Tuesday, December 19, 2006

Yang Mana Satu?

Islam bukanlah agama permusuhan, yang menciptakan keganasan di muka bumi ini, bukan juga agama yang memecahbelahkan umatnya. Islam itu persaudaraan. Itu kenyataan. Tapi bagaimana Islam itu telah dimanipulasikan keistimewaan dan kemuliaannya oleh tangan-tangan dogma pencuci darah umat Islam terutama kepada rakyat Palestin. Kafir, Barat, Yahudi, Zionis, Amerika? Nama yang berbeza, tetapi menatang tanda nama yang satu. Sinonim dengan telinga-telinga umat Islam yang rakuskan keamanan, keadilan dan penuh dengan nilai-nilai kasih sayang. Kerana mereka bertuhankan Yang Maha Penyayang, bertuhankan Yang Maha Pengasih. Tuhan Agong! Selayaknya umat Islam yang tuli dengan nasib saudara se-aqidah sendiri pantas terus dihadapkan di hadapan Allah Robbul ‘Alamin.

Kami bukan pengganas. Hadirkan bukti menyatakan kami ganas. Mana? Mashaf apa yang kamu pakai. Walaupun kitab kami punya kenyataan itu…. :
Baqarah (193) Allah S.W.T menegaskan


وقتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين لله

" Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu Hanya semata-mata untuk Allah…. “

Ya, kami akan menjadi berani, kami akan menjadi pejuang di medan tempur, bagai singa Allah, pedang Allah dan panji-panji La ilaha Illallah yang kami genggam, sekiranya ada di kalangan kamu- kafir yang nyatanya laknatullah memerangi dan memusuhi lantas memercikkan api peperangan dengan umat Islam. Tapi, sekiranya kamu bukanlah begitu golongannya, maka mengapa perlu berperang, malah persaudaraan itu akan terpatri.

Bagaimana pula dengan kitab agama kamu? Boleh saya lihat? Kitab yang kamu sanjung dan agongkan itu? Bagaimana boleh kamu katakan bahawa kamu memerangi keganasan? Mana hujah untuk membidas kenyataan ini :

“ kesemua mereka yang terbaik dari kalangan bukan Yahudi sepatutnya dibunuh “
-Talmud Babylon (Jewish Encyclopedia)
terbitan Funk & Wagnalls 1907-

Kamu pengganas! Biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatan kamu ini. Selayaknya Allah! Bukankah kenyataan ini menciptakan api keganasan? Kitab suci apa ini? Semulianya diberi makan anjing yang kelaparan pun hanya akan dikencingkan.
Oh, tidak….. barangkali kamu berpegang pada kata-kata Isa. Mungkin dilihat tarafnya agak tinggi dari Talmud ciptaan ulama’ Yahudi kamu itu.

“ Jangan kamu menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian tetapi penentangan. Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mertua mereka. “

-Bible Perjanjian Baru, bab
Matthew 10:35-35


Jadi….. inilah yang menjadi pegangan kamu selama ini? Hahaha….
Kamu adakan pelbagai pesta atas kuburan-kuburan itu. Bagaimana dengan ‘pesta’ yang kamu lakukan di shabra Satilla dan Dier Yassin? Kamu semua tak ubah seperti haiwan. Adakah ini ajaran dari kitab Talmud kamu yang suci itu. Kononnya bangsa Yahudi berasal dari unsur Tuhan dan bangsa lainnya berasal dari haiwan jika terjadi perselisihan antara Tuhan dan Hakhom (Pemuka Agama Yahudi), maka kebenarannya ada di pihak Hakhom. Bangsa Yahudi dibenarkan menipu, membunuh, menganiaya, dan memperkosa bangsa lainnya.

Sesungguhnya, nyata Tuhan pastinya menyayangi hambanya, mengampuni hambanya apabila taubat dari sebarang bentuk larangan-Nya, tidak suka menganjurkan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi-Nya.

Kata-kata retorik kedamaian yang kamu war-warkan itu jelas mendangkalkan, hanya dipenuhi sifat-sifat serakah manusia. Apabila kami berperang, wajib atas kami mematuhi peraturan-peraturan tertentu. Nabi Muhammad S.A.W yang terpuji telah bersabda :

“ Berperanglah dengan Bismillah dan kepercayaan kepada Allah serta di atas landasan Rasulullah. Jangan kamu bunuh orang tua yang sakit, kanak-kanak yang masih kecil, dan kaum wanita, dan juga jangan berkhianat. Ambillah harta rampasanmu dan buatlah kebaikan dan kebajikan. Allah suka kepada mereka yang melakukan kebajikan. “

Lagi, Muwatta Imam Malik, Yahya b. Said meriwayatkan, khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Semasa mengutus tentera Islam ke Syam telah berpesan kepada Panglima Yazid b. Abu Sufian dengan beberapa peringatan penting : “ 1: Jangan membunuh kaum wanita. 2: Jangan membunuh kanak-kanak. 3: Jangan membunuh orang-orang tua. 4: Jangan menebang pohon yang sedang berbuah. 5: Jangan merobohkan bangunan-bangunan. 6: Jangan menyembelih kambing dan unta melainkan untuk dimakan. 7: Jangan merosakkan pohon kurma. 8: Jangan dibakar pohon kurma. 9: Jangan berkhianat. 10: Jangan jadi pengecut. “

Nah, bezakan apa yang telah kamu lakukan atas bumi Palestin dan umat Islam keseluruhannya. Tempat-tempat kamu seenaknya di dalam neraka paling bawah, neraka Jahannam! Kekallah kamu di dalamnya. Kamu mendakwa berjuang untuk menghapuskan keganasan, sebaliknya semua ini merupakan medium yang kamu cipta hanya untuk tujuan peribadi.

Mari kita singkap sejarah bersama-sama. Alasan untuk berperang pada asalnya adalah demi agama seperti perang Salib. Kemudian, ‘Peperangan Demi Tamadun’. Kemudian ‘Peperangan Menentang Keganasan’. Sekarang, Bush laknatullah itu, presiden kamu menjanjikan satu ‘Peperangan Raksasa Menentang Keganasan’. Tak masuk akal. Lihatlah pada kata-kata Bush baru-baru ini bahawa “ribuan pembunuh-pembunuh terlatih sedang merancang menyerang kita”, dan dengan penuh yakin, bahawa dia telah bersedia untuk menggunakan slogan baru (ikut kehendaknya) untuk justifikasikan tindakannya untuk berperrang.

Jadi, gunakanlah akal yang waras untuk menilai semua kejadian-kejadian ini. Siapakah yang sebenarnya pengganas, Tuhan siapakah yang paling adil, dan kitab suci siapa yang lebih benar.

Selesai.

- nurulhuda hazwani-
21/11/06, 2.20 ptg, KUIS Library

0 comments: