalam surah Az-Zumar ayat 6, Allah SWT berfirman dengan maksud,
“ Dia yang menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga “
Di dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, “kegelapan yang tiga ialah kegelapan abdomen, rahim dan yang berkaitan dengan uri”. Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Ibn Abbas, Mujahid dan Ikrimah r.a. Pendapat ini dinukilkan kerana kalimat-kalimat kegelapan yang tiga tidak ditafsirkan di dalam bentuk yang abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami.

-nurulhuda, 22 April 2006,11.52am, Bangi-

0 comments: